Banner Ebook 468X60

Monday, April 7, 2008

Berkunjung ke Shenzhen, China


Minggu lepas saya telah berkesempatan berkunjung ke Shenzhen, China atas urusan kerja(bukan urusan cendawan, hehe). Saya ke sana selama 4 hari iaitu dari Rabu hinggalah Sabtu lepas.

Perjalanan ke sana agak mencabar kerana hanya ditemani oleh 2 warga China yang tak tahu berbahasa Inggeris, apatah lagi untuk berbahasa Melayu. Mujurlah salah seorang dari mereka tu pandai cakap Jepun sikit2. Bolehla juga saya berkomunikasi dengan mereka.

Shenzhen adalah antara beberapa wilayah China yang kini pesat membangun. Wilayah ni terletak di selatan negara China dengan jumlah penduduk sekitar 5 juta orang. Baru-baru ni Majalah 3 turut menyiarkan satu slot khas mengenai wilayah ni. Banyak informasi saya dapat mengenai Shenzhen melalui slot ini.

Saya berjaya menyiapkan kerja lebih awal dari schedule, jadi ada masa untuk ronda-ronda. Mamat China 2 orang tu pulak dengan baik hatinya mempelawa saya melawat beberapa tempat menarik dan terkenal kat situ. Diorang kira sporting jugak kerana memahami saya seorang muslim yang tidak boleh makan sebarangan. Diorang telah membawa saya makan tengah hari di sebuah restoran halal yang terdapat di hotel yang dinamakan Hotel Muslim.


Lepas makan, saya telah dibawa ke sebuah taman tema yang di namakan Windows of The World. Di sini, terdapat ratusan miniature yang dibina berdasarkan monumen bersejarah yang terkenal. Ia terbahagi kepada beberapa zon iaitu zon Asia, Eropah, Afrika dan sebagainya. Cari punya cari, akhirnya saya terjumpa juga sebuah miniature yang yang dibina berdasarkan sebuah tokong di Pulau Pinang. Ada jugak nama Malaysia terpampang kat situ.




Tapak taman tema ni memang besar. Selepas 3 jam berjalan, kami cuma cover separuh dari keluasan taman tema tu. Akhirnya saya give up dan kami keluar dari taman tema tu. Lagipun saya perlu cari tempat untuk membeli buah tangan untuk anak isteri.

Pengalaman di China memang banyak memberi kesedaran kepada saya. Walau negara tersebut berkembang pesat, jurang antara rakyat miskin dan kaya amat ketara sekali. Pembangunan tanpa kawalan berkesan menyebabkan ruang udaranya kotor dan tercemar. Tak sanggup rasanya untuk tinggal lama di situ. Harga tanah yang melambung hampir 10kali ganda mahal dari Malaysia menyebabkan ramai rakyatnya tidak mampu memiliki rumah kediaman sendiri. Mereka hidup dalam keadaan 'struggle' setiap hari. Saya bersyukur, walaupun tidak memiliki wang berjuta, namun sekurang-kurangnya saya dapat hidup dengan menghirup udara yang segar dan aman bersama keluarga tersayang.

No comments: