Banner Ebook 468X60

Sunday, January 31, 2010

Bangsal ke-3 dan 4

Sejak awal bulan Januari, bangsal ke-3 Chini Agro telah mula beroperasi. Bangsal ke-3 ni dijadikan tempat peram bungkah-bungkah yang baru disuntik benih.



Tiada rak dalam bangsal ke-3 ni. Semua bungkah yang baru di letak secara menegak sahaja atas lantai. Tempoh peram dalam bangsal ni cuma sekitar dua minggu sebelum ianya dipindahkan ke bangsal ke-4 yang terletak bersebelahan je. Dalam bangsal 4, barula bungkah2 ni akan disusun dalam rak.

Tempoh 2 minggu disusun tegak cukup untuk kita kenal pasti bungkah-bungkah yang menunjukkan simptom rosak. Biasanya bungkah rosak ni akan dirawat semula dengan membuang benih dan dikukus sekali lagi. Sememangnya kita tak digalakkan untuk meletak bungkah direct atas lantai simen terlalu lama. Ini kerana faktor perbezaan suhu antara lantai simen dan persekitaran bungkah boleh merencatkan perjalanan masilium yang menjalar ke bawah tu. Cara yang lebih baik ialah dengan menyusunnya didalam bakul besi. Masalahnya, kami tak mempunyai bilangan bakul yg cukup utk tujuan tu. Bilangan bakul sekarang cuma cukup utk 3 pusingan kukus sahaja. Jadi, buat masa ni kami akan gunakan cara ni sahaja dulu.

InsyaAllah, awal bulan 3 nanti bungkah-bungkah ni akan keluarkan hasil. Sejak tinggal di Kuantan, sy dapati permintaan cendawan agak tinggi. Sy dan beberapa orang kawan pengusaha cendawan kat sini selalu jugak terputus bekalan. Buat masa ni, belum ada pengusaha cendawan berskala besar di sini yg boleh bertindak sebagai pengimbal. Untuk pengusaha kecil seperti kami, masalah utama ialah pengeluaran yg tak stabil. Kadang-kadang banyak sangat hasil dan kadang-kadang takde langsung ( faktor cuaca, penyakit, dll )...

Itulah sedikit catatan kali ni, jumpa lagi.

Sekian.

Lanchini.

Monday, January 11, 2010

Dari Rally ke Cendawan

Salam buat pembaca,

Kali ni saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang pengusaha cendawan di Kuantan bernama en Haris. Kalau anda perasan, dalam post yang lalu, saya pernah menyebut namanya sebagai orang yang banyak menolong kami memasarkan cendawan ke Kuantan.

Semenjak dua menjak ni kami banyak berhubung dan kadang-kadang berjumpa di Pasar Tani Mega di Kuantan. En Haris turut mengajak saya melawat tapak projek nya yang hanya terletak beberapa kilometer dari bandar Kuantan. Oh ye, nama syarikat cendawan en Haris ialah Kuantan Agro Enterprise. En Haris ni dah mula memasarkan cendawan sejak 4 tahun yang lalu lagi tapi baru sekarang ingin mula mengembangkan lagi bisnes beliau. Pasaran hanya di tumpukan di sekitar Kuantan sahaja. Beliau hanya menjaga bungkah2 yang dibeli dengan kuantiti besar ( 10 - 15 ribu sekali beli ) hingga keluarkan hasil.

Apa yang unik mengenai en Haris ialah dia ni juga seorang peserta lumba kereta lasak, atau rally bertaraf profesional. En Haris bertindak sebagai seorang navigator dan selalu bersaing dengan sportsman lasak terkenal, 'The Flying Singh' atau Karamjit Singh. En Haris kini mewakili pasukan Felda untuk kejohanan lumba kereta lasak dan baru-baru ni baru memenangi perlumbaan di Johor. Selain tu, en Haris ni rupanya penulis di majalah-majalah kereta dan sering dijemput utk pandu uji kereta-kereta yang baru hendak dikeluarkan. Ini gambar keratan akhbar sewaktu en Haris ( berdiri sebelah kanan tu ) memenangi kejohanan rally tempatan tahun lalu.



Habis cerita rally, balik kisah cendawan. Saya berpeluang untuk melawat tapak projek Kuantan Agro milik en Haris yang terletak di tepi jalan Kuantan- Gambang. Kini, en Haris memiliki beberapa unit bangsal cendawan yang dibina betul-betul di hadapan rumahnya. Kapasiti bungkah yang boleh diisi ialah sekitar 50 ribu bungkah. Tapi buat masa sekarang terdapat hanya lebih kurang 12 ribu bungkah yang aktif mengeluarkan hasil.

Dari segi pasaran, en Haris menumpukan jualan cendawan segar ke restoran-restoran berdekatan, peniaga pasar tani ataupun peniaga-peniaga cendawan goreng. Ada sesetengah cendawannya di pek menggunakan plastik lutsinar dan polisterin. Tapi majoritinya dijual secara segar di dalam bakul sahaja. Kuantan Agro kini mampu memasarkan 20 - 30 kg cendawan sehari.

Itulah serba sedikit kisah mengenai en Haris dan syarikat Kuantan Agro miliknya. Saya yakin dengan pengalaman luas en Haris, kedudukan bangsal yang strategik dan strategi pemasaran yang dimilikinya, Kuantan Agro akan muncul antara pengeluar cendawan utama di bandar ini.

Sekian,

Lanchini

+++++++++++++++++++++++

Projek Cendawan atau Kerja Kerajaan ?

+++++++++++++++++++++++