Banner Ebook 468X60

Thursday, July 29, 2010

Kentang Spring di Kuantan

Salam buat pembaca,

Baru-baru ni saya mula perasan kemunculan sejenis makanan yang dikenali sebagai Kentang Spring atau Potato Spring di Kuantan. Ianya ialah ubi kentang goreng yang dipotong secara berpintal-pintal, macam spring dan dicucuk lidi seperti satay. Sebelum digoreng, ianya dicelup ke dalam bancuhan tepung. Rupa kentang spring ni agak unik dan mudah menarik perhatian orang ramai.
Secara kebetulan, ada member yang juga pengusaha cendawan kini turut menjual kentang spring ni di gerai pasar malamnya. Aritu, waktu menghantar cendawan ke seorang pelanggan, saya sempat lepak-lepak di gerai Adi dan melihat bagaimana di memproses kentang spring di gerainya. Menurut Adi, dia baru seminggu dua memulakan jualan kentang spring ni dan setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan.


Nadi utama untuk membuat kentang spring ialah alat pemotong khas seperti ini ;


Fungsinya ialah untuk memotong kentang lapisan demi lapisan. Mesin ni nampak simple je, tapi harganya boleh tahan. Mata pisaunya boleh diubah suai untuk dapatkan ketebalan hirisan yang di ingini. Selepas dipotong, kentang akan ditarik ke bawah lidi, dan bentuknya akan menjadi seperti spring. Oh ye, untuk dapatkan hasil yang baik, hanya kentang gred A sahaja digunakan oleh Adi. Kentang bersaiz kecil tak boleh ditarik hingga ke bawah dan kelihatan cacat.


Di gerai Adi, setiap kentang spring akan diletakkan 2 perisa asas iaitu sos cili dan mayonese. Ia kemudian akan ditabur dengan perisa tambahan yang boleh dipilih pelanggan. Harganya pula sekitar RM2-RM3 bergantung kepada saiz kentang spring tersebut.


Saya amat positif kentang spring ni bakal 'hit' di pasaran kuantan. Bentuk yang unik menjadi penarik utama dan rasanya juga tidak menghampakan. Dengan satu cucuk sahaja, kita boleh menjadi kenyang. Memang berbaloi. Thanks buat Adi yang sudi memberi penerangan mengenai kentang spring ni kepada saya.

Sekian.

Lanchini

4 comments:

H2N said...

nice posting n blog. to share about kentang spring machine pls visit my blog @
www.h2nshoppe.blogspot.com

Agro Malaysia Portal said...

Belum pernah nampak makanan kentang spring nih di area selatan. Nampak sedap ajer..

H2N said...

Agro Malaysia, dulu sy ada berniaga semasa karnival sukma 2010 di melaka. skang jd tukang jual mesin dan lidi buluh utk kentang spring aje. di mydin mitc ada, uptown mitc pun ada jual. sekiranya bminat sila klik at H2N.

gurlzRIDER said...

ape bancuhan tepung yg di gune eak...klau tak silap..tak blh sembarangan tepung..nnt kentang tu jd lembik..