Diakhir kursus kami berpeluang melawat tempat benih dihasilkan. Ianya terletak di PD dan diusahakan oleh En Nawi. Menilai cara kerja serta makmal beliau yang bersih, saya yakin kualiti benih yang dihasilkan bermutu tinggi.
Monday, July 23, 2007
Kursus Tanaman Cendawan, 19 April 07
Diakhir kursus kami berpeluang melawat tempat benih dihasilkan. Ianya terletak di PD dan diusahakan oleh En Nawi. Menilai cara kerja serta makmal beliau yang bersih, saya yakin kualiti benih yang dihasilkan bermutu tinggi.
Friday, July 13, 2007
Mengusahakan sendiri beg media
Begitu juga dengan suasana memasukkan benih. Saya tahu kerja mengisi benih perlu dilakukan di tempat yang bersih kerana cendawan ini sensitif terhadap pencemaran. Kami ambil keputusan untuk lakukannya di dalam bangsal sahaja. Benih yang dibeli adalah dalam bentuk plastik dan terpaksa gunakan sudu sebagai medium. Sebelum digunakan, sudu tersebut dilayurkan dulu di atas api untuk mematikan kuman.
Setelah hampir sebulan berusaha, dapatlah juga kami memenuhkan hampir semua rak dalam bangsal. Dicampur dengan 1000 beg media yang dibeli, kini ada kira-kira 3500 beg kesemuanya.
Namun masalah jangkitan penyakit masih belum dapat diatasi. Perkara ini amat membimbangkan saya. Jikalau kadar reject berterusan tinggi, bagaimana nak dapatkan untung? Mmmm, saya mesti balik kepada asas membuat cendawan, manalah tau ada yang tak kena dengan cara kami...
Awal April, beg media sudah boleh dibuka.. Saya sangat teruja untuk merasai cendawan sendiri. Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya ada beberapa media yang mula mengeluarkan cendawan...
Saya juga dapat khabar gembira kerana Jab Pertanian N.Sembilan akan menganjurkan kursus perusahaan cendawan selama 2 hari. Sebenarnya saya telah mendaftar nama untuk ikuti kursus ini seawal bulan 2 lagi.. Namun disebabkan faktor kerja, saya hanya dpt hadirkan diri untuk hari ke-2 sahaja..
Sunday, July 8, 2007
Mula hadapi cabaran.
Akan tetapi, semua tu memang sekadar angan-angan jika tidak cukup ilmu. 2,3 minggu pertama, pertumbuhan maisilium memang cantik. Tapi, lama-kelamaan masalah mula timbul terutamanya jangkitan penyakit cendawan. Macam-macam jenis penyakit kami hadapi seperti kulat hijau, hitam, coklat dan entah apa-apa lagi.
Buat masa ini, saya tidak tahu cara lain untuk mengurangkan penyakit ini melainkan dengan menyembur bangsal dengan air dettol seperti yang dinasihati oleh kengkawan yang mengusahakan perusahaan ini. Apa yang membimbangkan, hampir 40 peratus beg media telah dijangkiti! Mungkin salah kami yang terlalu sayang untuk membuang beg media yang dijangkiti. Penyakit yang paling banyak ialah kehijauan.
Saya juga cuba menghubungi pihak Jabatan Pertanian Pekan untuk meminta bantuan. Saya berusaha memujuk mereka agar datang dan membuat penilaian terhadap bangsal kami dan waktu yang sama memberi bantuan nasihat. Namun agak mengecewakan kerana tiada respon yang baik dari mereka.Kami bercadang untuk membuat sendiri media cendawan kerana untuk jangka masa panjang ianya lebih menguntungkan. Saya mula mencari alatan seperti tong dram kukus, plastik polibeg, penutup dan leher. Kebanyakan alatan ini saya dapatkan daripada Vita Agro yang terletak di tanjung Sepat. Tong dram pula saya dapat percuma daripada kilang tempat bekerja.
Mengenai bahan mentah utama iaitu habuk kayu getah, Alhamdulillah dengan bantuan bapa saudara, saya berjaya dapatkan 2 lori habuk. Pun begitu, selepas ini saya terpaksa mencari sumber lain kerana tempat itu kini telah ditutup operasinya.Sebenarnya masalah paling utama adalah kerana saya tidak dapat beri komitmen sepenuhnya atas faktor kerja. Saya yang bekerja di Senawang terpaksa berulang-alik ke Chini hampir setiap 2 minggu. Ayah pula tiada pengangkutan selain pengetahuan yang masih kurang berbanding saya mengenai cendawan. Saya terpaksa mengajar ayah apa yang perlu dilakukan dari masa ke semasa. Saya selalu merujuk kepada abg. Yusof jika hadapai sebarang masalah. Nasib baik dia tidak lokek ilmu dan senang untuk mengajar saya.
Tuesday, July 3, 2007
Menjaga beg media yang dibeli
Saya terpaksa menyewa lori 3 ton untuk membawa beg media ini daripada Rembau ke Chini. Ikut perancangan, usaha mengangkut ini akan dilakukan pada awal pagi, malangnya disebabkan masalah pemandu, pukul 11 pagi barulah dapat bertolak dari Rembau. Saya agak bimbang kerana keadaan panas terik mungkin boleh merosakkan benih yang hanya baru 2 hari di suntik.
Setelah melalui 3 jam setengah perjalanan, akhirnya kami sampai di Chini. Tanpa membuang waktu, kerja memunggah terus di jalankan... Hati sedikit bimbing apabila melihat bahagian atas beg terdapat wap air.. Beg media dibiarkan tegak sementara menunggu maisilium(spora) cendawan merebak ke bawah.