Banner Ebook 468X60

Tuesday, June 28, 2011

Lama tak dengar cerita..

Salam sejahtera,

Dah lama betul tak menulis entri blog ni. Dah bersawang nampaknya. Nak kata sibuk tu takla sangat, tapi entah kenapa mood untuk menulis tu agak menurun sejak dua menjak ni. Mungkin sebab industri cendawan pun tak serancak 2,3 tahun lepas menyebabkan saya sendiri jadi kurang berminat untuk menulis perkembangan terkini.

Projek Cendawan Chini Agro masih berjalan seperti biasa. Pengeluaran pun tetap maintain seperti dulu-dulu. Bertambah pun tidak, berkurang pun tidak. Market kami sekadar pasaran Chini dan kawasan berdekatan sahaja, sama seperti dulu jugak. Selain cendawan segar, bungkah pun masih dijual kepada pelanggan-pelanggan sekitar Pahang. Penyakit pun tetap sama seperti dulu, kulat hijau, kulat oren, hitam dan seangkatan dengannya. Cuma apa yang boleh saya katakan keadaan penyakit lebih terkawal dan tidak terjadi dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah, pengalaman banyak membantu.





Yang saya stop terus ialah mengadakan kursus cendawan. Kali terakhir pun dah lebih setahun rasanya iaitu sekitar March tahun 2010. Dalam tempoh ini, berpuluh-puluh pertanyaan saya dapat melalui telefon dan juga email. Ada yang saya jawab, dan ada juga yang saya diamkan sahaja ( maafkan saya ). Ada juga yang saya beri kontek number kawan-kawan yang masih aktif mengadakan kursus cendawan. Cuma kebanyakan mereka ni berada di luar Pahang, jadi agak jauh untuk sesetengah orang.

Pasal ebook panduan cendawan, saya agak kesal kerana terlupa untuk re-new domain dan hostingnya. Akibatnya, website khas yang saya bina untuk jual ebook ni dah terpadam. Ini semua salah diri sendiri kerana terlepas pandang email notice dari syarikat web hosting. Bukan senang nak buat website tu, ambil masa agak lama kerana banyak melibatkan teknikal.

Buat mereka yang ingin beli ebook ni, boleh kontek terus saya (019-3951516). Harganya naik sedikit kepada RM40 dengan sedikit penambahbaikan berbanding ebook dahulu. Buat masa ni saya hanya email ebook ni terus kepada pembeli. Jadi kepada yang ingin membelinya, pastikan anda mempunyai alamat email untuk mudahkan urusan.

Itu sahaja catatan ringkas untuk sekian kali lamanya. Jumpa lagi


Lanchini.

Tuesday, January 11, 2011

Selamat tinggal Bangsal 1

Salam hormat,

Sedar tak sedar kini kita telahpun berada dalam 2011.Maknanya dah hampir 4 tahun kami telah memulakan projek cendawan ni.

Pada 2007, kami telah membuka satu bangsal cendawan sebagai pengganti 'pondok' bangsal yang dibina di tepi rumah. Saiznya dalam 20X50 kaki dan boleh memuatkan kira-kira 15 ribu bungkah. Ianya di bina di kawasan lapang di bawah laluan talian tnb dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Bila waktu petang, bayang-bayang kelapa sawit ni akan meneduhkan bangsal kami dan membantu merendahkan suhu. Udara pun nyaman dan memang sesuai sangat untuk hasil cendawan yang baik. Dalam masa kurang setahun selepas tu, naik pula bangsal ke2 di sebelahnya.


Tapi itu dulu, sekarang suasananya telah berubah apabila kelapa sawit disekelilingnya telah ditebang untuk tujuan penanaman semula. Anak sawit akan di tanam berhampiran pokok lama dan biasanya perlukan beberapa tahun untuk tinggi semula.

Proses penebangan semula ni telah pun berjalan dari pertengahan tahun lepas lagi. Semasa proses penebangan ni, salur paip air yang supply air ke bangsal kami terpaksa di tanggal supaya tidak dirosakkan oleh jentera2 yang bekerja tu. Nak tak nak, kami terpaksa angkut air dan menyimpannya dalam tangki sementara. Masalah ni berterusan hinggalah sekarang walau anak2 pokok baru telah pun di tanam. Sejak bulan 11 lalu, tiada lagi bungkah di isi dalam bangsal ni.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya saya ambil keputusan untuk tutup terus bangsal 1 dan 2 dan hanya menumpukan kepada bangsal 3 dan 4 yang terletak di lokasi lain. InsyaAllah, bangsal 2 tu akan dipindahkan ke tempat baru. Bangsal 1 pula bagaimana?

Bangsal no.1 akan di jual. Saya ingin menjual bangsal ni kepada sesiapa yang berminat untuk membuat bangsal dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Tak kirala sama ada untuk membina bangsal cendawan ke, tauge ke atau kandang haiwan. Atap bangsal ni menggunakan atap jenis gelum, iaitu atap aluminium yang boleh mengurangkan bahang haba dari atap. Waktu bina dulu, saya terpaksa 'import' zink gelum ni daripada Seremban.

Jadi kalu ada sesiapa yang berminat untuk membeli bangsal ni, termasuk aksesori2nya boleh kontek saya atau membuat temu janji melihat dahulu bangsal ini. InsyaAllah, harganya pasti lebih ekonomik berbanding beli bahan yang baru.

Itu sahaja untuk kali ni, jumpa lagi.


Lanchini.