Banner Ebook 468X60

Friday, June 22, 2007

Membuat persiapan

Saya mula membuat kajian untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan ini. Nasib baik ada kawan yang di kenali Abg Yusof banyak membantu. Dialah tuan punya perusahaan cendawan di Rembau yang saya lawati sebelum ini.

Langkah pertama adalah untuk memiliki bangsal cendawan sendiri. Membina bangsal juga memerlukan kos yang agak tinggi terutama jika terpaksa mengupah tukang. Setelah berbincang dgn ayah, kami akhirnya ambil keputusan untuk 'mengorbankan' parkir kereta saya yang bersambung dgn rumah di kampung.

Keluasan : 12 kaki X 25 kaki

Kos upah : RM 700

Kos barang : RM 800

Menurut abg Yusof, cendawan memerlukan kawasan yang redup, lembap dan suhu di bawah 30 darjah untuk pertumbuhannya. Kitaran udara juga mestilah baik. Jika tidak menyediakan persekitaran sebegini, kemungkinan cendawan mudah dijangkiti penyakit dan hasilnya kurang baik.

Alhamdulillah, pada awal Februari 07, bangsal siap dibina. Beginilah rupanya..


Untuk permulaan, saya bercadang untuk membeli kira-kira 1000 beg cendawan ( atau dikenali sebagai beg media )daripada abg Yusof. Kami sebenarnya memang tidak sabar lagi untuk memulakan perusahaan ini!









Thursday, June 21, 2007

Bagaimana saya mula mengenali cendawan

Salam pengenalan



Tujuan blog ini ditulis adalah sekadar untuk berkongsi sedikit kisah saya dalam mengusahakan cendawan tiram. Saya bukan lah pakar dalam bab-bab cendawan ini, dan hanya mula berjinak dalam bidang bermula daripada Februari 07 yang lalu. Sekarang pun masih lagi dalam peringkat bertatih dan banyak perlu belajar lagi..


Sebelum ini saya tidak pernah mengenali cendawan tiram. Bukan saya sahaja, seluruh keluarga saya juga tidak 'biasa' menjadikan cendawan tiram sebagai menu dalam masakan kami. Kisahnya bermula tahun lepas, salah seorang rakan sepejabat mula menjual cendawan tiram yang dipek berharga RM2. Jualannya mendapat sambutan hangat daripada rakan sekerja. Saya pun mencuba 1 pek, isteri buatkan sup cendawan dan rasanya, memang sedap!



Pun begitu, saya belum terfikir untuk mengusahakannya, sehinggalah ayah bertanya, macammana nak tanam cendawan ni? Ayah memang seorang yang suka bercucuk tanam. Sebelum ini ayah mengusahakan kebun sayur sehinggalah dia jatuh sakit pada awal tahun 2000. Ayah tidak lagi boleh melakukan kerja berat. Namun minatnya pada pertanian tetap membara..



Ayah betul-betul ingin tahu cara menanamnya dan mendesak untuk melihat tempat bangsal kawan saya. Alhamdulillah, hajat ayah tercapai pada awal Januari yang lepas. Saya membawanya ke bangsal kawan yang terletak di Rembau. Sempat juga saya mengambil beberapa keping gambar kenangan...





Ayah tertarik dengan cara penanaman cendawan yang amat mementingkan kebersihan dan memerlukan ketelitian. Setelah berbincang, akhirnya kami sepakat untuk mencuba sendiri di rumah.. Bermulalah pengalaman mengusahakan cendawan...