Banner Ebook 468X60

Saturday, March 20, 2010

Aduhai Kulat Kukur

Entah apa malang nasib kami, baru-baru ni terkena masalah kulat kukur iaitu sejenis kulat parasit yang kuat dan boleh mencemarkan keseluruhan bangsal jika tak di atasi dengan segera. Inilah rupa kulat kukur yang mencelah keluar selepas kira-kira 10 hari disuntik benih.




Masalah ni bermula bila saya menempah 50 beg benih yang dikatakan mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 30 hari sahaja. Tahun lepas saya pernah guna benih yang sama dan Alhamdulillah, hasilnya sangat bagus. Tahun ni saya ingin mencuba sekali lagi bagi mempercepatkan pengeluaran hasil kami.

Waktu benih sampai dengan pos laju haritu, saya dah merasakan sesuatu yang pelik sebab baunya agak berlainan. Tapi sy ignorekan sahaja sebab bila benih tu dihancurkan, maisiliumnya tumbuh semula dengan cepat. Lagipun ini benih 'special', mungkin baunya memang begitu.Ada juga beg benih yang tak menjadi, tapi tak la banyak sangat iaitu kira 7 beg sahaja.

Kira-kira 2,000 bungkah telah disuntik dengan benih 'special' ni. Tp malangnya, selepas 10 hari, bungkah-bungkah yang disuntik awal telah mula mengeluarkan hasil! Tapi bukan cendawan tiram, tetapi kulat kukur yang tak diundang, huhu..

Saya merujuk masalah ni dengan beberapa orang rakan yang berpengalaman. Ada yang mengatakan bahawa bungkah yang tercemar perlu dilupuskan segera supaya ianya tidak merebak hingga keseluruhan bangsal. Kulat kukur ni dikatakan tidak akan mati walau dikukus semula. Ianya hanya akan mati sekiranya diletakkan di bawah suhu melebihi 120 darjah selsius. Oleh kerana kami tidak memiliki fasiliti sedemikian, maka kesemua bungkah tercemar terpaksa dilupuskan begitu sahaja : (. Dalam duka, saya juga bersyukur sebab nasib baik 7 beg benih rosak, kalau tak kerugian kami akan bertambah.

Itu sahaja utk kali ni, jumpa lagi.

Sekian.

Lanchini