Banner Ebook 468X60

Friday, August 29, 2008

PASAL BENIH

CHINI AGRO MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA. SEMOGA IBADAT KITA DIBERKATINYA.


Gambar bawah ni adalah benih yang saya beli dari saudara Faisol AYNE waktu perjumpaan GCM yang lalu. Keunikan benih ni ialah ia menggunakan jagung sebagai mediumnya. Saya beli 3 beg sebagai testing. Kalau tak silap, ini adalah benih ke 6 atau ke 7 yang pernah saya cuba.

Waktu GCM, ramai pengusaha bersetuju kepentingan benih dalam perusahaan cendawan. Penyakit macam kulat hijau, hama dan maisilium mati semuanya dikaitkan dengan benih. Kalau terpakai yang bermasalah, alamatnya banyakla bungkah yang terpaksa di buang. Saya sendiri pernah mengalami kerugian lebih 1000 bungkah akibat masalah yang disebabkan oleh benih.

Bila ada peluang aje, saya pasti akan cuba benih yang baru. Dari pengalaman saya, kebanyakan benih tidak banyak berbeza dari segi hasil. Perbezaan paling ketara ialah kualitinya. Ada benih tu, dari awal sebelum guna lagi dah keluarkan penyakit. Itu ok lagi sebab kita dapat kesan dari awal dan belum melakukan suntikan benih. Yang tensionnya ialah jenis yang hanya menunjukkan penyakit selepas diperam. Contohnya macam kes hama dan maisilium pudar. Penat kita menjaga berminggu2, last-last kena buang camtu je. Lebih sakit hati kalau masalah tu menular pulak kepada bungkah2 yang lain pulak.

Dari segi bekalan pula, kami di pantai timur terpaksa mengimportnya dari negeri2 seperti Johor dan Selangor. Bila dah jauh tu, terpaksala pulak menanggung transportation cost, so harga benih pun mahal. Kalau setakat mahal pun ok la, tapi kadang2 benih yang sampai pun banyak yang rosak akibat terlalu panas. Saya pernah membeli 100 beg dari Johor, tapi yang boleh dipakai tak sampai 10 je..

Dalam GCM aritu, saya turut mencadangkan agar pengusaha benih turut dijemput sama. Saya pasti pengusaha benih boleh membantu pengusaha cendawan memahami masalah2 akibat benih ni. Dan bila kita dapat kurangkan masalah akibat benih, saya pasti pengusaha lebih bersemangat utk mengusahakan cendawan. Dan lebih ramai orang memerlukan benih. Jadi, kedua2 pihak akan dapat faedahnya.




Sekian,


Lanchini

Monday, August 25, 2008

Sedikit mengenai GCM

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas komen2 dan kata2 semangat yang diberikan oleh pembaca blog ini atas kejadian yang menimpa pd minggu lepas. Saya dan isteri sangat menghargainya. Berkat doa rakan-rakan, isteri semakin pulih dan lebih ceria...
Balik mengenai kisah GCM, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai pengusaha yang hadir tak kira jauh atau dekat. Saya mengambil kesempatan ini utk ucap tahniah atas En Ramle (kulat enterprise) atas inisiatif beliau mngusahakan perjumpaan ini dan seterusnya jadi tuan rumah kepada perjumpaan pertama ini.
Selama ni saya hanya mengenali pengusaha melalui blog2 mereka. Tak ramai yang saya pernah berjumpa secara real camni. Bila dah berjumpa, macam2 perkara yang dibincangkan. Masing-masing memberi pendapat dan idea yang baik utk diketengahkan. Perjumpaan berjalan mengikut atur cara yang ditetapkan. Namun , akibat kesuntukan masa, kami tidak dapat membincangkan semua perkara dengan detail. En Ramle ada siarkan hasil perbincangan ini melalui blog beliau ( http://kulatenterprise.blogspot.com )
Kami dah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan seterusnya selepas raya ni. Mungkin dalam bentuk jamuan raya. Manala tau ada yang bawa kuih tat cendawan(?)..

Itu aje kali ni, jumpa lagi..
Lanchini

Thursday, August 21, 2008

20082008 YANG MALANG...

Pagi - Minggu lalu, salah seorang peserta kursus saya yg lalu telah meminta bantuan untuk mendapatkan bekalan habuk kayu getah. Saya pun membuat arrangement dengan supplier habuk kayu untuk menghantarnya ke Pekan, Pahang. Dari minggu lepas saya menghubungi supplier dan kami bersetuju agar penghantaran dibuat petang ini. Peserta kursus saya juga mengambil cuti dari kerjanya supaya dia dapat menunggu lori habuk ini di Muadzam.
Dalam pukul 8 pagi, saya pun menelefon supplier habuk kayu sebagai confirmation terakhir. Namun malangnya panggilan saya tidak dijawab. Saya merasa tidak sedap hati apatah lagi penghantaran habuk kali ini amat dinantikan oleh peserta kursus saya tu. Akhirnya saya berjaya melefon saudara rapat supplier habuk kayu ni. Saya sungguh kecewa apabila diberitahu bahawa supplier habuk kayu itu dalam perjalanan ke Johor Bahru! Ada penghantaran yang lebih 'penting' buat mereka.
Dengan berat hati, saya terpaksa menelefon peserta kursus saya untuk menerangkan segala-galanya. Dia pun turut kecewa kerana sanggup mengambil cuti pada hari tersebut. Saya sungguh tak faham mengapa supplier tu tidak memberitahu lebih awal. Dan yang lebih menyedihkan, tiada sepatah perkataan 'maaf' dari supplier yang sebangsa dengan saya tu..

Tgh hari - Hari ni isteri mempunyai janji temu dengan doktor di klinik kesihatan berdekatan. Isteri saya mengandung kira-kira 2 bulan. Dah seminggu isteri mengalami pendarahan yang tidak pernah dialami semasa mengandungkan anak pertama dan kedua dulu.
Doktor di situ memberitahu bahawa kandungan isteri mungkin sudah tiada lalu menasihati agar kami pergi merujuk ke klinik pakar di Hospital besar Seremban. Dengan perasaan berdebar-debar, kami pergi ke klinik pakar tersebut. Sepanjang perjalanan, kami saling memberi semangat antara satu sama lain dan amat mengharapkan agar kandungan itu masih 'ada'.
Namun, mungkin bukan rezeki kami lagi, doktor pakar mengesahkan bahawa isteri keguguran. Tiada lagi tanda janin akan berkembang. Ini satu berita yang amat menyedihkan, tapi kami redha atas ketentuanNya..

Petang - Petang ni ada delivery bungkah ke Maran, Pahang sebanyak 4000 bungkah. Untuk penghantaran ini, saya telah menempah lori dari sebuah syarikat pengangkutan di Chini. Saya aturkan agar lori sampai ke bangsal dalam pukul 2 petang.. Ikut perancangan, lori ini akan sampai ke Maran sekitar pukul 5 petang. Dan customer saya akan menunggu di sana.
Pukul 4 ptg, ayah call saya. Dia cakap lori tu tak datang! Saya pun segera menelefon pemandu lori tu. Namun panggilan tidak dijawab walau mencuba beberapa kali. Kami dengan kelam kabutnya terpaksa menukar plan dengan mencari lori yang lain. Nasib baik kebetulan ada lori yang sanggup ke sana.
Akibat dari perubahan lori ni, bungkah sampai ke Maran pukul 9 malam dan yang lebih kesiannya, pekerja kami pulang pukul 12 tengah malam. Penghataran terpaksa juga dilakukan pada hari ni kerana customer saya terpaksa ke Perak pada keesokannya.
Saya sungguh marah dengan syarikat pengangkutan ni. Pemandunya menelefon saya semula pada pukul 630 petang dan memberi alasan yang sungguh memalukan, TERTIDUR. Dan sebagai perencah cerita, hensetnya pula tertinggal di dalam lori. Bagaimanala bisnes nak maju jika sikap acuh tak acuh terhadap tanggung jawab ini masih berakar dalam jiwa ORANG KITA..
Sekian,
Lanchini

Wednesday, August 13, 2008

Laporan Ringkas Kursus Cendawan ke-8

Kursus cendawan ke-8 telah selamat kami anjurkan pada 9 dan 10 ogos yang lalu. Seramai 9 peserta telah mengambil bahagian dan kesemuanya dari negeri Pahang Darul Makmur. Ada peserta yang berkobar-kobar semangatnya hingga datang sejam setengah awal dari waktunya!

Jikalau kursus sebelum ni kami menerima kehadiran peserta kaum India, kali ni pula kami turut dimeriahkan oleh seorang peserta kaum Cina, iaitu en Alex Ong. Beliau pernah study di Australia dalam bidang akauntan. Yang nyata, perbezaan latar belakang kaum langsung tak menjejaskan rentak perjalanan kursus kali ni. Setiap peserta kelihatan lebih bersedia dengan pelbagai soalan dari sessi teori, praktikal hinggalah ke penyampaian sijil! Ada peserta yang telah pun sedia membeli bungkah cendawan datang kerana ingin mendalami lagi ilmu mengenai cendawan.
Peserta kursus juga turut di jamukan dengan hidangan cendawan goreng berempah pada rehat petang. Ramai yang kali pertama merasainya dan terkejut dengan keenakan cendawan goreng ni.. Sama macam saya jugak dulu.

Pada kebiasaanya, sessi di dewan akan berlanjutan hingga ke petang. Namun disebabkan oleh mesyuarat pemilihan UMNO yang turut dijalankan di tempat yang sama, kami terpaksa berpindah ke rumah saya untuk sessi praktikal. Namun semua ni tak menjejaskan kelancaran kursus kali ni. Ini sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan..



Sekian,


Lanchini

Monday, August 11, 2008

Update result

Sedikit maklumat mengenai masalah maisilium pudar. Sebagai usaha 'rescue' bungkah yang ada masalah ni, kami telah cuba kukus dan menyuntik semula dengan benih yang baru. Selepas 2 minggu, inilah hasil yang kami dapat;

Alhamdulillah, maisilium merebak dengan begitu baik sekali. Warna putihnya cukup menyakinkan. Dari 50 bungkah yang melalui eksperimen ni, 40 menunjukkan pemulihan. Yang selebihnya, sama ada tiada pertumbuhan maisilium atau pun dijangkiti dengan penyakit kulat hijau. Kebanyakan yang kena kulat hijau tu adalah bungkah yang memang dah nampak sedikit kehijauan sewaktu kami keluarkan benih lama. Nampaknya proses kukusan semula tak mampu bunuh spora kulat hijau tu..

Kesimpulannya, masalah ni dapat dipulihkan semula dengan cara mengukus dan menyuntik benih semula. Namun dalam hati saya selalu berdoa, mintak2 la tak jumpa lagi masalah ni... Amin.


Sekian,


Lanchini

Monday, August 4, 2008

Cari ilmu di Ekspo Tani

Semenjak dua menjak ni, saya selalu memikirkan bagaimana untuk menambah variasi bisnes Chini Agro. Selain cendawan segar, bungkah dan alatan cendawan, saya rasa kami perlu juga menambah produk baru yang ada kaitan dengan cendawan. Yang terbaru, kami telah memasarkan tepung cendawan goreng serba guna. Saya dapatkan bekalan tepung ni dari seorang pengusaha di Seremban dan memasarkannya dengan guna label kami sendiri. Sebelum ni dah ramai pelanggan cendawan yang bertanya pasal tepung ni. Kat Chini, cendawan goreng masih di kira baru, jadi ramai yang berminat.



Baru2 ni, pihak FAMA telah anjurkan Ekspo Industri Asas Tani Negeri Sembilan. Bagi saya ni satu tempat yang bagus untuk mendapatkan idea2 berkaitan produk hiliran dari hasil tani. Alhamdulillah, saya sampai juga ke sana walau tertinggal dompet! Hehe.. Since tak bawak duit, saya memang takde pilihan lain selain tinjau-tinjau bagaimana usahawan tani lain memasarkan produk mereka. Saya amat tertarik dengan pelbagai cara packaging produk yang sungguh kreatif dan berkualiti.

Saya akhirnya sampai ke gerai en Kadir ( Senawang Usaha Tani ), orang lama dalam industri cendawan Negeri Sembilan. Gerainya simple je, tapi ramai juga pengunjung datang yang nak beli cendawan goreng en Kadir. Sempat saya ambil beberapa keping gambar gerai en Kadir.



Kt sebelah gerai en Kadir terdapat gerai yang menjual kerepek ubi kayu. Dulu saya pernah merasa kerepek cendawan yang di beli di VITA. Rasanya memang sedap. Jadi terpikir juga untuk belajar bagaimana membuat kerepek ni.. Alhamdulillah, en Masfol, tuan punya Ubimas Enterprise sudi untuk berkongsi pengalaman beliau membangunkan industri kerepek ubi kayu. Projek kerepek ubi ni berpusat di Felda Kumai, Bera Pahang. En Masfol membeli ubi dari pengusaha sekitar Felda Kumai dan memprosesnya menjadi kerepek. Beliau sendiri mempunyai beberapa ekar ladang ubi kayu. Yang menariknya, ada pengusaha dari Singapura dan China sanggup datang untuk belajar dengan En Masfol! Syabas buat Ubimas. Selain tu, saya juga dapat belajar beberapa perkara penting untuk membuat projek kerepek ni. Terima kasih buat en Masfol dari Ubimas.



Sekian,




Lanchini