Friday, June 22, 2007

Membuat persiapan

Saya mula membuat kajian untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan ini. Nasib baik ada kawan yang di kenali Abg Yusof banyak membantu. Dialah tuan punya perusahaan cendawan di Rembau yang saya lawati sebelum ini.

Langkah pertama adalah untuk memiliki bangsal cendawan sendiri. Membina bangsal juga memerlukan kos yang agak tinggi terutama jika terpaksa mengupah tukang. Setelah berbincang dgn ayah, kami akhirnya ambil keputusan untuk 'mengorbankan' parkir kereta saya yang bersambung dgn rumah di kampung.

Keluasan : 12 kaki X 25 kaki

Kos upah : RM 700

Kos barang : RM 800

Menurut abg Yusof, cendawan memerlukan kawasan yang redup, lembap dan suhu di bawah 30 darjah untuk pertumbuhannya. Kitaran udara juga mestilah baik. Jika tidak menyediakan persekitaran sebegini, kemungkinan cendawan mudah dijangkiti penyakit dan hasilnya kurang baik.

Alhamdulillah, pada awal Februari 07, bangsal siap dibina. Beginilah rupanya..


Untuk permulaan, saya bercadang untuk membeli kira-kira 1000 beg cendawan ( atau dikenali sebagai beg media )daripada abg Yusof. Kami sebenarnya memang tidak sabar lagi untuk memulakan perusahaan ini!









2 comments:

Izwan said...

Selamat Maju jaya di dalam penanaman cendawan. :):):)

Mari kita merangkaikan pengusaha cendawan seluruh Malaysia.

http://projekcendawan.blogspot.com

RASE Mushroom said...

Tahniah dan selamat maju jaya dalam bidang industri cendawan. kami juga pengusaha cendawan di Rantau , masa sekarang kami boleh menawarkan bungkah cendawan RM1.00/bungkah, jika berminat boleh hubungi kami atau melawat blog kami : http://rasemushroom.blogspot.com
Terima kasih