Banner Ebook 468X60

Sunday, August 26, 2007

Bangsal ke-2

Setelah berjaya mendapatkan tapak dan suntikan modal, kini saya bersedia membina bangsal ke-2 yang lebih besar. Tapak bangsal ke-2 ni terletak jauh sikit dari rumah, berhampiran dengan ladang kelapa sawit. Jarak dari rumah dalam 1 kilometer.

Saya tidak bercadang memindahkan 'pusat operasi' yang terletak di rumah. Proses begging, mengukus dan suntik benih akan tetap dijalankan di rumah ayah. Saya berpendapat kat rumah lagi mudah untuk ayah untuk membuat kerja kerana semua bahan ada di sana.. Anak2 jiran juga kekadang tolong membuat proses begging. Cuma yang lecehnya, selepas siap suma tu ayah terpaksa angkut beg media ke bangsal dengan motor kapcainya...
Inilah bangsal ke-2 kami..
Minggu pertama,




Minggu ke-3


Minggu ke-5 ( 95% siap )



Keluasan tapak bangsal ni lebih kurang 18 X 50 kaki, dengan ketinggian tiang 8 kaki. Masalah lain yang terpaksa diselesaikan ialah sumber air. Tapak projek ni terletak di kawasan berbukit dan jauh daripada kawasan perumahan. Buat sementara, mungkin terpaksa gunakan air hujan yang ditadah dalam tong untuk siram untuk bersihkan lantai.. Saya juga sedang nego dengan makcik yang rumahnya terletak paling hampir dengan tapak projek kami untuk dapatkan bekalan air dari rumahnya.. Alhamdulillah, beliau setuju.


Monday, August 13, 2007

teruskan usaha 2

Selepas 2 minggu, saya dapat khabar gembira, pinjaman telah diluluskan! Alhamdulillah... Ini bukan sekadar suntikan modal, tapi satu suntikan semangat kepada saya dan ayah.. Nilai pinjaman ini saya kira cukup untuk membina sebuah bangsal yang boleh di isi dengan 10,000 beg media. Saya agak berhati-hati buat pinjaman kerana komitmen yang sedia ada pun sudah agak membebankan...

Saya merancang untuk menggunakan kayu serta atap aluminium yang dibeli daripada kedai lusuh. Cara ni saya fikir lagi sesuai untuk mereka yang berbudget rendah macam saya ni. Masalahnya, saya tidak dapat mencari kedai lusuh sekitar Pekan yang menjual atap aluminium. Kebanyakan menjual atap zink yang tidak sesuai untuk digunakan pada bangsal cendawan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk dapatkan bahan binaan dari sebuah kedai lusuh yang terletak di Labu, Negeri Sembilan walau terpaksa extrakan budget untuk pengangkutan. Kedai ni memang glamer kepada pengusaha cendawan sekitar Seremban ...

Mesin pertama yang saya beli adalah pembancuh simen mini. Saya kesiankan ayah yang sering mengadu sakit pinggang selepas membancuh habuk kayu. Saya sendiri pun akui betapa seksanya nak bancuh 100 kg habuk.Lagipun dengan mesin ni, proses membancuh dapat dibuat dengan cepat.

Ini lah mesin kesayangan ayah,

Ianya mampu membancuh sehingga 30 kg habuk kayu sekaligus. Saya bercadang untuk gunakan mesin ini untuk mencuci penutup polibeg yang memang leceh untuk dicuci. 2 kegunaan dalam 1 mesin!

Friday, August 3, 2007

Tingkatkan usaha

Setelah lebih sebulan mengeluarkan hasil, saya dapat rasakan projek ni patut diperbesarkan lagi. Bukan apa, sambutan daripada orang kampung terhadap cendawan kami amat menggalakkan.. Cuma kami yang tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. Hasil yang dikeluarkan masih sikit, dalam 2-3 kg sehari. Itu pun tanpa promosi gila2 lagi...
Kawasan rumah kampung agak terhad. Saya terpaksa mencari tapak untuk bangsal seterusnya di kawasan berhampiran supaya tidak membebankan ayah untuk berulang-alik. Saya dapat satu kawasan tapak rumah peneroka yang telah ditinggalkan. Saya cuba memohon dengan pejabat Felda, malangnya permohonan telah ditolak. Menurut pegawai berkenaan, ada penduduk berhampiran yang membantah pembinaan bangsal disitu. Alasannya, itu tapak perumahan, bukan untuk pertanian. Saya sebenarnya meragui alasan itu kerana sebelum ni terdapat penduduk yang menjalankan projek ternak ikan dlm kolah di tapak rumah, namun tiada pula bantahan yang kedengaran..
Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak satu lot tanah yang terletak dibawah laluan kabel TNB. Kedudukannya agak jauh dari rumah dan terletak di satu kawasan berbukit. Walaubagaimanapun, kelilingnya dipenuhi oleh oleh pohon kelapa sawit.. Pegawai felda juga telah memberi kebenaran untuk mengusahakan kawasan tersebut.
Masalah seterusnya, MODAL! Berdasarkan pengalaman bina bangsal ditepi rumah, saya yakin modal untuk membina bangsal baru nanti pasti melebihi 10K. Target saya adalah untuk membina sebuah bangsal yang boleh memuatkan 10 ribu hingga 15 ribu beg media. Anggaran luas bangsal adalah 50X20 kaki. Mmm, macammana nak dapatkan modal ni...
Akhirnya saya ambil keputusan untuk memohon pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat. Adakah permohonan saya akan diluluskan? Entahla...