Banner Ebook 468X60

Tuesday, November 25, 2008

APA ADA PADA NAMA?

ban kursus cendawan 10
Itulah soalan yang sering diajukan oleh mereka yang melawat apabila melihat deretan bungkah yang mempunyai pelbagai nama pada badannya.


Sebenarnya nama tu adalah nama peserta kursus cendawan kami. Mereka akan menulis nama pada bungkah yang mereka suntik sendiri. Sebahagiannya akan di bawa pulang dan sebahagian lagi kitorang akan simpan untuk tujuan monitoring. Melalui bungkah monitoring ni, kami dapat mengagak keadaan semasa bungkah peserta kursus. Bila tiba waktu untuk dibuka tutup peram, saya sebolehnya akan menghantar sms untuk ingatkan peserta. Dengan cara ni, hubungan kami tak terputus begitu sahaja.

Ada bungkah yang menjadi dan ada jugak yang rosak. Kalau jumpa bongkah yang rosak pada peringkat awal, contoh masalah kulat oren ke, saya akan hubungi peserta supaya mereka ambil langkah tertentu. Ini sekadar peringatan walaupun langkah2 tersebut telah didedahkan dalam modul kursus. Bagi orang yang pertama kali jaga bungkah, ada kalanya kesilapan kecil boleh menyebabkan masalah tu melarat. Waktu peringkat awal berjinak2 dengan perusahaan ni dulu, saya sendiri pernah alami kerugiaan besar hanya disebabkan oleh salah penjagaan.
Saya selalu berpesan kepada peserta agar tidak terlalu teruja dengan pendapatan yang bakal diperolehi. Memang berita dalam TV atau akhbar selalu memaparkan kisah kejayaan pengusaha cendawan dengan pendapatan 5 angka sebulan. Tapi tak semuanya INDAH dalam perusahaan cendawan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan salah satunya ialah masalah penyakit ni. Selain pengalaman sendiri, saya sering mendengar pengalaman rakan2 yang 'terduduk' bila ribuan bungkah mereka rosak. Punca kepada masalah adalah pelbagai, ada dari kelemahan diri sendiri sewaktu membuat bungkah dan ada juga faktor yang luar dari kawalan kita. Walau telah ambil macam2 langkah untuk elak penyakit, tup2 kena jugak hama yang datangnya dari benih atau terpakai habuk kayu yang bercampur bahan kimia... Ini sekadar 2 contoh cabaran yang diluar jangkaan tapi mampu menyebabkan pengusaha kerugian besar.


Ada banyak lagi pengalaman suka duka sepanjang mengusahakan projek ni selama hampir 2 tahun. InsyaAllah, saya akan berkongsi lagi pada post lain kali.


Itu aje, sekian.


Lanchini.

Sunday, November 16, 2008

KURSUS CENDAWAN


Salam,

Chini Agro bakal mengadakan kursus cendawan terakhir untuk tahun ni pada tarikh dan tempat berikut;

Tarikh : 29 November 08

Tempat : 158 (f) Chini Timur 3, Chini, Pahang

Kursus sehari ni akan mendedahkan kepada peserta segala ilmu berkaitan cendawan dari aspek operasi hinggalah pemasaran. Kami akan berkongsi pengalaman PAHIT dan MANIS sepanjang mengusahakan projek ini sebagai pedoman buat peserta. Tidak ketinggalan dengan tip-tip berguna bagi memudahkan operasi dan memaksimumkan hasil. DAFTAR SEGERA kerana tempat terhad untuk 10 peserta sahaja.


Ke Cameron Highland

Sempena dengan ulangtahun ke-2 anak perempuan saya, kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highland. Kami ke sana cuma 2 hari 1 malam. Cuti tahunan dan habis, so terpaksala pergi hari Sabtu dan Ahad je..

Inilah pengalaman pertama saya ke sini. Orang rumah dah 2 kali sampai, so diala yang jadi penunjuk arah. Tarikan utama Cameron semestinya buah strawberi nya! Kami tak lepaskan peluang melawat ladang strawberi yang bertaburan di sana. Macam-macam produk dihasilkan dengan bertemakan strawberi. Paling glamer tentula strawberi bersalut coklat, memang sedap. Patutla Datuk Siti Nurhaliza suka. Orang rumah pulak tertarik dengan ribuan jenis kaktus yang comel-comel bentuknya. Tapi yang bestnya ada jugak tempat yang sediakan bangsal cendawan sebagai daya tarikan pengunjung! Antara gambar yang sempat saya rakam;



Sekian,
Lanchini

Monday, November 10, 2008

Cendawan Merajuk?

Baru-baru ni kami mengalami sindrom 'cendawan merajuk' iaitu cendawan tidak keluar sebanyak yang dijangka. Untuk 3 rak yang dibuka, kami jangkakan pengeluaran sekitar 15kg sehari, tapi entah mengapa yang keluar cuma sekitar 20% je. Kebanyakan bungkah tak keluar hasil atau keluar sekuntum dua, itupun tidak sesegar biasa. Keadaan ni berlaku pada semua bungkah tak kira pengeluaran kali ke berapa. Dari 3 rak tu, 1 rak pengeluaran kali ke-2 dan 2 rak lagi pengeluaran kali ke-5.


Ini bukanlah kali pertama masalah ni berlaku. Kalu tak silap, tahun lepas pun pernah kena. Masalah ni berlanjutan hingga 2 minggu dan ianya pulih sikit demi sikit. Tahun lepas berlaku pada waktu musim kering, waktu hujan tidak turun berminggu-minggu. Kami berjaya pulihkan keadaan dengan tingkatkan frekuensi siraman. Tapi tahun ni pelik sikit, nak dikatakan tak hujan pun tak boleh sebab baru seminggu yang lalu hujan lebat turun hingga melimpah sungai. Cuma 2,3 hari yang lalu memang hujan tak turun. Keadaan cuma mendung dan berangin sikit. Silapnya kami takde alat ukur humidity, jadi mungkin jugak jugak keadaan cuaca mempengaruhi keadaan dalam bangsal. Ada beberapa orang rakan turut memberi pendapat yang sama, iaitu cuaca yang tidak menentu. Buat masa ni kami ambil langkah yang sama iaitu tingkatkan frekuensi siraman. Apa2 hal pun, saya berdoa agar masalah ni dapat di atasi segera sebab dah ramai pelanggan yang mula bertanya ' mengapa tak de cendawan? '



Pengiktirafan kecil, tp cukup bermakna


Baru-baru kami dianugerahkan Usahawan Cemerlang 2008 Peringkat Felda Chini oleh MeCD( kementerian pembangunan usahawan dan koperasi ). Anugerah ni bersempena dengan minggu ekspo pertanian yang diadakan di Chini. Ini adalah anugerah pertama yang kami terima dan memang tak sangka untuk menerima pengiktirafan ni. Walau anugerah ni kecil je, tapi bagi saya ianya sangat bermakna sebab barula sedar ada pihak yang memberi pengiktirafan terhadap usaha gigih( tak la gigih sangat sebenarnya) selama ni..







Itu aje, sekian


Lanchini

Wednesday, November 5, 2008

Tepung Kek Coklat


Salam hormat,

Kali ni off topic sikit, sebab bukan cerita mengenai cendawan tapi pasal nak iklankan TEPUNG KEK COKLAT D'ROS. Inilah tepung tersebut,


Dengan tepung seberat 450 gram ni, anda boleh sediakan  kek sesuai untuk hidangan 10 - 15 orang. Rasanya memang SEDAP dan yang penting sekali, AMAT MUDAH dan CEPAT untuk di sediakan. Saya yang jarang2 kat dapur ni pun berjaya sediakan kek tu kurang 1 jam. Itu pun dengan 'bantuan' 2 orang anak saya yang sibuk nak kacau sekali. Cuma follow manual bergambar yang disediakan. Oh ye, tepung utk topping turut disediakan. 

Harga sebungkus cuma RM9 ( ni harga PROMOSI ). Sesiapa berminat boleh hubungi 013-9041224 ( Pn Ros )  atau 019-3951516( Lan ). Harga ni tak termasuk kos penghantaran. Untuk mereka yang tinggal sekitar Senawang, penghantaran adalah percuma. 

Sekian


Lanchini.