Banner Ebook 468X60

Friday, March 28, 2008

LAPORAN KURSUS CENDAWAN KE-5



Kursus Intensif Cendawan ke-5 telah selamat dilansungkan pada 22&23 Mac yang lalu. Kursus kali ni disertai oleh 7 orang peserta dimana kesemuanya dari negeri Pahang. Terima kasih kepada mereka atas kesudian memilih kursus yang kami anjurkan.

Berdasarkan temu bual dengan mereka, saya dapati ramai antara mereka telahpun mempunyai pekerjaan tetap. Ada yang bekerja di sektor perkilangan dan ada juga kakitangan awam. Apa yang pasti, mereka sedang tercari-cari sumber alternatif sama ada untuk menambah pendapatan sendiri atau untuk saudara mara terdekat. Mereka memilih sektor pertanian memandangkan sektor ini sedang giat dimajukan oleh kerajaan. Mereka tertarik dengan industri cendawan yang mempunyai potensi yang sangat besar di samping lebih mudah diusahakan berbanding dengan tanaman lain.

Saya sebenarnya baru pulih dari demam selsema yang dihidapi beberapa hari sebelum tu. Jadi 'tempo' hari pertama tu agak perlahan berbanding dengan kursus sebelum ni. Namun saya tetap pastikan setiap peserta dapat memahami setiap perkara yang di ajar. Terima kasih buat ayah dan adik yang sentiasa menyokong saya terutamanya sewaktu praktikal. Nasib baik ada diorang, ringan sikit beban saya.

Seperti biasa, kami memberi tunjuk ajar agar mereka boleh pulang dengan ilmu yang cukup untuk memulakan projek mereka sendiri. Kami dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang menjadi kunci kejayaan sesebuah projek cendawan. Saya tak lupa memberi pelbagai tips untuk memudahkan kerja mereka. Tak lupa tips menjalankan projek ni dari jarak jauh seperti yang saya praktiskan sekarang. Pada hari akhir kursus, saya dapat rasakan mereka telah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memulakan projek cendawan mereka. Aura yang dipancarkan jelas berbeza!





Kepada anda yang berminat untuk ikuti kursus cendawan Chini Agro, jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya pada 26 dan 27 April nanti. Hubungi saya melalui 019-3951516 untuk mendapatkan keterangan lanjut. Berikut pula adalah kursus yang di anjurkan oleh rakan seperjuangan saya. Hubungi urusetia melalui contact number yang tertera.




Sekian,


Lanchini

Monday, March 24, 2008

Kertas sebagai tutup peram

Pada kebiasaannya, saya menggunakan tutup peram jenis yang berlubang tengah dan diisi dengan kapas atau span. Teknik ni saya amalkan dari awal pembabitan dalam projek cendawan hinggalah sekarang ni. Kebanyakan sifu-sifu saya turut menggunakan kaedah yang sama. Saya juga berasa yakin dengan teknik ni memandangkan penutup peram serta span akan melalui proses nyahkumah iaitu kukus sebelum kita menyuntik benih.

Baru-baru ni hati saya tergerak untuk membuat sedikit kelainan. Saya ingin mencuba gunakan kertas surat khabar sebagai penutup peram. Seingat saya, sewaktu berkursus dahulu, Puan Normah tidak menggalakkan teknik ini kerana unsur karbon dari dakwat yang boleh menjejaskan benih. Selain itu, ianya mudah koyak jika terkena air. Dan jika ini berlaku, bungkah yang terdedah mudah dijangkiti penyakit. Namun saya dapati ramai juga pengusaha yang menggunakan kertas sebagai penutup peram. Otai dalam perusahaan ini seperti VITA AGRO sekalipun menggunakan kaedah ni.

Faktor utama pemilihan kertas sebagai penutup peram adalah kerana kosnya yang sangat rendah. Pakai kertas suratkhabar lama dengan getah gelang pun dah ok. Dan yang menariknya pakai kertas ni ialah cendawan pertama yang akan keluar tu akan menembusinya dengan sendiri. Tak perlu kita susah-susah tanggalkannya ataupun bersihkannya. Ramai pengusaha yang menjual bungkah memilih kaedah penutup kertas ni untuk menjimatkan kos penutup peram.

Sebagai percubaan, saya telah menggunakan teknik ni pada 60 bungkah yang disuntik pada minggu lepas. Leceh jugak sebab terpaksa gunting kertas dahulu. Lagi satu, saya gunakan getah gelang yang bersaiz besar, jadi lambat kerja saya. Kena pusing 3 kali barulah dapat ketatkan getah tu pada neck.


Saya ingin melihat dan membandingkan perkembangan maisiliumnya nanti. Begitu juga dengan kadar hasilnya, adakah lebih banyak atau sebaliknya atau sama aje. Dan yang paling ingin saya tahu ialah kadar rejectnya nanti. Bila ingatkan pasal tikus, rasa bimbang gak sebab lagi senang tikus tu nak selongkar benih nanti. Mudah-mudahan takdela tikus yang buat kacau...


Lanchini

Monday, March 17, 2008

Ancaman tikus


Dalam perusahaan cendawan, ancaman tikus adalah sesuatu yang sering dihadapi oleh pengusaha termasukla kami sendiri. Bangsal kami pula terletak dalam ladang sawit, kawasan yang boleh dikatakan sebagai 'lubuk tikus'. Tikus ni sukar untuk dibendung sebab ia boleh masuk ke dalam bangsal melalui ruang atap ataupun menyelinap melalui net hitam.

Apa yang saya paling benci pasal tikus ni ialah ia suka makan benih yang baru disuntik ke dalam bungkah. Yang selalu jadi mangsa ialah bungkah yang penutupnya longgar ataupun jika span yang digunakan terlalu kecil. Dulu waktu guna kapas, keadaannya lebih teruk. Habis ditarik keluarnya kapas tu sebelum dimakannya benih. Yang lebih memeritkan, biasanya bungkah yang telah 'disentuh' oleh tikus ni akan mudah dijangkiti penyakit. Baru-baru ni saya sempat membuang sebahagian bungkah berpenyakit akibat dari serangan tikus ni..


Saya menggunakan perangkap tikus jenis jaring besi. Umpan yang saya gunakan ialah benih cendawan yang dibalut dengan span. Tapi saya cuma dapat 2 ekor aje, itupun seekor lagi sempat lari. Lepas tu tiada lagi tikus yang dapat kami tangkap walaupun memang jelas tikus2 ni masih berkeliaran dan makin bermaharaja lela. Pelik juga saya dibuatnya. Seolah-olah tikus ni dah tahu mana makanan dan mana perangkap! Umpan pun dah bertukar banyak kali. Untuk pengetahuan, saya juga pernah mencuba racun tikus yang digaulkan dengan ikan masin, tapi itupun tak mengena.

Untuk dijadikan cerita, adalah seorang customer kami yang telah memberi tips yang tak pernah saya fikirkan sebelum ni. Dia kata, perangkap jaring ni mestilah dicuci dengan air selepas setiap kali mengena. Ini kerana, tikus yang terperangkap akan meronta-ronta ataupun gigit jaringan besi tu dalam usahanya melarikan diri. Ini akan meninggalkan bau yang cukup kuat. Bau ni akan jadi 'signal' kpd tikus2 yang lain supaya tidak masuk ke dalam perangkap tu...

Saya pun mencuba tips ni. Memang betul, pada keesokan paginya tikus yang 'dirindui' tu telah masuk perangkap! Saiznya pun boleh tahan bosarnya, ni mesti kenyang sebab abiskan span dan umpan benih yang disediakan. Saya tak sempat nak ambil gambar tikus tu sebab anak2 sedara dengan pantas uruskannya, hehe.. Diorang memang terer dalam kerja-kerja pelupusan ni.

Terima kasih pada pakcik tu atas tips beliau yang simple tapi berkesan ni. Kami amat menghargainya!

Sekian,


Lanchini

Thursday, March 13, 2008

Pertukaran alamat email

Saya ingin memberitahu bahawa alamat email saya yang baru adalah zamlan77@gmail.com Jadi kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya, sila gunakan add yang baru ni. Pertukaran ni dibuat memandangkan inbox saya lebih banyak email mengenai cendawan daripada email kerja,hehe... Bos pun dah jeling2... Lagi satu email syarikat ni tak boleh di access dari rumah, so susah skit nak check inbox.
Pun begitu, email lama iaitu zamlan@nhkmfg.com.my masih boleh digunakan seperti biasa. Segala pertanyaan atau apa2 jela akan tetap saya layan.

Sekian, harap maklum.

lanchini

Monday, March 10, 2008

CENDAWAN DAN PILIHANRAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap tanggungjawabnya, sabtu lalu saya pulang ke kampung untuk mengundi. Pukul 11 pagi saya sampai ke Chini dan terus bergegas ke tempat mengundi yang terletak 2km dari rumah. Saya pergi dengan semangat berkobar-kobar untuk memangkah calon pilihan. Namun semangat tinggal semangat apabila pegawai yang menyemak pendaftaran mengatakan nama saya tiada dalam list! Saya makin terkedu bila diberitahu saya hanya berada di dalam senarai calon undi pos! Macammana jadi camni sedangkan saya telah mengundi secara normal pada tahun 2004 yang lalu? Saya pulang dengan penuh dengan tanda tanya. Ada juga wakil dari parti BN yang berkunjung ke umah dan menyatakan hasrat untuk membantu saya dengan menghubungi SPR pusat. Akhirnya dia datang semula dan berkata tidak boleh buat apa2 lagi. Kemungkinan telah berlaku kesilapan pada SPR sendiri.. Aiseyman... Nyesal gak sebab tak check betul2 waktu semak dalam internet dulu.

Namun perasaan kecewa ni tak menghalang saya untuk menolong ayah untuk menyiapkan rak di dalam bangsal ke-3 kami. Minggu yang lalu, abang ipar saya telahpun menyiapkan 40% rak. Jadi minggu ni kami bercadang untuk siapkan terus rak-rak lain memandangkan segala kelengkapan telah pun tersedia. Kami menjalankan kerja secara beramai-ramai. Ada yang menggergaji kayu, ada yang memaku dan ada yang memasang tiang. Alhamdulillah, 12 rak telah berjaya disiapkan...


Sebahagian dari rak yang telah siap minggu lepas telah pun diisi dengan bungkah-bungkah cendawan. Pada anggaran saya, dalam 2 ribu bungkah ada kot..


Matlamat asal membina bangsal ke-3 adalah untuk menggantikan bangsal pertama yang kini sudah bertukar menjadi stor. Kira2 minggu lepas, saya telah membeli peralatan dan bahan mentah secara pukal dari Mentah Resources. Dan barangan tersebut kini memenuhi bangsal 1. So, kepada sesiapa yang ingin membeli bahan mentah dan peralatan cendawan, bolehla mendapatkannya dari Chini Agro. Anda boleh dapatkan sebut harga melalui ruangan download di sebelah kanan blog ini.

Itu aje untuk kali ni, mata aimashou...

lanchini

Tuesday, March 4, 2008

LAWATAN KE KULAT ENTERPRISE


Saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu yang lalu untuk melawat ladang cendawan milik Kulat Enterprise. Saya pernah berjumpa dengan pemilik syarikat ini iaitu en Ramlee kira-kira 2 bulan yang lalu ketika berkunjung ke RASE Mushroom. Beliau dan partnernya ada menjemput saya untuk ke bangsal mereka di Seremban Selatan tapi time tu saya tidak berkesempatan untuk ke sana.

Sejak en Ramlee melancarkan blog beliau, saya selalu ikuti perkembangannya. Macam-macam kisah yang beliau paparkan hingga menarik minat saya untuk mengenali Kulat Enterprise dengan lebih dekat lagi. Lalu saya pun kontek en Ramlee dan menyatakan hasrat untuk melawat projek beliau. Kebetulan pada hari tersebut en Ramlee dan 'gang'nya sedang dalam proses memindahkan bungkah cendawan dari Seremban Selatan ke bangsal barunya di Mambau. Jadi saya cuma follow mereka dari tol Senawang hinggalah sampai ke Mambau.

En Ramlee menyewa satu lot tanah yang agak luas dan lengkap dengan kemudahan seperti ruangan berbumbung, rumah pekerja, ruang pejabat dan satu kawasan tanah yang kosong. Harga sewanya pun agak berpatutan. Mungkin inilah rezeki beliau selepas tapak projek pertama di Seremban Selatan tu tiba-tiba dijual oleh tuannya. Memang tak patut tindakan tuan empunya tapak tu!

Menurut en Ramlee, beliau bercadang untuk mengusahakan tapak tanah yang kosong tu dengan tanaman sayuran secara fertigasi. Tapi buat masa ni, beliau ingin menumpukan perhatian terhadap perusahaan cendawan. Saya dapati en Ramlee telahpun menyediakan 95% kelengkapan untuk membuat bungkah. Pekerja pun dah ada. InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan bermulalah proses membuat bungkah. Hasil cendawan yang diperolehi sekarang adalah daripada 7000 bungkah siap yang dibelinya pada hujung tahun lepas.

Kami banyak berbincang mengenai keadaan semasa perusahaan cendawan yang semakin hari semakin berkembang. Ada satu idea beliau yang menarik perhatian saya iaitu mewujudkan satu bentuk koperasi pengusaha cendawan agar kita dapat menyatukan pengusaha-pengusaha kecil di bawah satu organisasi. Saya memang menyokong idea sebegini. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi jika bersatu. Sekurang-kurangnya harga dapat di standardkan dan dapat mengelak persaingan tak sihat sesama sendiri.

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Kulat Enterprise. Saya percaya mereka kini berada di landasan yang betul. Pengorbanan serta usaha gigih en Ramlee dan partnernya pasti akan membuahkan hasil lumayan satu hari nanti... Gambatte kudasai!




lanchini.