Banner Ebook 468X60

Monday, July 28, 2008

OPERASI CHINI AGRO


Sedar tak sedar, dah lebih setahun kami menggunakan bangsal yang terletak di ladang sawit. Secara lebih tepat, di bawah laluan TNB tu. Sebelum kami mengusahakan tapak tu, ia hanyalah satu kawasan yang penuh dengan lalang dan sesekali buldozer datang mengambil tanah kat situ.

Tempat operasi kami masih lagi dikekalkan kat rumah. Semua proses di lakukan di sini dari membancuh hinggalah proses suntik benih. Dari rumah kami terpaksa mengangkut bungkah2 ni ke bangsal untuk di peram. Berdasarkan kapasiti kitorang sekarang, setiap minggu kami terpaksa angkut kira-kira 2000 bungkah ke sana. Kalau ditukar dalam unit berat, ini bermakna kitorang terpaksa angkat hampir 2 tan bungkah ke sana! Berat gak tu.. Setiap hujung minggu kami akan buat kerja2 mengangkut ni dengan bantuan team chini agro yang kebetulan tak bersekolah, hehe.. Saya jugak bernasib baik kerana ada sahabat yang sudi pinjamkan pikap hijaunya setiap kali kami ingin beroperasi.



Pikap ni nampak aje cabuk, tapi still power. Sekali angkut dalam 500 bungkah. Langsung takde masalah untuk mendaki bukit curam untuk sampai ke bangsal. Saya pernah tanya sahabat saya tu berapa nak jual pikap tu? Tapi member cakap tak nak jual, kerana pikap tu penuh dengan nostalgia katanya... Buat masa sekarang, kitorang pinjam la dulu pikap sahabat ni sementara kami kumpul duit untuk beli lori sendiri.

Ada juga terpikir untuk memindahkan semua operasi ke kawasan berdekatan bangsal tu. Tapi bila pikirkan pasal keselamatan, bimbang jugak. Tempat tu jauh dari rumah orang dan tiada bekalan elektrik. Senang aje orang nak curi peralatan kami. Lagipun operasi terpaksa dilakukan waktu siang je sebab tiada lampu waktu malam. So buat masa ni, bersabarla dulu dengan cara sekarang sambil usaha untuk mantapkan bisnes. Bab kata orang Jepun, GAMBARIMAS.....


Jumpa lagi


lanchini

Monday, July 21, 2008

Masalah maisilium pudar


Salam buat pembaca,


Dalam post lepas, saya menyentuh sedikit mengenai masalah benih. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah di mana maisiliumnya menjadi pudar dan lama-kelamaan hilang terus. Masalah ni ni dah lama kami sedari, cuma kuantitinya agak kecil berbanding dengan masalah lain seperti kulat hijau dan sebagainya. Tapi sejak beberapa bulan lepas, saya dapati masalah ni makin ketara. Ada pengusaha dari Terengganu yang mengadu mengatakan 1000 bungkahnya rosak akibat masalah ni. Dia turut menggunakan benih yang sama!

Pada awalnya saya mengesyaki masalah habuk kayu. Ini kerana kebanyakan bungkah yang ada masalah ni mempunyai tompok2 seperti wap air pada badannya. Tapi masalahnya tak semua yang bertompok ni mempunyai masalah maisilium cair. Ada yang maisiliumnya tetap putih. Pasal tompok wap ni, ada kawan yang mengatakan ianya berpunca dari kapur yang tidak hancur semasa proses membancuh. Tapi saya rasa ianya berpunca dari habuk kerana fenomena ni hanya muncul dalam batch2 tertentu habuk. Adakah dari habuk yang bercampur? Atau terdapat bahan kimia dalam habuk ? Saya pun belum pasti... Harap2 ada rakan yang boleh berkongsi idea mengenai tompok pd badan bungkah ni. Setakat ni tompok pd badan bungkah tidak memberi masalah besar kerana ianya akan hilang apabila maisilium semakin mara.

Kembali kepada masalah maisilium pudar tu, saya ambil keputusan untuk mengukus kembali bungkah2 tu. Sebelum kukus, benih lama tu dibuang dahulu. Selepas tu suntik benih semula dan lihat hasilnya nanti. Ini adalah sebahagian dari bungkah yang akan menjalani eksperimen ni.



Sebagai langkah segera, saya 'stop' dahulu menggunakan benih dari salah seorang pengeluar ni. Saya akan cuba menggunakan benih dari pembekal lain dan monitor keadaan bungkah. Harap-harap masalah ni tak muncul lagi selepas ni.



BIO-PLANT


Selepas sebulan menunggu, akhirnya bio plant sampai ke rumah minggu lepas. Terima kasih kepada en Bakar ( cendawan melaka ) sebab beri 500ml 1 botol ekstra. Saya selalu baca pasal keberkesanan produk ni dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan masalah penyakit cendawan. Bangga jugak sebab ni produk ni hasil kajian orang bumiputra. Sy nak guna bio plant ni kepada bungkah yang akan dibuat pada minggu ni berdasarkan sukatan yang diberi oleh en Bakar. Menurut en Bakar, 1 liter bio plant boleh digunakan untuk 4000 bungkah.


Selain bio-plant, saya turut guna produk yang di beri nama TUAI RIA. Ini pun keluaran bumiputra jugak dan saya memang puas hati dengan hasilnya. Produk ni lebih kepada baja penggalak dimana hasil cendawan yang keluar lebih banyak dan sihat.

Itu aje, jumpa lagi

Lanchini

Tuesday, July 8, 2008

Ke Johor


Minggu lepas saya terima satu sebut harga dari sebuah syarikat yang di kenali The One Mushroom. Harga yang di tawarkan agak menarik walau banyak item yang saya tidak gunakan dalam projek saya. Lokasinya pun agak jauh iaitu di Muar, jadi pada mulanya saya pendamkan aje.

Secara kebetulan ahad lepas saya pergi menghantar adik saya yang baru tamat cuti semesternya. Adik belajar di Kuithho, Batu Pahat. Saya pikir ada baiknya saya singgah sebentar di The One Mushroom untuk 'tinjau2' projek orang Johor. Saya pun contact taukenya, en Patrick Chew dan dia menyatakan kesanggupan untuk menunggu saya.Saya sampai di Pagoh, Muar dalam pukul 4 petang. En Patrick dah menunggu saya dan kami sempat minum sambil berborak dulu.

Cerita punya cerita, barula saya tahu bahawa C&C terletak tak jauh dari The One Mushroom. C&C ni memang dah glamer sebagai pengusaha cendawan terbesar kat Malaysia. Dan yang menariknya, rupanya si Patrick ni adalah anak sedara kepada tauke C&C tu!

Kami kemudiannya bergerak ke ladang The One Mushroom. Mereka mempunyai 3 buah bangsal dimana setiap satu luasanya sekitar 40 X 120 kaki. Hasilnya hariannya pula sekitar 150kg. Wow, terlalu banyak untuk dibandingkan dengan Chini Agro. Konsep binaan bangsal pun berbeza dari yang saya biasa tengok. Dindingnya boleh dibuka dan ditutup.





Menurut Patrick, dia menggunakan sistem cotract farming dengan C&C. Beliau beli bungkah dari C&C dan melakukan proses suntik benih di ladangnya. Benih yang digunakan adalah hasil keluaran The One Mushroom sendiri. Saya sempat membeli 30 beg benih untuk dicuba. Benih ni turut di tempah oleh sahabat seperjuangan iaitu en Ramlee (Kulat Enterprise).


Saya juga bertanya tentang masalah penyakit yang sering melanda dan cara atasinya. Alhamdulillah, en Patrick ni tak kedekut ilmu. Banyak tips yang saya dapat. Antaranya ialah menghancurkan benih 2,3 hari sebelum proses suntik. Benih yang baik akan memutih semula manakala benih bermasalah akan kekal hancur atau sedikit aje putihnya. Jadi jangan guna benih yang bermasalah tu. Hancurkan sekali lagi benih yang baik dan lakukan proses suntik seperti biasa. Benih bermasalah jika digunakan juga akan menyebabkan maisilium jadi putih cair. Lama-kalamaan maisilium akan hilang. Saya sendiri pernah hadapi masalah ini dan melibatkan kuantiti yang agak banyak juga.


Sekian dulu,


Lanchini


Thursday, July 3, 2008

Sedikit Informasi Kursus Cendawan


Saya ingin memaklumkan tarikh kursus berikutnya telah di pinda ke 9 dan 10 Ogos atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kepada yang terlibat, saya ingin memohon maaf jika perubahan tarikh ini menyusahkan anda.

Selain dari Chini Agro, terdapat juga beberapa rakan yang turut menganjurkan kursus seperti yang di paparkan di bawah. Anda boleh dapatkan maklumat detail dengan menghubungi urusetianya.