Banner Ebook 468X60

Monday, December 29, 2008

Lembu dan Tisu.

Salam Maal Hijrah,


Minggu lepas saya pulang ke Chini. Kali ni saya balik seorang sahaja tanpa ditemani keluarga kerana ada urusan yang perlu di selesaikan. Saya bertolak dari Seremban pukul 8 malam dan sampai ke Chini pukul 11 malam. Tapi perjalanan kali ni agak malang, saya terlanggar seekor lembu yang tiba2 je tercegat di tengah jalan. Lampu dari kereta bertentangan menyebabkan pandangan silau seketika. Bila mata dah OK, terus nampak lembu tu berdiri di lorong saya. Saya sempat mengelak sikit, tapi terlanggar jugak bahagian depan lembu... Akibatnya, beginilah keadaan kereta kesayangan isteri..


Cuma saya bersyukur tak tercedera dalam kejadian tu. Nasib baik juga tak bawak anak isteri. Saya tak taula keadaan lembu tu camana sebab bila tengok belakang dah tak nampak apa2 sebab kat situ gelap gelita. Tapi yang pasti, dek lembu tu juga hangus hampir seribu untuk merepair keta, huhuhu..

Oh ye, saya jugak sempat melihat perkembangan bungkah yang guna tisu sebagai ganti tutup rehat. Hasilnya ok, keluar dalam gugusan tangkai yang banyak. Berat 1 gugusan cendawan melebihi 100g. Cuma itulah, pengeluarannya tidak sekata. Dan saya juga menjumpai satu lagi masalah iaitu kertas tisu yg melekat pada gugusan cendawan tu. Sedikit gambar yang boleh dikongsi,



Sekian dulu.


Lanchini

Thursday, December 18, 2008

Teknik Baru - Guna tisu


Salam buat pembaca,

Baru-baru ni saya ada membaca di blog en Ramle Kulat Enterprise mengenai penggunaan tisu sebagai pengganti penutup peram/rehat. Saya turut melawat bangsal beliau untuk melihat keadaan sebenar. Menurut en Ramle, bungkah yang berusia sebulan akan dikorek buang benihnya dan ditutup dengan tisu. Bila tiba masanya, cendawan akan keluar menembusi tisu tersebut. Kelebihan utama teknik ini ialah ia dapat mengurangkan masalah penyakit daripada persekitaran kerana mulut bungkah terdedah dalam tempoh minimum. Hasil juga menunjukkan peningkatan. Masalahnya pula ialah kita tidak dapat mengawal pengeluaran kerana cendawan akan keluar pada bila2 masa sahaja. Lagi satu ialah leceh sikit untuk kerja mengikat tisu pada mulut bungkah jika dibandingkan penggunaan tutup rehat. Setelah hasil keluar, bungkah itu akan terus ditutup dengan tisu semula.


Kami di Chini Agro turut mencuba teknik yang dipelajari dari KE ni. Sebagai permulaan, kami hanya gunakan pada satu rak sahaja. Berbeza sikit dengan KE, kami tak mengorek buang benih. Ini kerana benih yang disuntik tidak terkumpul di mulut bungkah kerana kami menggoncangnya sewaktu proses suntik benih ( teknik ni pula dipelajari dari en Azman TAA sewaktu GCM aritu ). Kami juga menggantikan penutup peram bungkah yang berusia 50 hari ke atas je..

Saya tak sempat melihat result dari teknik ini kerana terus pulang ke Seremban selepas memasang tisu pada mulut bungkah. Menurut ayah, hampir kesemua bungkah testing ni dah keluarkan hasil! Ini pencapaian yang baik sebab biasanya hasil pertama tak sampai 50 peratus je yang keluar. Cuma satu lagi masalah timbul di tempat kami ; kehadiran tikus yang memakan tisu ni! 

Buat masa ni, kami akan terus pakai tisu untuk rak testing ni. Hasilnya dari segi kualiti/produktiviti akan kami bandingkan dengan rak2 lain. Kalau resultnya ok, pasti kami applykan kepada semua bungkah kami..


Itu je, sekian.

p/s : Chini Agro mengucapkan ribuan terima kasih buat sahabat2 yang sudi memberi pandangan mengenai  post kami mengenai kulat oren. Terima kasih sekali lagi.

Lanchini.

Tuesday, December 9, 2008

OREN MENYERANG!

Salam Aidiladha buat semua pembaca blog ni.. Moga hari raya korban kali ni memberi pengertian yang besar utk anda semua..
Bercakap pasal korban ni, banyak bungkah kami yang 'terkorban' akibat serangan kulat oren. Sejak 3 minggu lepas, tetiba kulat oren menyerang. Kira2 sepuluh peratus bungkah kami diserang dengan kulat oren. Setakat ni masalah ni cuma terjadi kepada bungkah2 yang baru dibuat aje.
Kami jarang sangat diserang kulat oren. Dari segi pengalaman dan pengetahuan, memang kami bukanla 'pakar' untuk handle masalah ni. Nasib baik ada kawan2 yang sudi memberi pandangan dan cadangan untuk atasi masalah ni.
Kulat oren ni mula dikesan pada peringkat awal lagi. Jika dibiarkan bungkah selepas kukus terdedah, selepas 3,4 hari kita akan dapat melihat keputihan merebak dari mulut seolah-olah maisilium. Selepas tu keluarla spora oren pada bahagian tutup peram atau dimana-mana yang ada lubang.


Punca kulat oren di katakan dari persekitaran yang tercemar. Kejadian yang berlaku sebelum ni memang jelas puncanya dari habuk kayu. Habuk kayu yang di terima telah dicemari dengan kulat oren. Tapi punca kejadian ni agak berbeza sebab habuk kayu nampak ok je. Kami tak dapat mengesan puncanya. Adakah musim hujan sekarang yang membawa spora kulat oren ni? Wallahuallam...
Bungkah yang dikesan dari awal akan dikukus semula. Bungkah yang telah diperam dan dijangkiti pula akan di asingkan. Kami gunakan diesel untuk bunuh bunga kulat oren tu. Kami juga sembur campuran klorok dan air di seluruh kawasan proses dan juga bangsal peram. Sebenarnya saya agak musykil penggunaan air dalam mengatasi kulat oren ni. Bukan apa, bila bunga kulat oren tu terkena air klorok, saya dapati ia akan pecah dan tersebar. Ia tidak larut dalam air. Silap2 merebak pulak spora tu ke bungkah sebelahnya. Jadi saya hanya guna diesel pd bungkah yang ada bunga oren dan larutan klorok pula disembur di dalam bangsal dengan harapan spora oren tidak melekat pada bungkah yang dibasahi larutan klorok. Ada juga yang memberi pendapat supaya gunakan kain basah utk lap buang bunga oren. Saya cuba dan dapati bunga oren tumbuh kembali!


Pasal bungkah yang dirawat pulak, ada sahabat mengatakan ia akan keluarkan hasil. Saya sendiri tidak pernah melakukan eksperimen untuk tentukan kebenarannya. Buat masa ni bungkah berpenyakit diasingkan dulu. Jika dinilai dari keadaan maisiliumnya, ada yang punyai harapan kerana ia tetap menular walau tak berapa cantik. Tapi tak kurang juga bungkah yang dibuang sebab maisiliumnya hilang dan diganti dengan maisilium warna warni.
Moga masalah ni tak berpanjangan. Minggu lepas ada jumpa member dari kuantan dan dia menceritakan kisahnya yang pernah buang 5000 bungkah akibat masalah kulat oren yang tak terkawal. Gerun juga mendengarnya...


Sekian

Lanchini

Tuesday, December 2, 2008

Laporan Kursus Cendawan ke 10

Alhamdulillah kursus cendawan Chini Agro kali ke-10 selamat di adakan pada sabtu, 29 Nov yang lepas. Seramai 5 orang peserta telah menghadiri kursus kali ni. 


Kebanyakan peserta kali ni mempunyai pengetahuan yg dalam mengenai pertanian dan penternakan. Ada yang bertugas sebagai pegawai MARDI, Pengurus Ladang dan ada yang sedang usahakan penternakan cacing. Jadi agak mudah untuk saya membuat penerangan kerana mereka mudah untuk memahaminya. Ada kalanya mereka pulak yang memberi point2 tambahan. Ada peserta yang mengajar saya teknik membuat baja kompos dengan gunakan bungkah lama yang dicampurkan dengan najis kambing atau lembu. Saya memang berminat untuk cuba membuat baja kompos dengan kaedah tu. Ada yang cadangkan untuk saya ikuti kursus membuat baja kompos kerana potensinya agak besar.

Saya juga bersyukur sebab keadaan cuaca menyebelahi kami. Walau diramal hujan lebat sejak dari Khamis lagi, Alhamdulillah cuaca agak cerah sepanjang hari. Jadi semua aktiviti praktikal dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada masalah. Dan seperti biasa, selepas aje praktikal membuat bungkah, semua peserta kelihatan khusyuk sekali menjamu selera makan tengahari..

Semoga ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat buat peserta. Saya juga ingin ucapkan selamat maju jaya buat mereka samada dalam bidang cendawan atau apa jua yang mereka lakukan...

Sekian,

Lanchini