Banner Ebook 468X60

Sunday, September 30, 2007

Sepanjang Ramadhan

Sepanjang ramadan ni, tak banyak sangat buat beg media baru. Setakat ni lebih kurang 600 beg sahaja berjaya disiapkan. Itupun mengambil masa sampai tiga hari. Maklumla bulan puasa ni, anak2 jiran yang selalu datang menolong pun tak sanggup nak buat. Memang memenatkan..





Hasil tuaian bulan ramadan ini boleh tahan jugak sebab bangsal ke-2 dah mula keluarkan hasil. Nasib baik saya ada beli kira2 seribu beg media daripada rakan pengusaha bulan 7 lalu. Kini hasilnya dah dapat dituai. Purata hasil kini mencecah hingga berbelas kilo sehari. Pun begitu kadang2 tu terputus jugak bekalan. Bilangan beg media kami masih sikit, sekarang ni sekitar 6000 bungkah je.. Alhamdulillah pasaran semakin baik sebab ramai orang dah mula kenal cendawan Chini Agro. Biasanya ayah hantar cendawan yang sudah siap di paket ke kedai runcit berdekatan dan menjadi produk 'panas' disitu. Menurut tauke kedai tu, kalau setakat 20 paket, dalam masa sejam pun boleh habis! Ada jugak yang sampai datang ke rumah mencari cendawan...

Kini kami dah ada beberapa orang pelanggan tetap. Ada seorang pengusaha restoran yang mahukan bekalan cendawan hingga 5 kg sehari! Kadang2 bila hasil kurang, kami terpaksa menolak tempahannya.. Agak terkilan gak sebab terpaksa hampakan pelanggan. Kalau la bangsal dah penuh nanti, mungkin masalah terputus bekalan boleh diatasi... InsyaAllah.

Monday, September 17, 2007

Bakul besi

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya ingin menggantikan bakul longan kepada bakul yang dibuat daripada besi(round bar). Alhamdulillah, Keri iaitu kawan saya telah selamat menghantar bakul besi yang saya tempah sebanyak 20 biji. Hajat di hati nak tempah 50, apakan daya, keadaan modal tidak mengizinkan, so saya mulakan dgn 20 biji dahulu...
Inilah rupanya bakul tu;
Setiap bakul boleh muatkan 15 beg media, sama macam bakul longan jugak. Tapi kelebihan utama bakul ni ialah beg media yang berada dibawah tidak akan ditekan oleh beg media dalam bakul diatas.


Setiap bakul boleh muatkan 15 beg media, sama kapasiti macam bakul longan, tapi susunan bakul lebih stabil. Ni gambar jika disusun dalam bakul longan.


Ini pulak gambar susunan dalam rumah kukus;



Susunan camni akan menyebabkan bahagian neck dan top beg media akan terdedah dengan wap panas dengan lebih berkesan lagi. Bahagian ni kira penting sebab disitulah nanti akan disuntik benih. Jika tidak dikukus sempurna, beg media mudah diserang penyakit...

Saya kini sedang monitor batch selepas guna rumah kukus ni. Setakat ni dah ada lebih kurang seribu beg media yang telah dikukus guna rumah kukus baru ni. Saya nak bandingkan dgn beg media yang dikukus dalam tong dram, mana yang lebih kurang kadar rejectnya..

Ni pulak gambar anak2 saya... ( err, ni takde kena mengena dengan tajuk, sekadar kepuasan peribadi)

Abang yang bersemangat menolong walau di bulan puasa;


Adik yang sentiasa memberi semangat pada ayah,


Sunday, September 9, 2007

Rumah kukus siap!

Selepas 3 minggu, akhirnya rumah kukus saya siap. Budget 2 minggu je, tapi atas pelbagai sebab, tempohnya menjadi panjang.

Saya gunakan batu bata dan simen untuk buat tapaknya.

Ini pula pandangan dalam rumah kukus.


Rumah kukus ni ada 2 tingkat, tujuannya supaya bakul berisi beg media bahagian bawah tidak akan merasai bebanan berlebihan. Setiap tingkat ada kayu saiz 2X3 sebagai lantai penyokong. Kalau guna bakul bekas longan, setiap tingkat boleh muatkan lebih kurang 14 bakul. Tapi saya bercadang nak guna bakul yang dibuat daripada besi yang boleh disusun hingga 40 bakul kedalam rumah kukus ni.. Ini adalah idea yang saya dapat waktu melawat ladang milik RASE mushroom aritu...

Gambar ni saya ambil selepas trial run. Kami guna 2 dapur supaya air cepat mendidih. Nampaknya bahagian pintu perlu ditambah selak sebab terdapat stim yang bocor keluar terutama di bahagian tempat daun pintu bertemu.Terlalu banyak stim keluar pun tak elok sebab nanti ada beg media yang tak cukup kukus dan jadi berpenyakit.

Saya berharap rumah kukus ni dapat membantu kami mengurangkan masalah reject. Rasa sedih jugak apabila kita terpaksa buang beg media begitu sahaja sebab dah banyak duit serta tenaga yang dilaburkan.. Kekadang sakit hati pun ada. Tapi apa boleh buat, kita mesti belajar dari kesilapan dan sentiasa improvekan diri... Melihat blog rakan-rakan pengusaha lain banyak membantu menaikkan motivasi diri saya..

Sunday, September 2, 2007

Rumah kukus baru

Setelah mengusahakan projek cendawan selama beberapa bulan, saya mula memahami punca2 berlakunya penyakit. Hasil pengalaman sendiri serta perbincangan dengan rakan pengusaha lain, sebahagian besar penyakit berpunca daripada proses mengukus yang tidak sempurna. Untuk kes saya, boleh dikatakan 60% penyakit berpunca daripada masalah kukus.

Saya menggunakan tong dram yang telah diubah suai utk dijadikan alat kukus. Sebanyak 80 beg media boleh dimuatkan dalam satu proses kukus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam. Satu tong gas pula boleh digunakan untuk 2.5 kali kukus atau lebih kurang 200 beg media. Jika dibandingkan dengan seorang rakan yang menggunakan rumah kukus, dia mampu mengeluarkan 1000 beg media sekali kukus dengan satu tong gas yang diguna hingga habis. Satu lagi kelebihan rumah kukus ialah kadar reject yang sangat kurang kerana tempoh masa kukus yang mencecah hingga 10 jam! Menurutnya, dalam 1000 beg , tidak lebih daripada 5 yang akan reject. Berbanding dengan saya, dalam 1000 tu mesti tidak kurang 50 akan reject. Kadang-kadang, 200 beg media dibuang pun pernah berlaku.

Saya membuat keputusan untuk menukar tong dram kepada rumah kukus yang lebih besar. Saya mula berbincang dengan seorang rakan yang mengusahakan kedai besi. Namanya Keri, member kamcing dan juga bekas ketua pengawas semasa bersekolah di kampung dulu. Kini dia mempunyai kedai besi yang di beri nama 'Arc Welding Specialist' dengan 7 orang pekerja. Saya menerangkan kepadanya bagaimana ia sepatutnya berfungsi, tempoh masa kukus serta kapasiti yang saya inginkan. Tak lupa dengan anggaran kos yang saya peruntukkan.

Hasil pemerhatian ke atas rumah kukus pengusaha lain, saya bercadang untuk membuat rumah kukus yang mampu memuatkan lebih kurang 600 beg media. Saiz yang paling sesuai adalah 4 X 5 X 5 kaki. Pengetahuan saya dalam mekanikal engineering banyak membantu saya dalam membuat design serta material yang bersesuaian dengan keperluan saya.

Setelah bersetuju dengan harga, Arc Welding mula membuat rumah kukus saya. Tempoh untuk disiapkan dianggarkan lebih kurang 2 minggu. Inilah gambar rumah kukus yang dalam proses pembikinan.



Saya yakin rumah kukus ni mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti beg media kami. Angan-angan saya, dengan adanya rumah kukus ni, bolehlah kami menjual beg media ( bungkah cendawan ) pula.