Banner Ebook 468X60

Thursday, October 25, 2007

Perkembangan Bangsal 1

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah ambil 2 langkah utama yang saya kira dapat membantu dalam menambahkan produktiviti Chini Agro iaitu
  1. Membina bangsal ke-2
  2. Menggunakan rumah kukus besar

Di samping produktiviti, saya dapati kualiti bungkah cendawan juga semakin baik. Kadar penyakit jauh berkurangan berbanding dulu. Syukur ke hadratNya kerana memberkati usaha kami selama ni...

Kadar reject yang kurang banyak memberi manfaatnya. Selain daripada hasil yang lebih banyak, kita juga tidak perlu memperuntukkan masa untuk memproses bungkah yang berpenyakit ni. Kerja-kerja seperti mengasing, membuang dan 'menyelamat' kan bungkah cendawan memerlukan masa dan tenaga yang saya kira amat berharga sekali. Adalah lebih baik jika masa dan tenaga itu diguna untuk sesuatu yang lebih produktif.

Pun begitu, kami tidak lepas dari masalah. Bangsal pertama kami mula menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit. Yang paling ketara adalah masalah hama. Saya tidak pasti apakah punca hama ini tetapi yang pasti ia bukan masalah kukus. Ini kerana batch yang sama tetapi disimpan di bangsal ke-2 tiada langsung masalah hama ni. Lihatlah gambar dibawah, inilah antara bungkah2 yang diserang penyakit.


Ini pula sebahagian yang telah dirawat.


Saya rasa bangsal pertama perlu melalui proses nyah kuman semula. Lagi satu keadaan pengudaraan perlu dibaiki kerana kebanyakan bungkah berpenyakit berada di satu sudut yang dikelilingi dinding rumah. Walaupun lebih sejuk, tapi kekurangan udara segar mungkin membantutkan tumbesaran maisilium. So, kami akan stop mengisi bungkah cendawan baru ke bangsal pertama dan tunggu sehingga bungkah cendawan sekarang habis mengeluarkan hasil. Kami akan jalankan misi 'Ops Hama' tidak lama lagi...

Thursday, October 18, 2007

Menyambut Aidilfitri

Saya pulang ke Chini pada petang khamis, 2 hari sebelum raya. Hampir sebulan gak saya tak balik kampung. Dan selama itulah saya tak menjenguk bangsal cendawan saya. Rasa rindu pulak, hehe..

Raya kali memang meriah sebab adik beradik suma pulang ke kampung. Sehari sebelum raya, kami sibuk membakar lemang. Malam lepas berbuka pulak, kami gotong royong mencucuk sate! Saya hanya sempat ambil gambar lemang yang sedang dibakar je, sebab pastu bateri kamera habis. Membakar lemang ni memang acara rasmi keluarga kami, hampir tiap2 tahun mesti ada punya.

Hari jumaat tu jugak saya ada pelawat dari kampung berdekatan. Namanya Nuar. Dia berminat untuk turut mengusahakan perusahaan cendawan jugak dan telah hadiri taklimat mengenai cendawan. Dia mendapat info mengenai projek Chini Agro secara kebetulan semasa sedang mengumpul maklumat mengenai cendawan dari internet. Dari pengamatan saya, dia memang betul2 bersemangat untuk menceburi bidang ni. Moga dia berjaya dan bolehla kitorang buat network cendawan kat sini...

Sunday, October 7, 2007

Kisah baja

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai baja cecair yang kami gunakan. Pada peringkat awal hasil menuai, kami sering menghadapi masalah dengan sejenis serangga seperti kumbang. Warnanya hitam, saiz pulak lebih kurang kepala mancis dan boleh terbang. Maaf sebab saya takde gambarnya untuk dikongsi bersama pembaca.

Kumbang ni selalunya hinggap pada cendawan yang masih muda. Mungkin hisap cecair kot sebab tak nampak pula kesan gigitan pada cendawan tu. Masalahnya kumbang ni sering hinggap pada beg media berpenyakit dan menyebarkannya pula pada beg media yang masih elok. Lama-kelamaan, banyak beg media yang menjadi berpenyakit dan terpaksa diasingkan.

Perkembangan ini agak merisaukan sebab ternyata semburan dettol atau klorox tak mampu menghalau serangga ni. Sehinggalah pada satu hari tu, adik saya terjumpa dengan baja ni pada satu ekspo pertanian yang di adakan di sekolahnya. Dan dia dapatkan kontek number penjual baja untuk saya.

Saya akhirnya berjaya mendapatkan juga baja cecair pelbagai guna yang dinamakan TUAI RIA ni yang di jual di pasar tani Kuantan. Selain mampu menyuburkan tanaman, ia juga boleh mengawal serangga perosak.


Menurut akak penjual baja (saya lupa namanya), baja ni belum pernah digunakan pada tanaman cendawan. Biasanya pelanggan beliau terdiri daripada pengusaha cili, serai, tomato dan seumpanya.. Akak tu juga menerangkan bahawa baja ni bukan sejenis racun. Ia tidak boleh membunuh serangga, tetapi mampu menghalaunya sahaja. Ini agak melegakan saya sebab sebolehnya saya tidak mahu gunakan sebarang jenis racun kepada cendawan saya..

Dipendekkan cerita, akhirnya saya mencuba baja akak ni pada bangsal cendawan pertama saya. Cara gunakannnya agak senang, bancuh dengan air pada kadar 1 penutup kepada 1 liter air. Semburkan pada kawasan sekitar mulut beg media. Masa paling bagus ialah sehari selepas buka penutup rehat.

Setelah gunakannya beberapa kali, saya dapati baja ini memang berkesan. Bilangan kumbang hitam tu semakin hari semakin berkurangan. Walaupun tak hilang sepenuhnya, sekurang-kurangnya ianya lebih baik daripada keadaan sebelum ni.
Hasil yang dikeluarkan pun semakin baik selepas gunakan baja ni. Saya pernah memberi sedikit baja ni kepada seorang rakan pengusaha, dan dia pun memberi komen yang sama. Cendawan yang keluar lebih cepat dan banyak daripada biasa.
Saya ada mendengar mengenai EM yang digunakan dalam industri cendawan. Kalau tak silap, ianya berfungsi seperti baja juga. Kalau berpeluang, InsyaAllah saya pun ingin mencubanya dan bandingkan hasil dengan baja TUAI RIA ni...