Banner Ebook 468X60

Wednesday, January 28, 2009

Al-kisah cendawan

Laporan ringkas kursus cendawan ke-12

Pada sabtu 24 hb yang lepas, kami telah berjaya menganjurkan kursus cendawan kali ke-12. Seramai 4 peserta telah hadir manakala 2 peserta telah membatalkan penyertaan mereka pada saat-saat akhir. Terima kasih buat En Azhar, En Rosli, En Azizi dan En Halim. Peserta kali ni datang dari Kuantan dan daerah Bera.

Masalah ekonomi global menjadi topik hangat sepanjang kursus. Dan kebanyakan peserta menyatakan tujuan mereka mempelajari perusahaan cendawan sebagai satu persediaan untuk hadapi cabaran ekonomi yang semakin merudum ni. Berbanding dengan bidang perusahaan lain, pertanian dilihat sebagai satu bidang yang tetap berkembang. Salah seorang peserta merupakan seorang kontraktor binaan. Namun pelbagai masalah terutamanya 'late payment' yang semakin menjadi-jadi sekarang menyebabkan beliau ingin beralih ke pertanian dan penternakan. Selain cendawan, beliau kini turut mempelajari penternakan ikan keli.

Bagi saya, walau apa bidang yang diceburi, masalah dan dugaan tetap ada. Yang penting, kita mempunyai persediaan untuk hadapinya. Dan persediaan paling utama ialah ilmu dalam bidang tersebut. Harapan saya moga para peserta kali ini dapat memperolehi ilmu mengenai cendawan semaksimum mungkin. InsyaAllah, selepas kursus ini pun, kami akan tetap berkongsi ilmu dengan mereka..

Lawat geng cendawan di Kuantan

Saya mempunyai seorang pekerja tetap, namanya Mi. Dialah yang sering membantu ayah menguruskan bangsal cendawan kami. Tanpa dia, memang susah jugak ayah terutamanya kerja-kerja melibatkan fizikal. Dah lebih setahun dia bekerja dengan kami.

Baru-baru ni saya membawa Mi melawat 2 orang pengusaha cendawan di Kuantan. Tujuan utama lawatan ni ialah untuk menambah pengetahuan Mi yang belum pernah melihat perusahaan cendawan selain Chini Agro. Pada saya, cara ni dapat membantu Mi tingkatkan pengetahuannya dalam industri ni. Saya sering bercerita kepadanya kaedah-kaedah lain yang digunakan oleh pengusaha cendawan lain. Kali ni, biarla dia nengok dan belajar sendiri.

Mula-mula kami melawat bangsal milik saudara Alex yang terletak di dalam bandar Kuantan. Alex merupakan salah seorang peserta kursus ke-8 Chini Agro. Projek cendawan beliau di usahakan di sebuah rumah teres corner lot milik keluarganya.

Alex kini mempunyai kira-kira 2000 bungkah yang sedang keluarkan hasil. Pasarannya ialah pasar raya sekitar Kuantan. Dia kini dalam proses menambah bilangan bungkah yang ada. Dia mensasarkan untuk membuat 60,000 bungkah cendawan lagi! Untuk tu, Alex kini dalam proses membina rak-rak cendawan yang akan di susun di dalam dan di luar rumah. Tak lama lagi dia akan mengupah pekerja Myanmar untuk membantunya. Saya kagum dengan Alex yang suka melakukan pelbagai eksperimen terutamanya teknik gunakan rumput sebagai bahan substrat. Beliau turut merancang untuk mengeluarkan benih sendiri.

Saya ada mengambil gambar di bangsalnya. Tapi tak dapat di siarkan disini atas permintaan Alex sendiri. Belum tiba masanya lagi, katanya...

Kemudian saya, Mi dan Alex bergerak menuju ke Balok ke tempat en Badrul, otai cendawan di Pantai Timur. Saya pasti ramai yang dah tahu mengenai en Badrul yang mengusahakan cendawan di sebuah tapak hotel milik keluarganya. En Badrul adalah pengusaha cendawan sepenuh masa. Beliau kini lebih menumpukan kepada penjualan bungkah.

Saya tengok tak banyak perubahan selain daripada penggunaan tong dram sebagai alat kukus. Sebelum ni en Badrul mempunyai rumah kukus stainless steel yang boleh muatkan 7,8 ratus bungkah. Malangnya penutup rumah kukusnya telah dikerat dan dicuri orang. Semua ni terjadi waktu kenaikan harga besi tahun lepas.

Sambil meninjau-ninjau bangsal milik en Badrul, kami membincangkan banyak perkara terutamanya berita semasa mengenai cendawan. Antara berita hangat ialah kisah pengusaha cendawan di Triang yang dikatakan ingin menjual perusahaannya pada harga RM350k. Pengusaha Triang ni ialah pembekal utama cendawan tiram segar di bandar Kuantan. Produk cendawannya turut di pasarkan hingga ke Kerteh, Terengganu. Namun tidak dapat dipastikan punca utama tauke tu ingin menjualnya.

Saya pulang selepas sejam berada di bangsal en Badrul. Moga Mi dapat sesuatu dari lawatan kali ni. InsyaAllah, saya akan meneruskan aktiviti ini sambil mengeratkan hubungan sesama pengusaha cendawan.

Sekian,

Lanchini

Monday, January 19, 2009

Lori angkut bungkah cendawan


Setelah lama bersabar, akhirnya saya dapat juga membeli sebuah lori untuk kegunaan projek cendawan kami. Kedudukan bangsal dan tempat proses yang berjauhan menyebabkan kami terpaksa menghantarnya dengan lori. Sebelum ni saya menyewa pikap member sekampung untuk kerja2 penghantaran tu.




Lori ni asalnya lori untuk angkat buah kelapa sawit ke ladang. Di felda, istilah glamer untuk lori sebegini ialah 'lori hantu'. Nama ni menggambarkan keadaannya yang tak beberapa hensem jika dibandingkan dengan lori-lori yang biasa dijumpai di jalan raya. Namun yang penting ia mempunyai geran untuk memastikan ia bukan lori curi ataupun lori yang lari dari bayaran bank. Lori ni tak laju, tapi cukup lasak untuk bergerak di kawasan felda. Harganya pun takla mahal sangat. Padan la dengan keadaanya yang comot dengan karat dan kotoran hitam.

Saya rasa cukup lega dapat miliki lori ni. Sekurang-kurangnya tak perlu pergi meminjam atau menyewa lori orang lain. Ianya milik kami, jadi kami bebas hantar bungkah ikut keperluan sendiri. Sebelum ni terpaksa tunggu lori orang free ke tidak. Dan yang lebih bestnya, kalu takde kerja hantar bungkah, boleh hantar sawit milik ayah ke kilang pulak, huhu..


Sekian,

Lanchini

Sunday, January 11, 2009

Kursus Cendawan 2009

Chini Agro bakal mengadakan kursus intensif cendawan kali pertama untuk 2009 pada tarikh dan di tempat berikut ;

Tarikh : 24 Januari 2009
Tempat : Felda Chini Timur 3
Masa : 9.00 am - 5.00 pm
Bayaran : RM 200


Harga bayaran di atas termasuk makan dan minum sepanjang kursus, buku panduan cendawan, bungkah percubaan, sijil dan alat tulis. Kepada yang berminat, boleh menhubungi saya di 019-3951516 ( lan ). Tempat hanya untuk 10 peserta terawal sahaja.

Setiap peserta bakal menerima diskaun untuk harga bungkah serta hak ekslusif untuk membuat sendiri bungkah di Chini Agro. Segala peralatan dan bahan mentah akan disediakan. Penerangan lanjut akan diberikan sewaktu kursus nanti.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 6, 2009

Ekonomi yg merudum

Salam dan selamat tahun baru Masihi,

Sejak dua menjak ni ramai orang memperkatakan mengenai masalah ekonomi dunia yang semakin merudum. Waktu krisis ekonomi kewangan di Malaysia pada 1997 yang lalu, saya masih lagi menuntut di Jepun. Sebagai seorang pelajar, dan tinggal di Jepun pula, saya tidak dapat merasakan sangat kesannya. Dulu saya memang tak berminat lansung untuk belajar atau even membaca ruang ekonomi di dalam akhbar.

Keadaan kali ni berbeza. Saya kini pekerja kepada sebuah syarikat elektronik jepun dan pada masa yang sama menjadi 'tuan' kepada sebuah perusahaan cendawan yang kecil. Walaupun kecil, perusahaan ini tetap menuntut tanggungjawab saya untuk memajukannya kerana ada orang bergantung kepadanya sebagai sumber rezeki mereka. Jadi saya kini dapat merasai tekanan daripada kemeruduman ekonomi dari 2 arah; pekerja dan tuan. Dan entah kenapa, saya jadi berminat untuk mengetahui keadaan ekonomi semasa. Dari tak tau apa2, saya kini mula tahu sikit2 apa itu subprima, mortgages, hedge fund dan entah apa-apa istilah lagi.

Kilang tempat saya bekerja mula merasai kesan dari krisis ekonomi dunia dari bulan Julai yang lalu. Secara tiba-tiba order dari customer menurun. Dan keadaan ini berterusan hingga kadar pengeluaran sekarang mencecah 60% sahaja dari output sebelum ni. Ini memaksa pihak syarikat mengurangkan pekerja kontrak, membekukanOT dan memberi advance leave. Ada kilang yang berdekatan yang terpaksa ambil tindakan lebih drastik seperti menawarkan VSS, bekerja cuma 4 hari seminggu dan menutup terus operasinya.

Kata orang, perusahaan melibatkan makanan atau pertanian tidak menerima impak seteruk bidang-bidang lain. Namun saya tidak menafikan Chini Agro turut menerima tempiasnya. Pasaran utama cendawan kami ialah sekitar kawasan Felda berdekatan. Kemerosotan harga sawit dari RM 850 setan kepada RM 220 setan menyebabkan peneroka mula mengetatkan budget harian mereka. Pasar tani tidaklah semeriah dulu lagi. Bilangan pengunjung berkurangan dari sebelum ni. Dan lebih jelas, peneroka tidak seceria dulu lagi! Namun syukur kepada Allah, permintaan untuk cendawan kami masih ada. Walau agak menurun berbanding dulu, kami mampu memasarkannya hingga habis. Dan belum sampai menawarkan VSS buat pekerja kami tu, hehe..

Baru-baru ni saya berpeluang untuk bercakap dengan tauke kepada pembekal habuk kayu getah kami. Tujuan saya menelefonnya ialah untuk meminta mengurangkan harga memandangkan kos pengangkutan yang menurun. Tapi lain pula jadinya. Tauke tu memberi jawapan seolah-olah akan berlaku kenaikan selepas Tahun Baru Cina ni. Menurutnya, eksport perabot Malaysia kini jatuh mendadak. Akibat dari itu, permintaan untuk kayu getah turut menurun. Bila tiada permintaan untuk kayu getah, kilang-kilang yang memotong kayu getah berkurangan atau beralih arah kepada kayu balak. So bila dah supply berkurangan, faham-faham je la... Bagi sesetengah orang, mungkin kenyataan tauke ni sekadar alasan untuk menolak permintaan saya. Tapi saya anggapnya benar kerana kilang saya berhampiran dengan sebuah kilang perabot pejabat bertaraf antarabangsa. Dan saya tahu keadaanya sekarang..

Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan pengusaha cendawan. Sekadar berkongsi maklumat yang insyaAllah boleh membuatkan kita lebih bersedia hadapi cabaran. Kalau orang lain boleh bertahan berpuluh tahun, mengapa kita tidak boleh? Tahun 2009 akan jadi lebih mencabar kerana menurut pakar, Malaysia akan menerima kesan sebenar dari krisis ini pada 2009. Gambarimasho! - Jom Berusaha.

Sekian,

Lanchini