Banner Ebook 468X60

Monday, October 6, 2008

Diari Hari Raya



Salam buat pembaca,
Cuti raya saya bermula pada Ahad 28 Sept yang lalu dan berakhir pada Ahad 5 Sept yang baru lepas. Seingat saya, inilah cuti raya paling panjang yang pernah saya lalui sejak bekerja di tempat sekarang. Biasanya cuti cuma 4,5 hari sahaja. Inilah nasib orang makan gaji, cuti raya pun kena controlled.
Saya pulang ke Chini pada pagi ahad dan sampai sebelum tengah hari. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang masalah. Pun begitu, memang jelas bilangan kereta nampak lebih banyak dari biasa. Saya drive slow and steady je, biar lambat asal selamat..
Acara hari Isnin bermula awal selepas sahur. Hari ni ayah nak sembelih lembu, jadi kami adik beradik awal2 pagi lagi bertolak ke ladang tempat kandang lembu. 2 ekor lembu jadi korban tahun ni untuk dijual dagingnya. Permintaan untuk daging memang tinggi, hampir seekor lembu tu dah ditempah orang. Saya cuma tolong sikit2 je, nak simpan tenaga, hehe. Saya juga sempat menolong pekerja kami memasang tutup rehat bungkah cendawan. Semua bungkah akan 'berehat' sepanjang hari raya nanti.


Petang tu saya bertolak ke rumah mertua di felda Bukit Bading, Kuala Terengganu. Tahun ni giliran beraya di rumah isteri.
Pada hari raya tu, seperti biasa melawat sanak saudara sebelah isteri. Kampung isteri terletak di Serada, berdekatan dengan bandar raya Kuala Terengganu. Selepas solat Aidilifitri, kami terus kesana. Setelah selesai melawat saudara mara, saya ambil kesempatan pada hari tu untuk melawat mercu baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal. Dulu pernah bercadang untuk ke sana sewaktu Perkampungan Hadhari, tapi time tu orang ramai sangat. Kali ni keadaan jauh berbeza, kami boleh drive masuk dan parking betul2 depan masjid kristal tu. Binaan masjid tu memang indah walau saiznya lebih kecil dari yang saya bayangkan.
Raya ke3 saya bertolak semula ke Chini untuk menyambut raya di sana pula. Tapi saya tak dapat beraya sangat sebab tak ramai member yang masih tinggal di kampung. Kalau ada pun, mereka dah berangkat pulang ke tempat tinggal masing-masing. Jadi nak hilangkan bosan, kami sekeluarga ke Tasik Chini. Saya sendiri pun dah lama tak ke sana, mungkin hampir 2 tahun! Tiada perubahan ketara yang dapat di lihat, keadaanya masih seperti dulu, nampak hambar. Jeti reput dah ditukar dengan jeti yang baru, cuma binaanya nampak ala kadar dan seperti tak tahan lama. Harap pihak yang berkenaan ambil inisiatif untuk mengindahkan lagi kawasan tasik kebanggaan penduduk Chini ni.

Keesokkan harinya saya menerima tetamu istimewa iaitu En Badrul, pengusaha cendawan di Balok, Pahang merangkap Presiden Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur. Beliau dan keluarga dalam perjalanan pulang selepas beraya di Johor Bahru. Dan seperti biasa, topik perbincangan kami berkisar pasal CENDAWAN. Kami banyak bertanya kepada en Badrul yang dah 7 tahun mengusahakan cendawan sepenuh masa. En Badrul memang hebat, banyak nasihat serta ilmu berguna mengenai cendawan yang kami dapat. Pengalaman luas en Badrul menjadikan beliau mampu mengecam bungkah yang cukup masak atau tidak hanya dari bau dan warna bungkah tersebut. Lagi satu, en Badrul boleh menilai benih tu dari generasi ke berapa. Hebat kan?
Sebelum pulang, en Badrul sempat memberi tips untuk mendapatkan hasil kukusan maksimum. Paras air perlu berada di tahap minimum dan dapur perlu sentiasa diservis agar pembakaran api sentiasa dalam keadaan terbaik( api biru ). Kedudukan dapur sebolehnya berada di kawasan paling tengah agar air mendidih dalam keadaan sekata. Itulah antara tips yang saya dapat sepanjang berbual panjang dengan en Badrul.


Alhamdulillah hari raya kali ni berjalan dengan baik, tanpa ada masalah. Yang paling saya lega ialah kerana tidak ada keluarga yang sakit sepanjang berhari raya. Dah 2 kali raya saya terpaksa ke hospital membawa anak sulong saya yang mengidap asma tu. Saya sangat bersyukor kerana batuk2 kecilnya sempat sembuh beberapa hari sebelum raya.



Sekian dulu,


Lanchini

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

Chini Agro ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan2 pengusaha cendawan, yang sudi jengok blog ni dan kepada sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan kami. Kami ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan yang berlaku, kekasaran bahasa dan tingkah laku yang menyinggung perasaan.

Semoga hari raya kali ni menjadi yang paling bahagia dalam hidup kita semua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


p/s: Kepada semua, jemputla datang beraya ke rumah saya di Felda Chini Timur 3.

Lanchini

Friday, September 19, 2008

Projek Sampingan

Minggu lalu saya pulang ke Chini untuk berbuka puasa bersama keluarga di kampung. Saya pulang sekejap je, sempatla untuk sekali bersahur dan sekali berbuka dengan mak ayah di kampung.

Saya ambil kesempatan untuk tinjau2 keadaan sekeliling bangsal. Biasanya sy akan terus je kedalam bangsal untuk check keadaan bungkah dan buat mana yang patut.

Saya terpandang beberapa polibeg berisi dengan pokok lada. Saya pernah berkongsi cerita tentang penanaman lada gunakan habuk kayu dari bungkah yang dah tua. Kalau tak silap dalam post bulan 6 yang lalu. Tapi pokok lada ni bukan dari batch tersebut. Ini batch yang ke-2. Batch pertama telah pun selamat dituai 'hasilnya' oleh kambing2 yang terlepas dari kandang tuannya.


Alhamdulillah, pokok lada yang dibaja hanya dengan bungkah tua ni tumbuh dengan segar. Dan ada yang dah keluarkan hasil awal dari jangkaan. Daunnya hijau pekat dan setakat ni tiada masalah daun berkedut yang sering menyerang pokok lada.
Harap2 pokok lada ni akan terus segar walau selepas pindah ke tanah nanti. Jumlah pokok lada tak banyak pun, tak sampai 10 pokok. Tapi moga hasilnya nanti boleh bantu tambah pendapatan kami..


Sekian,

Lanchini

Thursday, September 11, 2008

Sepanjang Ramadhan

Sempena bulan yang mulia ni, Chini Agro merendahkan kadar pengeluaran bungkah 1/3 daripada biasa. Dulu setiap minggu dalam 2000 bungkah, tp sekarang dalam 600 bungkah je. Dari segi membuat bungkah tu takde masalah sangat. Masih ada team Chini Agro yang sanggup membuat bungkah. Tapi yang tak laratnya ialah proses nak angkut ke bangsal di ladang. Kalau bukan bulan puasa, sekali angkut 2000 bungkah tu kira biasala. Tapi bulan puasa ni, lepas angkut 600 bungkah pun dah pucat muka, hehe..

Dari segi pasaran, permintaan sepanjang bulan Ramadhan meningkat dari biasa. Silapnya kami sendiri yang tak prepare bungkah matang yang lebih banyak. Puncanya kerana 'terjual' bungkah yang dikhususkan untuk bulan ramadhan. Jadi hasil pun ciput je dan tak boleh penuhi permintaan ramai pelanggan. Selalu sangat miscalculation la..

Bercakap pasal pasaran ni, baru2 ni ada memberi dari Jengka melaporkan harga cendawan di satu daerah dekat2 situ mencecah RM15 sekilo! Dia sendiri pun sedang mencari bekalan untuk di hantar ke sana. Tu dah 2 kali ganda dari harga pasaran di Seremban. Untungla pengusaha cendawan dekat2 situ ye..


Sekian,

Lanchini

Friday, August 29, 2008

PASAL BENIH

CHINI AGRO MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA. SEMOGA IBADAT KITA DIBERKATINYA.


Gambar bawah ni adalah benih yang saya beli dari saudara Faisol AYNE waktu perjumpaan GCM yang lalu. Keunikan benih ni ialah ia menggunakan jagung sebagai mediumnya. Saya beli 3 beg sebagai testing. Kalau tak silap, ini adalah benih ke 6 atau ke 7 yang pernah saya cuba.

Waktu GCM, ramai pengusaha bersetuju kepentingan benih dalam perusahaan cendawan. Penyakit macam kulat hijau, hama dan maisilium mati semuanya dikaitkan dengan benih. Kalau terpakai yang bermasalah, alamatnya banyakla bungkah yang terpaksa di buang. Saya sendiri pernah mengalami kerugian lebih 1000 bungkah akibat masalah yang disebabkan oleh benih.

Bila ada peluang aje, saya pasti akan cuba benih yang baru. Dari pengalaman saya, kebanyakan benih tidak banyak berbeza dari segi hasil. Perbezaan paling ketara ialah kualitinya. Ada benih tu, dari awal sebelum guna lagi dah keluarkan penyakit. Itu ok lagi sebab kita dapat kesan dari awal dan belum melakukan suntikan benih. Yang tensionnya ialah jenis yang hanya menunjukkan penyakit selepas diperam. Contohnya macam kes hama dan maisilium pudar. Penat kita menjaga berminggu2, last-last kena buang camtu je. Lebih sakit hati kalau masalah tu menular pulak kepada bungkah2 yang lain pulak.

Dari segi bekalan pula, kami di pantai timur terpaksa mengimportnya dari negeri2 seperti Johor dan Selangor. Bila dah jauh tu, terpaksala pulak menanggung transportation cost, so harga benih pun mahal. Kalau setakat mahal pun ok la, tapi kadang2 benih yang sampai pun banyak yang rosak akibat terlalu panas. Saya pernah membeli 100 beg dari Johor, tapi yang boleh dipakai tak sampai 10 je..

Dalam GCM aritu, saya turut mencadangkan agar pengusaha benih turut dijemput sama. Saya pasti pengusaha benih boleh membantu pengusaha cendawan memahami masalah2 akibat benih ni. Dan bila kita dapat kurangkan masalah akibat benih, saya pasti pengusaha lebih bersemangat utk mengusahakan cendawan. Dan lebih ramai orang memerlukan benih. Jadi, kedua2 pihak akan dapat faedahnya.




Sekian,


Lanchini