Banner Ebook 468X60

Tuesday, October 28, 2008

Bungkah dan kursus cendawan

Hantar bungkah ke Lanchang

Sabtu lepas, saya dan team Chini Agro ke Kg. Sempadan, Lanchang atas urusan penghantaran bungkah cendawan. Terima kasih buat en Azmi sekeluarga atas keyakinan yg diberikan. En Azmi merupakan bekas peserta kursus kami yang di adakan pada bulan Ogos yang lalu. Sebelum ni beliau ada membeli 30 bungkah sebagai percubaan, Alhamdulillah mereka kini boleh menikmati hasilnya..

Bangsal en Azmi dah 80% siap. Cuma net hitam belum dibalut lagi. Lantai pun ada sedikit bahagian yang belum habis disimen. Saiznya dalam 12 X 20 kaki. Beliau dan adiknya merancang untuk siapkan kesemuanya dalam tempoh cuti deepavali ni. Jadi buat sementara, mereka tempatkan bungkah yang di beli didalam rumah dulu.Saya turut memberi beberapa pendapat untuk menambah baik bangsal milik en Azmi. Antaranya ialah untuk menyusun kembali kedudukan beberapa rak yang terlalu rapat. Bila bungkah dah masuk, rak yang terlalu rapat antara satu sama lain boleh menggangu kerja2 kita. Pengudaraan pun akan turut bermasalah. Saya turut mengingatkan en Azmi untuk membasmi kuman sebelum masukkan bungkah ke bangsal tu nanti.

Kursus Cendawan ke-9


Kursus pertama selepas berehat panjang pada bulan Ramadhan telah berjaya disempurnakan pada Ahad yang lalu. Seramai 6 peserta dari Terengganu dan Pahang telah hadir. Kami ingin merakamkan ribuan terima buat En Yusof, Puan Nurul, En Ridzuan, En Nazir, En Fairoz dan Cik Shamsuliza kerana sudi memilih Chini Agro untuk menimba ilmu cendawan. Saya turut berbangga dengan kehadiran bekas peserta iaitu en Shah dari Kuantan yang ingin menimba ilmu sekali lagi demi memantapkan projek cendawan yang telah pun dimulakan.

Format kursus kali ni agak berbeza berbanding dengan kursus2 yang lalu. Sessi teori telah dipendekkan kepada 1 jam sahaja dan selebihnya adalah praktikal. Saya turut memperkenalkan kembali proses kukus menggunakan tong dram. Berdasarkan feedback dari peserta yang lepas, ramai antara mereka yang ingin tahu secara detail penggunaan tong dram sebagai tempat kukus.

Dalam sibuk sedang berkursus, kami dikejutkan dengan kehadiran keluarga Mr Eng dari Bera. Mereka datang semata-mata untuk melihat bagaimana kursus dijalankan di samping meninjau projek cendawan kami.

Buat para peserta, Chini Agro mengucapkan selamat maju untuk projek masing-masing. InsyaAllah kami akan bantu dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal jika diperlukan. Apa yang lebih penting, moga hubungan terjalin akan berkekalan dan saling memberi manfaat, InsyaAllah..



Itu aje, sekian.



Lanchini.

Tuesday, October 21, 2008

Minyak turun harga


Minggu lepas kerajaan umumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen utk petrol dan 20 sen untuk diesel. Berita ni memang sesuatu yang dinanti-nanti oleh ramai orang termasukla saya sendiri. Walau cuma 15 sen, saya tetap bersyukur.

Apa yang saya lebih harapkan dr penurunan harga myk ni ialah penurunan harga barangan keperluan harian. Buat pengusaha cendawan cam saya lak, penurunan harga diharapkan akan turut memberi kesan kepada harga bahan mentah cendawan. Waktu minyak naik dulu, harga barang terutamanya plastik dan dedak naik mencanak-canak. Itu belum termasuk kos pengangkutan yang perlu kita tanggung sendiri. Memang pening kepala menangani masalah kenaikan harga. Pun begitu, kenaikan harga dulu pun ada hikmahnya. Kami mula elakkan pembaziran. Juga sentiasa cari jalan untuk perbaiki kualiti bungkah utk kurangkan reject seminima mungkin. Mana yang reject pd peringkat awal tu akan dikukus kembali utk di selamatkan. Ada juga saya dengar pengusaha yang re-cycle habuk kayu dari bungkah lama untuk buat bungkah baru.

2,3 hari yang lalu sy ada dengar berita bahawa harga plastik PP akan turun. Ada supplier yang telah turunkan sebanyak 60 sen dan ada yang akan turunkan lebih dari seringgit sekilo! Alhamdulillah, dah ada tanda2 penurunan harga bahan mentah. Harapan saya ialah penurunan harga ni boleh kami kongsikan pula dengan pelanggan2 kami.

Ni cerita lain pulak. Pasal restoran cendawan goreng. Minggu lepas saya ke Kuantan melalui jalan Gambang-Kuantan. Sebelum sampai ke batu 10( kawasan kem), saya ternampak sebuah kedai restoran yang dinamakan DINAR CENDAWAN GORENG. Saya rasa kedai ni masih baru kerana tidak pernah lihatnya sebelum ni. Malangnya waktu tu kedai tu tutup. Mungkin di sebabkan hari tu hari Ahad. Saya tak sempat rakamkan gambar kedai tu. Rasa teruja juga untuk mengetahui lebih lanjut pasal restoran ni. Ini lah kali pertama saya berjumpa kedai restoran yang dinamakan sempena nama cendawan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kunjungi lagi kedai ni dan cuba kenali ownernya..



Sekian dulu,


lanchini

Monday, October 13, 2008

Cuba try test Life Light



Dulu saya pernah baca melalui blog RASE mengenai sejenis baja dari Jepun yang sesuai untuk penanaman cendawan. Namanya LIFE LIGHT. Seperti kebanyakan produk baja/ EM yang lain, life light dikatakan mampu meningkatkan daya tahan bungkah terhadap penyakit selain meningkatkan hasilnya.


Bila dah sampai kat ladang RASE ahad lepas, saya ambil keputusan untuk membeli 20 bungkah berbenih yang mengandungi Life Light. Kalau kita tenung bungkah tu secara dekat, nampak butiran baja berwarna putih bercampur dengan habuk kayu. Saya tak beli baja Life Light terus sebab nak monitor dulu 20 bungkah testing ni. Menurut en Goh RASE, diorang pun belum dapat hasil dari bungkah Life Light lagi. Tapi jika di lihat prestasi bungkah yang diperam, nyata kadar rejectnya telah berkurangan dari dulu. Saya sendiri dapat melihat perkembangan maisilium yang memutih di dalam bangsal diorang, sejuk mata memandang. Dalam asyik melihat bungkah2 life light tu, saya terperasan bungkah ling zhi diorang yang dah mula keluarkan hasil! Nampaknya RASE dah mula meneroka pasaran baru selain dari cendawan tiram. Syabas buat mereka!




Sekian,



Lanchini.

Monday, October 6, 2008

Diari Hari Raya



Salam buat pembaca,
Cuti raya saya bermula pada Ahad 28 Sept yang lalu dan berakhir pada Ahad 5 Sept yang baru lepas. Seingat saya, inilah cuti raya paling panjang yang pernah saya lalui sejak bekerja di tempat sekarang. Biasanya cuti cuma 4,5 hari sahaja. Inilah nasib orang makan gaji, cuti raya pun kena controlled.
Saya pulang ke Chini pada pagi ahad dan sampai sebelum tengah hari. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang masalah. Pun begitu, memang jelas bilangan kereta nampak lebih banyak dari biasa. Saya drive slow and steady je, biar lambat asal selamat..
Acara hari Isnin bermula awal selepas sahur. Hari ni ayah nak sembelih lembu, jadi kami adik beradik awal2 pagi lagi bertolak ke ladang tempat kandang lembu. 2 ekor lembu jadi korban tahun ni untuk dijual dagingnya. Permintaan untuk daging memang tinggi, hampir seekor lembu tu dah ditempah orang. Saya cuma tolong sikit2 je, nak simpan tenaga, hehe. Saya juga sempat menolong pekerja kami memasang tutup rehat bungkah cendawan. Semua bungkah akan 'berehat' sepanjang hari raya nanti.


Petang tu saya bertolak ke rumah mertua di felda Bukit Bading, Kuala Terengganu. Tahun ni giliran beraya di rumah isteri.
Pada hari raya tu, seperti biasa melawat sanak saudara sebelah isteri. Kampung isteri terletak di Serada, berdekatan dengan bandar raya Kuala Terengganu. Selepas solat Aidilifitri, kami terus kesana. Setelah selesai melawat saudara mara, saya ambil kesempatan pada hari tu untuk melawat mercu baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal. Dulu pernah bercadang untuk ke sana sewaktu Perkampungan Hadhari, tapi time tu orang ramai sangat. Kali ni keadaan jauh berbeza, kami boleh drive masuk dan parking betul2 depan masjid kristal tu. Binaan masjid tu memang indah walau saiznya lebih kecil dari yang saya bayangkan.
Raya ke3 saya bertolak semula ke Chini untuk menyambut raya di sana pula. Tapi saya tak dapat beraya sangat sebab tak ramai member yang masih tinggal di kampung. Kalau ada pun, mereka dah berangkat pulang ke tempat tinggal masing-masing. Jadi nak hilangkan bosan, kami sekeluarga ke Tasik Chini. Saya sendiri pun dah lama tak ke sana, mungkin hampir 2 tahun! Tiada perubahan ketara yang dapat di lihat, keadaanya masih seperti dulu, nampak hambar. Jeti reput dah ditukar dengan jeti yang baru, cuma binaanya nampak ala kadar dan seperti tak tahan lama. Harap pihak yang berkenaan ambil inisiatif untuk mengindahkan lagi kawasan tasik kebanggaan penduduk Chini ni.

Keesokkan harinya saya menerima tetamu istimewa iaitu En Badrul, pengusaha cendawan di Balok, Pahang merangkap Presiden Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur. Beliau dan keluarga dalam perjalanan pulang selepas beraya di Johor Bahru. Dan seperti biasa, topik perbincangan kami berkisar pasal CENDAWAN. Kami banyak bertanya kepada en Badrul yang dah 7 tahun mengusahakan cendawan sepenuh masa. En Badrul memang hebat, banyak nasihat serta ilmu berguna mengenai cendawan yang kami dapat. Pengalaman luas en Badrul menjadikan beliau mampu mengecam bungkah yang cukup masak atau tidak hanya dari bau dan warna bungkah tersebut. Lagi satu, en Badrul boleh menilai benih tu dari generasi ke berapa. Hebat kan?
Sebelum pulang, en Badrul sempat memberi tips untuk mendapatkan hasil kukusan maksimum. Paras air perlu berada di tahap minimum dan dapur perlu sentiasa diservis agar pembakaran api sentiasa dalam keadaan terbaik( api biru ). Kedudukan dapur sebolehnya berada di kawasan paling tengah agar air mendidih dalam keadaan sekata. Itulah antara tips yang saya dapat sepanjang berbual panjang dengan en Badrul.


Alhamdulillah hari raya kali ni berjalan dengan baik, tanpa ada masalah. Yang paling saya lega ialah kerana tidak ada keluarga yang sakit sepanjang berhari raya. Dah 2 kali raya saya terpaksa ke hospital membawa anak sulong saya yang mengidap asma tu. Saya sangat bersyukor kerana batuk2 kecilnya sempat sembuh beberapa hari sebelum raya.



Sekian dulu,


Lanchini