Banner Ebook 468X60

Saturday, October 9, 2010

Test Bungkah

Salam buat pembaca,

Sejak bulan 6 yang lepas, saya telah mula bekerja kembali di sebuah syarikat berkaitan kejuruteraan di Kuantan. Serentak dengan itu, aktiviti berkaitan cendawan saya telah diperlahankan supaya dapat beri komitmen terhadap kerja baru ni. Tapi bukan bermakna saya tidak lagi mengusahakannya, cuma tak serancak awal tahun 2010 haritu. Setelah beberapa bulan mencuba, saya ambil keputusan utk menjadikan perusahaan ini hanya sebagai side income. Waktu berhenti kerja lama, saya memang nak jadikannya sebagai sumber pendapatan utama, tapi atas masalah2 yang berlaku sebelum ni, saya simpulkan yang persediaan kami masih belum cukup. Biarla projek tak sebesar mana, asalkan ia membawa keuntungan sesuai dengan usaha dilakukan.

Terbaru, saya telah membeli bungkah dari seorang pengusaha di Johor. Saya membeli sebanyak 200 bungkah sebagai percubaan. Dah lama betul rasanya tak beli bungkah, last sekali haritu pun dalam tahun 2008 rasanya..



Mengapa saya beli bungkah ni? Semua ni berpunca dari testimoni seorang rakan yang telah membeli 14000 bungkah dari pengusaha ni. Saya tak beberapa hairan mengenai kadar penyakit rendah pada peringkat pertumbuhan maisilium. Saya lebih berminat dengan kadar penyakit selepas tuaian pertama. Satu lagi saya ingin tahu jumlah hasil yang mampu dikeluarkan selepas beberapa kali pusingan tuai hasil.

Menurut kawan saya ni, setelah 5 kali tuai, dia telah berjaya memperolehi lebih daripada 2600kg cendawan. Dia yakin untuk dapat lebih dari 3000 kilo sebelum melupuskan bungkah-bungkah tu. Dan dari segi kadar penyakit, jumlahnya sangat-sangat minima, kurang dari 1% walau dah 5 kali tuai hasil. Memang di puas sangat-sangat puas hati , tak perlu bersusah payah membuang bungkah rosak, tunggu hasil keluar dan petik sahaja.

Untuk pastikan kualiti bungkah constant atau tidak, kawan saya telah membeli 14000 bungkah lagi. Beberapa bulan lagi, dapatla tau keputusannya camana ye..

Sekian,

Lanchini