Banner Ebook 468X60

Sunday, April 26, 2009

Kursus Penjagaan Bungkah ke-2

Salam hormat buat pembaca,

Sabtu lepas kami mengadakan satu lagi kursus khas penjagaan bungkah. Kursus ke-2 ini telah dihadiri oleh 4 peserta dimana kesemuanya dari negeri Pahang.


Sama seperti kursus sebelum ni, fokus utama kami ialah mengajar peserta teknik2 yang betul dalam penjagaan bungkah berbenih bermula dari pemilihan bungkah hinggalah memasarkan hasilnya. Oleh kerana tempoh masa yang agak pendek, saya terpaksa meringkaskan topik2 lain yang berkaitan. Para peserta boleh merujuk panduan cendawan yang dibekalkan jika ingin mendapat informasi tambahan. Pada akhir kursus, kami sempat menunjukkan peserta demonstrasi membuat bungkah serta peralatan2 yang digunakan.

Ada beberapa orang yang bertanya mengapa kami tidak mengadakan kursus penuh projek cendawan. Sebenarnya rumah ayah kini dalam proses renovasi, jadi ruang untuk mengadakan praktikal agak terhad dan kurang selesa. InsyaAllah, penhujung bulan 5 nanti kami jadualkan untuk adakan kursus penuh semula. Kami mungkin adakannya berselang seli dengan kursus penjagaan bungkah. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Itu aje laporan ringkas dari kami, jumpa lagi..


Sunday, April 19, 2009

Web Jualan Ebook di lancarkan!


Setelah hampir sebulan bertungkus-lumus, akhirnya saya berjaya menyiapkan web jualan khas untuk ebook Panduan Cendawan ni. Anda boleh melayarinya melalui link di bawah ;


Web jualan ni dilengkapi dengan link untuk pendaftaran affiliate atau rakan niaga. Saya memberikan komisyen RM15 untuk setiap ebook yang dijual melalui blog/web peserta affiliate ni. Untuk daftarnya cukup mudah. Ini adalah step2 yang perlu anda ikuti ;

1) Klik link 'JOIN AFFILIATE' yang terletak di bahagian bawah web jualan tu
2) Klik ' Pendaftaran Baru ', masukkan butiran lengkap diri anda
3) Anda akan terima email mengandungi link affiliate, username dan password.

Untuk mempromosinya pula, anda perlu log in ke akaun anda dan pergi ke bahagian 'banner'. Di situ anda akan melihat 3 jenis banner. Copy kod html mana2 banner pilihan anda dan letakkan di web/blog anda ( gunakan widget html ). Kalau boleh, letak di bahagian paling strategik iaitu tempat pertama pengunjung web/blog anda lihat. Jika mereka membeli ebook ini melalui blog anda, anda layak menerima komisyen RM15. Komisyen ini akan di bank-in ke akaun anda pada setiap awal bulan. Cukup mudah kan? Tapi jika anda masih blurr, kontek saya untuk penerangan lebih lanjut.

Pelancaran web jualan ebook ini juga cukup bermakna kerana post pelancaran ini merupakan post ke-100 saya sepanjang mengendalikan blog ni. Sedar tak sedar, rupanya dah 100 kali saya menulis dalam blog ni.. Macam2 tema yang saya tulis. Ada yang pasal cendawan, ada yang pasal pengalaman sendiri dan kadang2 luahan perasaan. Cepat sungguh masa berlalu ye..

Itu sahaja kali ni, jumpa lagi.





p/s : Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan sepanjang menjayakan projek ebook ini

Wednesday, April 15, 2009

Ebook Panduan Cendawan Tiram


Salam buat pembaca,

Saya ingin umumkan bahawa kami bakal melancarkan ebook Panduan Cendawan Tiram tak lama lagi. Tarikh rasmi pelancaran web jualan ebook ini dijadualkan pada Isnin depan, 20 April nanti. Inilah rupanya ebook tersebut.

Ebook ini pada dasarnya ialah versi super upgrade dari ebook terdahulu. Kandungannya telah dipertingkat lebih sekali ganda dan dilengkapi dengan pelbagai bonus yang berguna untuk para usahawan cendawan. Saya tidak ingin cerita lebih panjang mengenai kandungannya sebab ia belum dilancarkan lagi. Tapi, elok saya paparkan pandangan beberapa orang rakan yang telah membaca ebook ini ;

"saya dah review ebook cendawan ni dan pandangan saya ia satu ebook yang menarik, sangat informatif dengan maklumat yang lengkap tentang teknik dan tip menjalankan bisnes cendawan dan juga penyediaan beg cendawan. yang paling penting banyak dimuatkan pengalaman saudara dalam memulakan bisnes ni yang boleh dijadikan panduan buat bakal usahawan yang ingin menceburi bidang ini.
Ok, komen saya, : Menarik. Sangat informatif dan satu panduan serta manual yang berguna buat bakal usahawan cendawan."


"Syabas Lan ,

Ebook anda sungguh power , semua topik yang patut ada sudah pun dilengkapi , perfect dan mencukupi untuk

pengusaha-pengusaha baru.

Saya rasa ia akan mendapat sambutan yang baik apabila dilancarkan nanti.

Tahniah ! "
- Goh, Rase Mushroom

Selain satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan yang mengandungi puluhan gambar pelbagai tema, ebook ini turut dilengkapi dengan satu pakej bonus yang cukup menarik dan berguna.

1 ) Bonus 1, Buku Resepi Masakan Cendawan - Mengandungi pelbagai resepi pilihan berasaskan cendawan.

2 ) Bonus 2, Direktori Usahawan Cendawan Malaysia - Mengandungi maklumat lengkap usahawan cendawan di Malaysia. Turut mengandungi tips bagaimana untuk buat lawatan ilmiah ke projek cendawan secara lebih beretika dan efektif.

3 ) Bonus 3, Panduan Pemasaran Melalui Internet Khusus untuk Usahawantani - Sebuah ebook yang wajib dimiliki oleh para usahawantani yang ingin mempromosikan perniagaan mereka melalui intenet. Ianya ditulis oleh saudara Bob dari Jutawantani. Untuk pengetahuan, saudara bob telah menjadi usahawan berjaya melalui kaedah ini.

4 ) Bonus 4, Kupon Diskaun Rm20 untuk menyertai kursus intensif projek cendawan anjuran Chini Agro.

5 ) Bonus 5, Khidmat konsultansi percuma dari Chini Agro.

Harga ebook ini termasuk dengan segala bonus di atas adalah RM40. Tetapi, sebagai promosi, saya akan menjualnya pada harga Rm30 hanya untuk 30 pembeli terawal sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Saya juga ingin membuka peluang kepada pembaca blog ini untuk dapatkannya lebih awal sebelum tarikh perlancaran ebook tu. Anda boleh dapatkannya dengan memasukkan RM30 ke akaun berikut ;

CIMB : 0506 0123 3465 26
Maybank : 1060 1701 0511
( zamlan bin shamsuddin )

Kemudian smskan nama, email dan butiran transaksi tersebut ( tarikh,masa dan bank mana) ke 019-3951516. Saya akan emailkan anda link untuk download ebook tersebut bersama dengan passwordnya pada hari ahad nanti. Ebook ini bukan hanya untuk orang baru ingin berjinak-jinak dengan projek ini, tetapi untuk mereka yang telah pun memulakan projek sama ada secara kecilan atau sederhana. Saya mengaku bukanla pakar atau orang yang paling berjaya, tapi saya pasti ada ilmu yang saya boleh kongsi bersama dengan anda.

Harga RM30 tu terlalu murah jika dibandingkan dengan usaha saya selama berbulan-bulan malahan bertahun untuk kumpulkan semua isi kandungannya. Anda tak perlu 'invest' sebanyak tu utk dapatkan ilmu mengenai projek cendawan ini... Itu belum dikira dengan dengan wang ringgit dan masa yang digunakan.

Yang lebih menarik, ebook ini ada JAMINAN. Jika anda dapati kandungannya tidak dapat membantu anda menjana pulangan melalui cendawan, saya akan pulangkan wang anda. Maknanya pembeli ebook ini tidak akan menanggung risiko kerugian akibat beli ebook ini.

Kepada rakan2 yang mempunyai blog atau website, saya ingin menjemput anda menyertai program affliate (rakan niaga) yang kami sediakan. Anda boleh daftarnya melalui link 'join affiliate' yang terdapat di bawah web jualan tu nanti. Anda akan terima komisen jika ada pembeli yang membeli ebook ini melalui web/blog anda. Jika ada yang kurang jelas mengenai perkara ini, boleh kontek saya..

Itu sahaja, tunggu pelancaran ebook pada isnin depan ye..

Sunday, April 12, 2009

Ke Merchong dan kisah SIUF

Ke Kg Merchong, Pekan

Sabtu lepas saya telah di jemput oleh penduduk kg Merchong, Pekan Pahang untuk memberi ceramah mengenai projek cendawan tiram. Seramai 30 orang penduduk telah menunjukkan minat terhadap projek ini dan mereka memanggil saya dan ayah untuk membuat penjelasan teknik penjagaan bungkah cendawan. Namun oleh kerana ada kes kematian di situ, hanya 15 penduduk sahaja yang dapat hadir.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada wakil mereka, iaitu Kak Nor yang telah mengaturkan sessi ceramah kali ini. Kak Nor merupakan orang terawal yang mengusahakan projek cendawan disini. Dia kini tak menang tangan melayani permintaan cendawan yang datang tak putus-putus. Yang sering terputusnya ialah bekalan cendawannya sendiri, huhu.. Kejayaan Kak Nor telah beri inspirasi kepada ramai penduduk kg Merchong yang secara tradisionalnya melakukan kerja-kerja kampung atau menjadi nelayan. Kini ramai yang berminat untuk ceburi bidang perusahaan cendawan pula.

Oleh kerana jadual yang agak padat, saya terlupa ambil gambar sessi ceramah tu. Saya hanya teringat untuk mengambil gambar sewaktu sessi terakhirnya iaitu, makan... Kak Nor mempunyai resepi cendawan gorengnya yang tersendiri iaitu goreng tepung bercili. Rasanya memang enak dan menyelerakan. Ini sahaja gambar yang saya sempat ambil..



Berita SIUF

Setelah lebih 6 bulan menanti, akhirnya saya mendapat berita gembira mengenai permohonan Skim Insentif Usahawan Felda ( SIUF ). Permohonan saya telah diluluskan, Alhamdulillah.


Tujuan saya membuat permohonan SIUF ini ialah bagi membina bilik suntik khas yang lebih baik dan selesa dari sekarang. Saya merancang untuk bina bilik suntik seluas 10 X 15 kaki dan kalau boleh nak lengkapinya dengan sistem penghawa dingin.

Bantuan SIUF tidak diberikan secara tunai. Ia lebih berbentuk geran dimana segala bayaran akan diuruskan antara pihak Felda dan pembekal/kontraktor yang terlibat. Saya kini dalam proses mendapatkan sebut harga dari kontraktor berdekatan. Harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan lancar dan secepat mungkin...

Kepada Felda, terima kasih atas bantuan ini. Namun, harapan saya ialah dapat mengurangkan karenah birokrasi dan ambil langkah proaktif untuk mempercepatkan kelulusan SIUF ni. Kalau tak dapat diluluskan pun, beritahula secepat mungkin apa masalahnya. Ramai lagi warga felda yang mengharapkan bantuan SIUF ni. 6 bulan adalah satu tempoh cukup lama dan cukup panjang untuk mencairkan semangat kebanyakan orang...



Sekian,