Banner Ebook 468X60

Monday, June 30, 2008

Kursus Cendawan ke-7

Alhamdulillah, dengan izinNya, kursus Intensif Penanaman Cendawan kali ke-7 telah selamat diadakan. Bilangan peserta yang hadir ialah seramai 20 orang dimana 15 daripadanya telah memilih kursus 2 hari dan selebihnya kursus 1 hari.

Kursus kali ni dimeriahkan oleh 2 orang bangsa India iaitu en Selva dan en Raja.Ini lah kali pertama kursus saya disertai oleh bangsa selain dari Melayu. Mereka ni dari Mentakab dan sebenarnya dalam perjalanan ke KL. Sempat lagi diorang join kursus cendawan! Kehadiran en Selva yang kelakar menghidupkan suasana sepanjang kursus berlansung.

Secara kesuluruhannya kursus kali ni berjalan dengan lancar. Kebanyakan peserta bersungguh-sungguh mendengar apa yang di ajar dan mereka melakukan praktikal dengan bersemangat sekali. Kali ni saya tak nak menulis panjang, biarla gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya..






Berikut adalah gambar kenangan bersama peserta pada hari pertama dan kedua. ( budak kecik yang sedang 'menyerang' cameraman tu ialah anak saya, maaf ye cameraman )




Kami mendoakan agar setiap peserta pulang dengan ilmu cendawan yang secukupnya. Kami tak lupa membekalkan setiap peserta 10 bungkah berbenih sebagai 'kerja rumah'. Peserta boleh mengaplikasikan ilmu yang di ajar untuk menjaga bungkah2 ini sehingga ianya mengeluarkan hasil nanti.

Chini Agro akan sekali lagi menganjurkan kursus seperti yang tercatat di bawah. Untuk pengetahuan, ini mungkin kursus terakhir sebelum kami berehat beberapa bulan. InsyaAllah, kursus kami yang seterusnya akan muncul dengan format baru.

Tarikh : 9 & 10 Aug 08
Tempat : Dewan JKKR (f) Chini Timur 3

Sekian,

Lanchini


Monday, June 23, 2008

Balik Hujung Minggu

Minggu lalu saya sempat pulang ke kampung. Ada 2 sebab utama saya pulang ke Chini. Yang pertama ialah kerana majlis pertunangan adik pada hari Sabtu. Sebab kedua pula kerana ingin menguruskan penghantaran 5000 bungkah ke Kuantan pada hari Ahad.

Alhamdulillah, majlis pertunangan adik berjalan dengan lancar tanpa ada masalah besar. Adik saya ni dipelihara oleh ibu saudara sejak dari kecil lagi. Jadi majlis pertunangan pun di adakan di rumah ibu saudara di Lepar Hilir. Walau pun tidak membesar bersama-sama, tapi kami adik beradik sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Habis majlis, saya terus bergegas pulang ke Chini. Nak bungkus 5000 bungkah tu perlukan masa jugak. Cara kami ialah masukkan ke dalam plastik besar yang boleh memuatkan 12 bungkah. Mula-mula kena kira dulu berapa banyak plastik yang diperlukan untuk memasukkan 5000 bungkah tu. Pastu keluarkan plastik sebanyak yang diperlukan sahaja dan bahagi-bahagikan kepada pekerja. Setiap pekerja kena masukkan 12 bungkah ngam2 ke setiap plastik. Plastik yang pecah pula hanya akan diganti kemudian. Cara ni lebih mudah dan tersusun dari mengira bungkah dahulu. Oh ye, tarikh suntik akan di tulis pada luar plastik untuk memudahkan customer.

Sampai ke petang barulah kerja mengisi ke dalam beg plastik siap. Kami agak berhati-hati untuk pastikan tiada bungkah yang rosak atau berpenyakit terlepas ke customer. Bungkah yang kami jual semuanya berusia 2 minggu ke atas. Yang dah dah nak keluar hasil pun ada!





Pada hari Ahad, bungkah2 ni selamat di hantar kepada tuannya. Terima kasih kepada cik Farah sekeluarga dari Taman Guru, Kuantan atas pembelian ini. Cik Farah sebelum ni telah pun mengusahakan projek cendawan di belakang rumah ayahnya kira-kira 2 tahun lepas. Tapi, projek ni berehat seketika masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebelum ni mereka dapatkan bungkah daripada pengeluar cendawan terkenal iaitu C&C dari Johor. Saya sempat meninjau keadaan bangsal beliau. Binaanya cukup simple tapi kemas. Pengudaraan dan suhunya pun cukup baik. Sayangnya tak teringat pula untuk mengambil sekeping 2 gambar.

Sebelum pulang semula ke Chini, saya sempat bertemu dengan Puan Hani, setiausaha kepada Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur (PPCPT). Puan Hani memang aktif, walau sibuk bekerja beliau masih sempat menjalankan bisnes cendawan. Sekarang ni dah jadi salah seorang pembekal utama peralatan cendawan di sekitar Kuantan dan Kemaman. Saya ingin mendapatkan benih cendawan dari beliau. Sebelum ni saya selalu mendengar bahawa benih ni mengeluarkan hasil yang banyak. Jadi elok la saya mencuba walau dengan 20 beg dahulu. Tapi nasib saya kurang baik, hanya 13 beg saya yang dpt dibeli kerana kehabisan stok. Saya dapat pun yang dah sangat2 matang. Yang menariknya benih ni tak gunakan gandum sebagai media, tapi habuk kayu.



Sekian dulu,


Lanchini

Sunday, June 22, 2008

Kisah harga

Salam buat pembaca,

Kenaikan harga minyak baru-baru ni banyak memberi kesan kepada saya dan Chini Agro. Dulu bila takde urusan di hujung minggu, saya akan ronda2 ke projek-projek cendawan berdekatan. Tujuannya untuk menambah ilmu di dada sambil bertukar-tukar pendapat. Tapi sekarang kena hadkan aktiviti tu. Kalau tak, melambungla kos minyak tiap2 bulan. Nak balik ke Chini pun tak boleh sekerap dulu lagi.

Setakat ni pembekal habuk kayu dan benih sudah menaikkan harga. Barang-barang lain pun menunggu masa aje dan memang pasti akan naik. Nasib baik aritu beli set penutup, dedak dan plastik dalam kuantiti yang agak banyak, jadi buat masa ni kami belum menerima kesan yang ketara. Kebanyakan pembekal masih mengatakan harga belum stabil dan mungkin akan berubah lagi selepas bulan 7. Ini gara-gara tarif baru elektrik yang akan diperkenalkan..

Sebagai pengusaha kecil, kesan kenaikan minyak dan elektrik pasti akan menjejaskan operasi kitorang. Bab naik harga ni dah jadi topik tetap tiap kali berjumpa dengan member seperjuangan. Masing-masing geleng kepala kerana kenaikan drastik harga minyak kali ni.. Transportation adalah nadi hampir semua bisnes. Bila kosnya meningkat, semua harga barang pun turut naik.

So far persatuan pengusaha cendawan pantai timur (PPCPT) belum dapat berfungsi dengan baik. Selepas perjumpaan aritu, masih belum ada langkah susulan untuk menggerakkan PPCPT. Saya harap, kami dapat berkumpul sekali lagi dan membincangkan mengenai masalah kenaikan harga bahan mentah ni. Masa camni la PPCPT dapat berfungsi untuk membantu ahli yang bernaung di bawahnya.

Chini Agro masih mengekalkan harga bungkah dan cendawan hinggalah hujung bulan ni. Tapi kami terpaksa juga revisekan harga bermula dari Julai nanti. InsyaAllah harga baru akan naik sedikit mengikut kadar kenaikan kos kami.


Sekian dulu,

Lanchini

Wednesday, June 11, 2008

LAWATAN KE PROJEK FERTIGASI

Sempena dengan cuti persekolahan yang lalu, saya telah balik kampung ke rumah mertua yang terletak di Felda Bukit Bading, Ajil Terengganu. Dah lama saya tak pulang kesana. Sudah tentu komitmen atas projek cendawan merupakan salah satu puncanya...

Saya tak lama di sana, cuma 3 hari 2 malam. Namun begitu, saya sempat lagi pergi melawat sebuah projek fertigasi yang terletak di kampung berdekatan. Sebelum ni saya pernah melawat tapak tersebut, tapi waktu tu projek sebenar fertigasi belum di mulakan lagi. Yang ada cuma dereten rumah teduh yang dihimpunkan dalam beberapa kelompok. Saya tertarik dengan projek fertigasi selepas menonton TV3 yang menyiarkan kisah kejayaan seorang pengusaha di Terengganu. Sebelum mulakan projek cendawan ni, saya pernah berkira-kira untuk melakukan fertigasi secara kecil-kecilan..



Tapi kali ni saya lebih bernasib baik. Projek fertigasi yang di namakan Fertigasi Mega ni rupanya telah pun bermula pada hujung tahun lalu. Saya tahu perkara ni melalui salah seorang pesertanya yang di kenali dengan Abg Man. Walau baru kenal, Abg Man tak lokek dengan ilmu. Dia sudi melayan pelbagai pertanyaan dari saya. Inilah Abg Man yang sempat memberi pose istimewa..



Menurut Abg Man, Fertigasi Mega merupakan projek kerajaan negeri di bawah seliaan Jabatan Pertanian Terengganu (JPT). Pesertanya terdiri daripada penduduk-penduduk miskin dari kampung berdekatan. JPT menyediakan segalanya dari tapak hinggalah ke baja dan benih. Dari segi pemasaran, JPT akan membeli semua hasil dari peserta pada harga tertentu. Mereka turut menghantar pesertanya berkursus selama seminggu di Ayer Hitam, Johor. Menurut Abg Man, kos menyediakan tapak termasuk piping untuk setiap lot peserta adalah RM50K! Dan mereka mendapatnya secara percuma! Memang bertuah betul penduduk Terengganu....


Kali ni mereka sedang mengusahakan tanaman tembikai susu. Waktu saya datang, tanaman mereka berusia dalam 45hari. Saya di fahamkan tempoh matang tembikai susu ialah 70 hari. Lewat sikit dari tanaman cendawan. Buah setiap pokok di hadkan kepada 2 biji shj demi mendapatkan buat yang besar dan sihat. Berat setiap buah di anggarkan dalam 1.2kg. Secara kasarnya, setiap lot akan mengeluarkan 2000 buah tembikai dan harga yang dibeli oleh JPT RM2.80 sekilo. Lumayan jugak ye.



Dari penerangan Abg Man, nadi kejayaan fertigasi ialah sistem pengairannya. Sukatan setiap baja mesti diukur parameter seperti ph dan suhu dengan alat khas. Tinggi paip pun perlu diselaraskan dengan teliti agar tidak aliran air baja sama rata antara setiap polibeg. Media yang mereka gunakan ialah habuk sabut kelapa.


Fertigasi merupakan sistem penanaman moden yang menarik untuk dipelajari. Cuma kos nya agak men'gerun'kan saya. Waktu belajar di Jepun dulu, saya sering tertanya-tanya bagaimana petani di sana mampu mengeluarkan hasil yang baik sepanjang musim tahun. Negara itu tak perlu mengimport beras atau sayuran dari negara lain walau pun keluasan tanahnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Jawapannya ialah TEKNOLOGI. Dan fertigasi adalah salah satu darinya...

Sekian,
Lanchini

Monday, June 2, 2008

BAJA KOMPOS


Mungkin ramai yang dah tahu bahawa media yang dah terlalu tua dan tidak aktif mengeluarkan hasil lagi boleh dijadikan baja kompos. Ini kerana media mengandungi unsur fosforus dan kalium yang tinggi. Unsur2 ni dikatakan baik untuk pertumbuhan akar dan daun tumbuhan.. Ada yang memberitahu saya bahawa terdapat juga kes di mana baja kompos dari media cendawan boleh merawat pokok yang tak berbuah.

Selama ni kami buang sahaja media yang dah tua. Nak bakar tak berani sebab takut asap yang boleh mengganggu pertumbuhan maisilium bungkah. Kat tempat buang tu dah macam bukit, penuh dengan bungkah yang tua atau pun rosak. Kadang-kadang tu ada jugak pakcik dari kampung sebelah yang datang mengambil sedikit media tua tu. Katanya untuk ditabur di pangkal pokok cili. Pakcik tu memang akui sejak dia gunakan baja media cendawan, pokok cilinya makin subur. Tapi saya sendiri tak pernah nengok pokok cili pakcik tu.

Jadi kami mengambil sikit inisiatif untuk mencuba membuat baja kompos sendiri. Sebenarnya usaha ni dimulakan oleh pekerja kitorang. Dia gaulkan tanah dan media dalam nisbah tertentu. Nisbah ni kira main hentam je la sebab ni kira projek try and error. Lepastu campuran td dimasukkan dalam polibeg dan dibiarkan 2,3 hari. Akhir sekali benih cili dimasukkan ke dalam polibeg tu.. Inilah hasilnya setelah 2 minggu.


Anak pokok dah tumbuh. Tapi macam tak berapa subur je, hehe.. Tapi takpe, ini cuma langkah permulaan. Mungkin nisbah tu kena tukar sikit atau ada lagi bahan yang perlu ditambah. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman atau pernah buat kajian, bolehla beri tunjuk ajar kat kami. Bagi saya, ini adalah satu cabang yang berpontensi untuk di majukan.


Lanchini