Banner Ebook 468X60

Tuesday, November 27, 2007

Majlis SEHARI BERSAMA PAKAR UPM

* Tiada tempat penginapan? Jangan bimbang kami boleh membantu. Anda boleh menginap di chalet berhampiran Tasik Chini. Berkursus sambil melawat tempat peranginan!

Salam hormat buat semua pembaca,


Minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri satu majlis yang dinamakan 'Sehari Bersama Pakar UPM' yang diadakan di Dewan Serbaguna Sultan Ahmad Shah, Pekan Pahang. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kepada En Zakaria dari Jabatan Pertanian Pekan yang menjemput ayah dan saya untuk ke sana..


Tujuan utama saya kesana adalah untuk bertemu dengan pakar cendawan dari UPM. Saya sangat teruja untuk bertemu dengan pakar tersebut sebab ingin bertanyakan banyak perkara mengenai perusahaan ini. UPM yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini serta tenaga kerja pakar sudah tentu mempunyai jawapan kepada persoalan saya...


Akhirnya saya berkesempatan untuk bertemu dengan saudara Hasnul, orang kuat UPM dalam bidang cendawan ni. Walau sibuk melayan pengunjung gerainya, beliau masih sudi untuk meluangkan sedikit waktu untuk berbincang dengan kami.


Sesi perbincangan berlanjutan hingga 30 minit. Pelbagai perkara kami bincangkan. Saudara Hasnul juga sempat membaca naskhah ebook Chini Agro dan memberi beberapa komen membina. Saya sangat hargai segala pandangan dan komen beliau untuk pertingkatkan pengetahuan kami.. Berikut beberapa gambar yang boleh dikongsi bersama;







Sunday, November 25, 2007

KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN

Berita baik untuk yang sedang tercari-cari kursus yang sesuai. Chini Agro akan menganjurkan kursus intensif cendawan seperti yang berikut;

Tarikh : 8 hb Dis dan 9 hb Dis 07
Tempat : Chini Agro Ent, Chini Timur 3, Pekan Pahang
Harga : Pakej A = RM 180, Pakej B = RM 230

Isikandungan pakej :
Pakej A : Kursus 1 hari untuk teori dan praktikal
Pakej B : Pakej A + 1 hari ekstra untuk praktikal

Lain-lain : Makan dan minum, nota ringkas disediakan
Sijil : Akan akan diberi pada akhir kursus

* Diskaun akan diberi kepada mereka yang telah membeli Ebook


Kepada yang berminat, hubungi no : 0193951516 (Lan)

Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat!

Wednesday, November 21, 2007

Pasal Ebook lagi!

Salam buat pembaca,

Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kpd mereka yang sudi membeli Ebook Panduan Lengkap Projek Cendawan Tiram. Kepada yang inginkan preview pun terima kasih jugak.

Ada yang bertanya, mengapa tetiba je keluarkan Ebook? Mmm sebenarnya pada peringkat awal, saya cuma ingin tulis panduan projek ini sebagai persediaan kepada kursus cendawan. Ada orang yang berminat untuk berkursus di Chini Agro, jadi saya rasa wajar untuk bekalkan mereka sedikit manual. Bila dah kumpulkan bahan-bahan, timbul pula idea untuk menjadikannya Ebook! Terus terang saya dapat inspirasi ni daripada sahabat saya saudara Wan dari Projek Cendawan dan Nizam dari Cendawan Global. Walau tak pernah bersua, tapi saya tertarik dengan dengan idea 'bussiness' mereka.

Saya ingin menjadikan ebook ni sebagai wadah untuk berkongsi pengetahuan cendawan. Saya yakin, pembeli ebook ini juga mempunyai pandangan, idea atau persoalan sendiri. Segala ini akan saya kaji dan jika sesuai akan dimasukkan sebagai kandungan ebook pula. Ini bermakna, kandungan ebook akan terus di'upgred' dari masa ke semasa. Pembeli awal tak perlu bimbang sebab anda akan terus menerima Ebook yang di upgredkan ini. Dengan cara ini, semua akan berkongsi kebaikan dari Ebook ini, InsyaAllah...

Berkenaan dengan Chini Agro pula, hari sabtu ni, 24hb nanti kami akan menyertai Program Hari Bersama Pakar UPM yang akan di adakan di Pekan. Dengarnya, pakar cendawan pun turut hadir. Bolehla saya meminta pandangan beliau mengenai masalah2 yang kami hadapi... Kami pun masih dan akan terus belajar..

Friday, November 16, 2007

Pelancaran Ebook Chini Agro!





Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana akhirnya dapat juga saya siapkan Ebook yang bertajuk ' Panduan Lengkap Projek Cendawan '. Agak lama jugak saya mengumpul bahan-bahan khususnya gambar untuk dimuatkan dalam Ebook ni.


Buku panduan ni ditulis khas buat mereka yang ingin mempelajari cara mengusahakan projek cendawan terutamanya jika tidak berkesempatan ikuti kursus atau latihan. Ia juga boleh dijadikan panduan buat mereka yang telah memulakan projek tetapi ingin mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan lagi.


Antara keunikan Ebook ini ialah;



  1. Isi kandungannya merangkumi dari persiapan awal sebelum mula projek hingga cara mengendali bungkah bermasalah. Selain dari pengalaman sendiri, semua point berdasarkan apa yg dipelajari di kursus, perbincangan sesama rakan pengusaha dan kajian sendiri.

  2. Ditulis berdasarkan rekod dan catatan Chini Agro sendiri. Hampir semua panduan telah dipraktikkan dan dibuktikan oleh kami.

  3. 95 % gambar adalah diambil sendiri penulis samada di bangsal sendiri atau sewaktu membuat lawatan ilmiah ke tempat pengusaha lain.

  4. Amat sesuai untuk yang ingin bermula kecil-kecilan.

Kepada yang berminat, bolehlah menempah ebook ini mulai sekarang. Harga promosi ialah RM15 sahaja. Harga ni lebih kurang 2kg cendawan je kan, hehe... Tapi ilmu didalamnya boleh menjana pendapatan 4 angka sebulan tau! So, saya rasa ini adalah pelaburan yang sangat menguntungkan....


Sebarang pertanyaan mengenai Ebook ini boleh di ajukan kepada saya melalui 019-3951516. Selamat mencuba dan semoga maju jaya...



LANCHINI


Chini Agro Enterprise





Wednesday, November 14, 2007

Dari Chini ke Kuching


Salam buat pembaca,

Baru-baru ni kami ada menghantar bungkah cendawan ke Kuching, Sarawak sebanyak 16 bungkah. Nampaknya bungkah cendawan sampai dulu ke Sarawak sebelum tuannya!

Saya respek dengan customer ni, dia sanggup membayar kos penghantaran yang mahal semata-mata kerana ingin belajar perusahaan cendawan. Untuk pengetahuan, kos poslaju untuk menghantar 2 kotak bungkah ni mencecah ratusan ringgit. Saya rasa tak ramai yang sanggup berbuat begini termasukla saya sendiri..

Demi menghormati pelanggan ini, saya telah memilih bungkah-bungkah yang paling berkualiti dan pertumbuhan maisiliumnya telah hampir separuh bungkah. Harapan saya semoga bungkah ini selamat sampai ke pelanggan tersebut tanpa cacat dan cela.
Saya anggap ini kepercayaan pelanggan ini terhadap produk Chini Agro sesuatu yang amat bernilai. Ia juga menaikkan semangat kami untuk berusaha lebih gigih lagi agar mencapai kejayaan lebih besar. Mungkin lepas ni produk kami boleh merentasi lautan pasifik pulak! Mana la tau kan.... Tapi sebelum berangan lebih jauh, baiklah kami fokuskan untuk pasaran sini-sini dulu lah...
Ok, jumpa lagi.
p/s : Post berikutnya ada pengumuman gempak, pelancaran Ebook Chini Agro yg bertajuk ' PANDUAN LENGKAP PROJEK CENDAWAN'...
Lanchini,
Chini Agro

Sunday, November 11, 2007

Hadiah untuk ayah

Salam sejahtera,


Minggu lepas menjadi minggu yang sangat bermakna untuk ayah. Dia mendapat hadiah istimewa dari kami adik beradik, sebuah kereta proton saga!



Mungkin rezeki ayah agaknya sebab kebetulan ada sorang pakcik yang tinggal di Felda bersebelahan ingin menjual keretanya. Harganya pulak ngam dengan budget kami. Tanpa buang masa, kami terus berurusan dengan pakcik tu. So sekarang kereta tu dah berpindah tangan.


Sebahagian dari duit beli kereta ni adalah daripada hasil jual cendawan. Walaupun Chini Agro masih baru bertapak, saya rasa agak bangga juga sebab hasilnya sudah dapat dilihat. Dan apa yang lebih penting, saya dapat meringankan kerja ayah. Selama ni ayah banyak bergantung kepada motor kapcainya menghantar cendawan ke kedai atau mengangkut bungkah ke bangsal. Lepas ni boleh la ayah gunakan kereta ni untuk pasarkan cendawan dengan lebih mudah dan selamat...

Sekarang kami juga sedang mencari pekerja tetap untuk menolong kerja-kerja di bangsal. Bilangan bungkah dah hampir mencecah 9 ribu, jadi kerja semakin bertambah. Setakat ni hanya kami adik beradik menolong ayah. Itu pun sekali-sekala di hujung minggu sebab masing-masing bekerja. Masalahnya agak sukar untuk dapatkan pekerja yang punyai kualiti yang kami cari. Sudah 2,3 orang yang datang, tapi kebanyakannya tidak dapat diterima oleh ayah. Macam-macam masalah yang timbul, tak punctual, selalu meng'ular', takde disiplin dan macam2 lagi. Memang susah nak cari belia Felda yang boleh buat kerja.. Sedih jugak, sebab ingatkan nak bantu anak bangsa sendiri....

Lanchini

Chini agro

Sunday, November 4, 2007

Chini Agro terus melangkah

Salam kepada pembaca suma,

Minggu lepas saya dapat satu berita gembira iaitu urusan bayaran Skim Insentif Pengusaha Cendawan telah selesai. Sebenarnya sekitar bulan 7 atau 8 yang lalu, ayah saya telah dipanggil oleh Jabatan Pertanian Pekan. Kami telah terpilih untuk menerima satu skim bantuan kepada pengusaha cendawan sekitar Pekan dan Kuantan. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk geran peralatan yang bernilai lebih kurang lima ribu ringgit.

Selesainya urusan ini bermakna saya mendapat kembali duit yang didahulukan untuk membayar alatan seperti steamer, bakul besi dan sebagainya. Lega hati saya kerana duit ni dapat meringankan beban kewangan kami yang dalam proses mengembangkan lagi sayap projek cendawan ni. Terima kasih ye Jabatan Pertanian Pekan, hehe..

Mengenai pasaran, saya rasa Chini Agro perlu 'keluar' untuk dapatkan pasaran lebih besar. Persaingan di Chini agak sengit sekarang dengan kehadiran peniaga cina yang datang dari Segamat(kalau tak silap). Tauke ni datang dengan 2,3 bakul cendawan dan menjualnya secara longgok. Harganya pulak lebih rendah dari harga Chini Agro. Itu yang agak memberi masalah.. Tapi yang bagusnya tauke ni sebenarnya memberikan idea kepada kami untuk turut menjual secara longgok. Saya dapati pembeli lebih tertarik untuk melihat cendawan yang diisi dalam bakul-bakul kecil daripada cendawan yang dipek dalam plastik.

Kami akhirnya mencuba pasaran di Felda Lepar Hilir yang terletak kira-kira 40km dari Chini. Cubaan pada pasar tani pagi Jumaat tu membuktikan permintaan cendawan di sana sangat baik. Dalam masa 2 jam aje 20 kg cendawan dapat dijual.

Masalah utama ayah ialah pengangkutan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk membeli kereta yang sesuai untuk ayah dan mengikut kemampuan kami. Proton Saga ok kot.. Kalau ada rezeki, saya akan belikan secepat mungkin untuk memudahkan urusan ayah..

Sampai di sini dulu, nanti sambung cerita lagi...