Monday, August 13, 2007

teruskan usaha 2

Selepas 2 minggu, saya dapat khabar gembira, pinjaman telah diluluskan! Alhamdulillah... Ini bukan sekadar suntikan modal, tapi satu suntikan semangat kepada saya dan ayah.. Nilai pinjaman ini saya kira cukup untuk membina sebuah bangsal yang boleh di isi dengan 10,000 beg media. Saya agak berhati-hati buat pinjaman kerana komitmen yang sedia ada pun sudah agak membebankan...

Saya merancang untuk menggunakan kayu serta atap aluminium yang dibeli daripada kedai lusuh. Cara ni saya fikir lagi sesuai untuk mereka yang berbudget rendah macam saya ni. Masalahnya, saya tidak dapat mencari kedai lusuh sekitar Pekan yang menjual atap aluminium. Kebanyakan menjual atap zink yang tidak sesuai untuk digunakan pada bangsal cendawan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk dapatkan bahan binaan dari sebuah kedai lusuh yang terletak di Labu, Negeri Sembilan walau terpaksa extrakan budget untuk pengangkutan. Kedai ni memang glamer kepada pengusaha cendawan sekitar Seremban ...

Mesin pertama yang saya beli adalah pembancuh simen mini. Saya kesiankan ayah yang sering mengadu sakit pinggang selepas membancuh habuk kayu. Saya sendiri pun akui betapa seksanya nak bancuh 100 kg habuk.Lagipun dengan mesin ni, proses membancuh dapat dibuat dengan cepat.

Ini lah mesin kesayangan ayah,

Ianya mampu membancuh sehingga 30 kg habuk kayu sekaligus. Saya bercadang untuk gunakan mesin ini untuk mencuci penutup polibeg yang memang leceh untuk dicuci. 2 kegunaan dalam 1 mesin!

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt.

Pertamanya tahniah dan syabas kerana berusaha kuat untuk menjayakan projek cendawan saudara. Tahniah dan syukur juga kerana saudara berjaya mendapatkan pinjaman kewangan daripada pihak terbabit.

Saya sebenarnya sedang mengumpul maklumat mengenai pelbagai aspek usahawan cendawan. Mana le tahu jika ada rezeki nak usahakannya juga kelak. Sekarang tgh dok tgk2 dan survey2 apa yg patut.

Boleh berkongsi dengan saya tak berapa harga atap aluminium yang di beli di Labu, N9 tu? Boleh cerita alamat / lokasi sebenar kedai tu tak? Kos pengangkutannya? Berapa harga mesin pembancuh simen tu pulak? (beli di Rompin?)

Ok harap tak keberatan berkongsi maklumat tersebut. Terima kasih.

a.k.a apaapajelah
Putrajaya.

lanchini said...

Waalaikumussalam,
Atap aluminium tu saya beli dengan harga rm1.50 sekaki. Panjang sekeping dalam 12 kaki. Kalau atap baru, tak silap saya harganya rm2.20 sekaki. Kalau saudara berminat, cuba tel 012-6675017. Ini no tauke kedai tu, namanya Mr. Ong. Nama kedai OG metal.
Pasal transportation pulak, saya terpaksa bayar RM300. Kalau dalam area Seremban ni, takde transportation charge.
Mesin bancuh simen tu saya beli dengan harga Rm1400, di Kuantan. Ada yang lagi murah, tapi motornya China made la.. Saya beli jenis Honda, 5 horse power.
Moga information ni dapat menolong saudara.

TQ.

Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi respon.

So betul le itu jenis atap zink gelum (50% aluminium yang depa dok bincang di forum jutawan) tu le ye.

RM1.50 sekaki kira boleh tahan, tapi kena berkorban bab transport tu le... anggaran saya kalo bangsal saiz 20' x 30' perlukan atap yg cover lebih kurang 884 kaki persegi. Kalo tak silap kira2 saya, habis le juga dlm RM530.++.

Apapun, maklumat td banyak membantu, terima kasih banyak2 diucapkan dan saya doakan saudara terus maju dalam usaha yang dilakukan. Terima kasih.

a.k.a apaapajelah
Putrajaya.

fatisha said...

beli zing gelum tu kat mana? tu harga sekaki ke sekaki persegi? pembancuh tu beli mana n harga bape? aritu saya jumpa kat balakong 1400. agak mahal sebab ada kwn beli 1100 je..

lanchini said...

kpd fatisha,

Mula2 saya nak ucap tahniah atas konvokesyen anda.
Zink gelum tu saya dapatkan di kedai lusuh yang terletak di Labu, Negeri Sembilan. Saya ada tulis no tel tauke kedai tu kat comment sebelum ni. Cubalah call kat sana.
Harga RM1.5o tu untuk satu kaki zink. Lebar zink adalah 2 kaki setengah. Panjang dalam 12 kaki.
Pasal mesin bancuh tu, memang ada yang murah, tapi kualiti motornya tak bagus. Made in China punya. Ada kawan beli Rm 800 je, tapi tak boleh guna lasak la.. Saya prefer motor yang branded sikit, sebab pikir nak guna lama..Mesin ni saya daptkan di Kuantan.

Anonymous said...

assalamualaikukm..

tahniah kepada saudara atas perusahaan ini.

saya nak tanya, perusahaan begini keuntungan nya berpatutan ker? berapa purata dapatan sebulan yer?

lanchini said...

Waalaikumussalam, terima kasih kerana bertanya.

Perusahaan cendawan ni jika dapat dilakukan dengan betul, InsyaAllah keuntungannya agak lumayan.

Contohnya hasil purata setiap tuaian setiap bungkah adalah 50g. Setiap bungkah pula mampu keluarkan hasil hingga 6 kali, maknanya satu bungkah keluarkan hasil 300g atau RM 3 hasil ( harga di tempat saya adalah RM 10 sekilo ). Modal untuk setiap bungkah pula kurang daripada RM1. Cuba saudara bayangkan jika saudara mempunyai 1000 atau lebih, pasti keuntungan nya pun besarkan?

Cabarannya juga agak besar. Nasihat saya, sebelum mulakan tu, pastikan saudara buat kajian tentang masalah2 berkaitan. Saya sendiri pernah alami kerugian sebab terlalu banyak reject disebabkan penyakit. Alhamdulillah, sekarang ni dah ok.

Harap info ni dapat menolong, terima kasih