Banner Ebook 468X60

Monday, April 28, 2008

Di sebalik tabir, team Chini Agro

Kali ni saya ingin berkongsi kisah mengenai pekerja kami yang telah banyak membantu melancarkan proses penanaman cendawan kami. Saya gelarkan mereka Team Chini Agro. Kalau anda nak tahu, team ni terdiri daripada makcik-makcik surirumah yang tinggal berdekatan dan juga anak belia yang sedang tercari-cari peluang pekerjaan.

Waktu mula-mula dulu, ayah dan maklah orang paling penat sekali. Diorangla yang boleh dikatakan tiap2 hari membuat bungkah, memetik cendawan, menjaga bangsal dan macam-macam kerja lagi. Kami adik beradik cuma dapat membantu pada hujung minggu. Ayah memang jenis tak boleh duduk rilek, mesti nak buat kerja hingga kami merasa bimbang dengan kesihatannya. Maklumla, ayah bukannya muda lagi. Tapi dengan kehadiran Team Chini Agro ni, kerja ayah semakin ringan. Dia dah jadi tukang arah je, sesuai dengan jawatannya sebagai PENGARAH urusan Chini Agro.

Tugas pekerja wanita ialah membuat bungkah iaitu 'bagging'. Kami memberi mereka upah sebanyak 7 sen untuk setiap bungkah yang di hasilkan. Target kami ialah 600 bungkah setiap kali proses bagging. Tema Chini Agro biasanya boleh membereskan kerja ni sepagi aje! Diorang ni memang dah mahir, satu bungkah yang padat tu boleh dihasilkan dalam beberapa saat je. Proses bagging kami memang meriah. Inilah beberapa scene yang sempat saya rakam..




Pekerja lelaki lebih kepada kerja-kerja kasar seperti mengangkut habuk kayu dan mengangkat bungkah. Bangsal kami terletak di ladang, jadi kami terpaksa mengangkutnya ke sana setiap kali siap satu batch kukus. Kerja ni memang berat, jadi mujurla ada beberapa anak muda yang sanggup buat kerja-kerja ni. Sekarang kami gunakan lori atau kereta. Dulu-dulu, ayah cuma gunakan kapcainya untuk mengangkut bungkah ke ladang. Sekali angkut pun cuma 30 bungkah, jadi bayangkan berapa trip untuk angkut 600 bungkah! Pekerja lelaki juga banyak menolong sewaktu proses penghantaran bungkah ke customer.



Kehadiran Team Chini Agro memang banyak membantu kami. Secara tak langsung, kami juga menjadi sumber ekonomi buat mereka. Namun begitu kami juga perlu beri perhatian tentang masalah kualiti bungkah. Kadang-kadang saya brief diorang terutamanya jika ada complain atau terjumpa bungkah-bungkah yang out of spec. Kami perlu tegas menjaga kualiti memandangkan jualan bungkah semakin menjadi penting untuk kami.


Sekian dulu,


Lanchini.


Iklan kursus rakan,


AZHARI

Sunday, April 20, 2008

Update result guna penutup kertas


Salam buat pembaca,

Dalam post yang lepas saya ada beritahu yang kami kini sedang mencuba teknik menggunakan kertas surat khabar sebagai tutup peram. Setelah 3 minggu lebih, inilah gambar yang terbaru bungkah tersebut. Saya cuba bandingkan dengan bungkah yang menggunakan tutup peram berspan dan disuntik benih pada tarikh yang sama.



Gambar ni jelas menunjukkan perkembangan maisilium adalah lebih kurang sama je. Bezanya ialah maisilium yang guna span adalah lebih putih dan jelas pergerakannya.. Namun harus diingatkan bahawa tak semua bungkah memberi keputusan yang sama. Ada juga sebahagian kecil bungkah yang memberi keputusan sebaliknya..

Mengenai kadar reject pula, setakat ni hanya 3 bungkah yang diserang penyakit. Jadi kadar rejectnya setakat ni ialah sekitar 5 percent. Kira ok jugak la tu.. Saya tak sempat nak nengok keadaan bungkah reject tu, tapi menurut ayah ada yang kena kulat hijau dan ada yang maisiliumnya tak aktif (mati).

Saya pasti ada rakan-rakan pengusaha yang telah lama guna teknik ni. Jadi kalau anda ada sebarang pandangan, bolehla kita kongsi bersama yek. Saya memang berminat untuk aplikasikan teknik ni bagi mengurangkan kos yang semakin meningkat. Terutamanya untuk bungkah2 yang ingin dijual.

Sekian,
Lanchini

p/s : Terima kasih buat abg Syed (Zumara Agro) atas pembelian 2000 bungkah pd ahad yang lalu. Moga bisnes semakin berkembang. InsyaAllah, tak lama lagi boleh jadi pengeluar cendawan utama di Jerantut. Gambatte !

Sunday, April 13, 2008

Hujung minggu yang sibuk


Dah hampir 3 minggu saya tak pulang ke kampung. Dan selama tu jugak saya tak dapat menjengok projek cendawan. Namun ayah selalu call dan updatekan perkembangan semasa projek kami. Begitu jugak saya, boleh dikatakan 2 hari sekali mesti call kampung. Balik kampung kali ni memang banyak kerja yang sedia menanti.

Sabtu pagi - Penghantaran bungkah ke Pekan Cendawan.
Hasil daripada lawatan kami ke Pekan Cendawan pada bulan Februari yang lepas, mereka telah bersetuju untuk membeli 7500 bungkah dari Chini Agro. Bagi saya, ini adalah satu penghormatan untuk kami. Hampir sebulan kami bertungkus lumus untuk menyiapkan bungkah sebanyak itu.
Pagi-pagi lagi lori dah sampai. Sehari sebelum tu lagi kami dah ready masukkan bungkah ke dalam plastik. Selepas selesai kerja menyimpul beg plastik tu, 'askar upahan' kami terus mulakan kerja-kerja memunggah beg-beg plastik tu... Hampir sejam barulah selesai kerja memunggah.


Namun saya tak boleh berehat lama. Lepas tu saya, ayah, emak dan adik bergegas pula ke Pekan untuk memantau kerja-kerja pengasingan bungkah di sana. Secara keseluruhannya kerja-kerja pengasingan oleh peserta projek Pekan Cendawan berjalan dengan lancar. Terdapat juga sebahagian bungkah yang tidak diterima akibat masalah kualiti. Saya akui, terdapat banyak juga kesilapan di pihak kami kerana banyak bungkah yang sepatutnya diasingkan telah terlepas ke pelanggan. Inilah akibat dari pemantauan yg lemah sewaktu proses mengisi ke dalam plastik beg. Kami perlu lebih berhati-hati selepas ini.



Sabtu petang - Kunjungan En Hanafi dan En Faizan dr Kemaman
Saya sampai di rumah kira-kira jam 3 petang. Tak lama selepas tu kami menerima kedatangan En Hanafi dan member kamcingnya, en Faizan. Kedua-duanya adalah bekas peserta kursus kami yang ke-4 yang lalu. En Hanafi telah berjaya menyiapkan sebuah bangsal bersaiz 8 X 30 kaki. Sebagai permulaan, en Hanafi ingin membeli bungkah dari kami dahulu sementara membuat persiapan untuk memproses sendiri bungkah.
Selepas berbual-bual sambil minum petang, kami bertolak ke bangsal. En Hanafi memilih sendiri bungkah yang ingin di beli. Akhirnya selepas sejam di bangsal, 1200 bungkah berjaya dimuatkan ke dalam van. Saya sedikit bimbang apabila melihat pintu belakang van tidak boleh ditutup dengan sempurna. Dan waktu van tu bergerak menaiki bukit utk keluar dari kawasan ladang, tiba-tiba pintu belakang terbukak dan apa lagi, tergolekla 5,6 bungkus plastik berisi bungkah! Kelam kabut kami kami kutip balik. Nasib baik semua bungkah dalam keadaan baik.
Walau apa pun, saya sekeluarga mendoakan agar projek en Hanafi dan Faizan akan sukses sokmo!


Ahad pagi - Melawat kak Ani di Hospital Kuantan.
Kak Ani dan suaminya, Abg Yaacob merupakan peserta kursus praktikal kami yang di adakan pada penghujung tahun lepas. Hubungan kitorang semakin erat hinggakan mak dan ayah menganggap mereka berdua umpama anak sendiri. Pagi ahad tu mak menerima berita bahawa kak Ani dimasukkan ke hospital lantas mengajak saya untuk ke sana. Kebetulan, saya pula memang ingin ke Kuantan atas urusan lain.
Kedatangan kami di sambut oleh abg Yaacob. Mula-mula kami bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan kak Ani. Tapi lama kelamaan topik perbincangan mula bertukar menjadi bab cendawan! Abg Yaacob mengeluarkan laptopnya lantas menunjukkan perkembangan projek cendawan. Alhamdulillah, projek abg Yaacob dah mula mengeluarkan hasil. Saya tumpang berbangga atas usaha gigih abg Yaacob sekeluarga untuk menjayakan projek cendawan beliau. Tapi jangan sampai jatuh sakit lagi ye, hehe..

Ahad petang - lawatan dari En Ramlee(kulat enterprise) sekeluarga.
Waktu dalam perjalanan pulang ke Chini, saya terima sms dari en Ramlee yang mengatakan beliau akan singgah ke tempat saya. Saya pernah melawat bangsal en Ramlee di Mambau. Saya rasa berbesar hati untuk menerima lawatan beliau pula.
En Ramlee sampai 5 minit awal dari saya. Rupanya en Ramlee baru lepas 'tour' menghantar barang2 cendawan yang yang ditempah oleh pelanggan dari Segamat dan Kuantan. Beliau sempat singgah di kampung isterinya yang terletak di Chini 2. Saya ambil kesempatan ini untuk membeli sedikit neck dan tutup peram dari beliau dengan harga 'special'.
Lepas berborak, kami ke bangsal. Kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu mengenai cendawan. Sempat jugak en Ramlee mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.



Sepanjang menceburi bidang cendawan ni, saya telah mengenali dengan ramai kenalan. Saya rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan rakan-rakan yang ikhlas berkawan dan sering bantu membantu. Apa yang lebih menarik, ramai juga kenalan yang dikenali hanya melalui email dan ruangan chat box. Belum pernah bersua muka, tapi sentiasa menyokong antara satu sama lain. Semoga hubungan sebegini akan bertambah erat demi memajukan industri cendawan. Hidup Cendawan!

Lanchini.
p/s : Saya akan masukkan gambar kemudian.

Monday, April 7, 2008

Berkunjung ke Shenzhen, China


Minggu lepas saya telah berkesempatan berkunjung ke Shenzhen, China atas urusan kerja(bukan urusan cendawan, hehe). Saya ke sana selama 4 hari iaitu dari Rabu hinggalah Sabtu lepas.

Perjalanan ke sana agak mencabar kerana hanya ditemani oleh 2 warga China yang tak tahu berbahasa Inggeris, apatah lagi untuk berbahasa Melayu. Mujurlah salah seorang dari mereka tu pandai cakap Jepun sikit2. Bolehla juga saya berkomunikasi dengan mereka.

Shenzhen adalah antara beberapa wilayah China yang kini pesat membangun. Wilayah ni terletak di selatan negara China dengan jumlah penduduk sekitar 5 juta orang. Baru-baru ni Majalah 3 turut menyiarkan satu slot khas mengenai wilayah ni. Banyak informasi saya dapat mengenai Shenzhen melalui slot ini.

Saya berjaya menyiapkan kerja lebih awal dari schedule, jadi ada masa untuk ronda-ronda. Mamat China 2 orang tu pulak dengan baik hatinya mempelawa saya melawat beberapa tempat menarik dan terkenal kat situ. Diorang kira sporting jugak kerana memahami saya seorang muslim yang tidak boleh makan sebarangan. Diorang telah membawa saya makan tengah hari di sebuah restoran halal yang terdapat di hotel yang dinamakan Hotel Muslim.


Lepas makan, saya telah dibawa ke sebuah taman tema yang di namakan Windows of The World. Di sini, terdapat ratusan miniature yang dibina berdasarkan monumen bersejarah yang terkenal. Ia terbahagi kepada beberapa zon iaitu zon Asia, Eropah, Afrika dan sebagainya. Cari punya cari, akhirnya saya terjumpa juga sebuah miniature yang yang dibina berdasarkan sebuah tokong di Pulau Pinang. Ada jugak nama Malaysia terpampang kat situ.




Tapak taman tema ni memang besar. Selepas 3 jam berjalan, kami cuma cover separuh dari keluasan taman tema tu. Akhirnya saya give up dan kami keluar dari taman tema tu. Lagipun saya perlu cari tempat untuk membeli buah tangan untuk anak isteri.

Pengalaman di China memang banyak memberi kesedaran kepada saya. Walau negara tersebut berkembang pesat, jurang antara rakyat miskin dan kaya amat ketara sekali. Pembangunan tanpa kawalan berkesan menyebabkan ruang udaranya kotor dan tercemar. Tak sanggup rasanya untuk tinggal lama di situ. Harga tanah yang melambung hampir 10kali ganda mahal dari Malaysia menyebabkan ramai rakyatnya tidak mampu memiliki rumah kediaman sendiri. Mereka hidup dalam keadaan 'struggle' setiap hari. Saya bersyukur, walaupun tidak memiliki wang berjuta, namun sekurang-kurangnya saya dapat hidup dengan menghirup udara yang segar dan aman bersama keluarga tersayang.