Banner Ebook 468X60

Friday, April 2, 2010

Majlis Penerangan Cendawan

Salam buat pembaca,

Baru-baru ni, saya dan saudara Arish ( Kuantan Agro ) telah dijemput untuk mengadakan satu majlis penerangan mengenai cendawan di Taman Sepakat, Kuantan. Jemputan ini datangnya daripada KRT Taman Sepakat. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi mengenai cendawan sebagai salah satu cabang untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

Majlis yang diadakan di Sekolah Agama Rakyat Taman Sepakat ini telah dihadiri sekitar 20 orang penduduk. Pihak pengurusan menjangkakan kehadiran yang lebih, tapi mungkin faktor hujan yang turun pagi tu, hanya separuh sahaja yang dapat hadir.

Saya berkongsi slot penerangan dengan Arish. Untuk slot pertama, Arish telah membuat penerangan pengenalan mengenai cendawan. Dalam ucapan itu juga, Arish menerangkan keadaan semasa pasaran cendawan di Kuantan. Kat sini, pasarannya masih luas dan keadaan supply masih kurang dari kadar permintaan semasa.




Saya pula mengambil slot ke-2 iaitu penerangan bagaimana membuat bungkah dan menjaganya hingga mengeluarkan hasil. Saya turut menerangkan masalah-masalah penyakit yang bakal dihadapi oleh pengusaha jika tidak melakukannya dengan betul.

Kebanyakan penduduk disini belum pernah melihat atau melawat tempat projek cendawan. Jadi, banyak persoalan mereka yang terpaksa kami jawab. Nasib baik saya membawa sekali pelbagai peralatan dan koleksi gambar-gambar untuk ditunjukkan kepada mereka. Dengan semua peralatan pameran ni, agak mudah utk kami terangkan dengan lebih detail. Terdapat juga beberapa orang penduduk yang terus membeli bungkah berbenih yang saya bawa. Mereka ingin cuba menjaga bungkah-bungkah ini hingga mengeluarkan hasil.

Balik dari sessi penerangan ni, saya dan Arish kemudiannya pergi ke sebuah projek cendawan yang baru sahaja memulakan operasi di Kampung Pandan, Kuantan. Pemiliknya adalah mr. Aw, seorang anak mudah yang berjiwa besar. Mr. Aw ni pernah membuka projek cendawan di Johor, jadi walau masih baru di sini, pengalamannya sangat luas. Dan lebih penting, MODALnya pun BESAR!





Itu sahaja perkongsian kali ni, jumpa lagi.


Lanchini.


Saturday, March 20, 2010

Aduhai Kulat Kukur

Entah apa malang nasib kami, baru-baru ni terkena masalah kulat kukur iaitu sejenis kulat parasit yang kuat dan boleh mencemarkan keseluruhan bangsal jika tak di atasi dengan segera. Inilah rupa kulat kukur yang mencelah keluar selepas kira-kira 10 hari disuntik benih.




Masalah ni bermula bila saya menempah 50 beg benih yang dikatakan mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh 30 hari sahaja. Tahun lepas saya pernah guna benih yang sama dan Alhamdulillah, hasilnya sangat bagus. Tahun ni saya ingin mencuba sekali lagi bagi mempercepatkan pengeluaran hasil kami.

Waktu benih sampai dengan pos laju haritu, saya dah merasakan sesuatu yang pelik sebab baunya agak berlainan. Tapi sy ignorekan sahaja sebab bila benih tu dihancurkan, maisiliumnya tumbuh semula dengan cepat. Lagipun ini benih 'special', mungkin baunya memang begitu.Ada juga beg benih yang tak menjadi, tapi tak la banyak sangat iaitu kira 7 beg sahaja.

Kira-kira 2,000 bungkah telah disuntik dengan benih 'special' ni. Tp malangnya, selepas 10 hari, bungkah-bungkah yang disuntik awal telah mula mengeluarkan hasil! Tapi bukan cendawan tiram, tetapi kulat kukur yang tak diundang, huhu..

Saya merujuk masalah ni dengan beberapa orang rakan yang berpengalaman. Ada yang mengatakan bahawa bungkah yang tercemar perlu dilupuskan segera supaya ianya tidak merebak hingga keseluruhan bangsal. Kulat kukur ni dikatakan tidak akan mati walau dikukus semula. Ianya hanya akan mati sekiranya diletakkan di bawah suhu melebihi 120 darjah selsius. Oleh kerana kami tidak memiliki fasiliti sedemikian, maka kesemua bungkah tercemar terpaksa dilupuskan begitu sahaja : (. Dalam duka, saya juga bersyukur sebab nasib baik 7 beg benih rosak, kalau tak kerugian kami akan bertambah.

Itu sahaja utk kali ni, jumpa lagi.

Sekian.

Lanchini

Wednesday, February 17, 2010

Cuaca Panas !

Salam buat rakan pembaca,

Cuaca sekarang memang panas. Kat Chini, dah lebih daripada sebulan hujan tak turun-turun. Angin juga agak kuat waktu tengah hari. Cuaca panas dan kering ni menjadi satu masalah yang agak serius jugak sebab kesannya menyebabkan hasil cendawan kurang. Selain kami, rakan-rakan pengusaha lain turut mengeluh akibat masalah kekurangan bekalan.



Bila persekitaran jadi panas dan kering, cendawan jugak jadi 'segan' nak keluar. Banyak jugak yang keluar tapi jadi kecut dan kering terutamanya untuk bungkah-bungkah yang baru nak keluarkan hasil. Peratusan yang mengecut menjadi lebih tinggi daripada keadaan normal. Ada jugak cendawan yang keluar elok je, tapi lama kelamaan kelopaknya melengkung ke atas. Nampaknya rezeki kami agak kurang bulan ni berbanding bulan sebelum ni. Inilah salah satu cabaran menjadi pengusaha cendawan. Faktor cuaca turut memberi kesan kepada pengeluaran hasil. Antara langkah yang kami ambil untuk menyejukkan bangsal ialah menyiram dinding net bangsal dengan lebih kerap supaya angin masuk membawa bersama wap air untuk meninggikan kandungan air.

Mujurla waktu saya sedang menaip post kali ni hujan rintik-rintik dah mula nak turun. Tak taula jadi lebat ke tidak sebab awan nampak nipis je.. Harap-harap keadaan cuaca panas ni akan berakhir secepat mungkin. Sama-sama la kita berdoa.

Sekian,

Lanchini

-> Laporan PERCUMA, bagaimana org keje gomen dapat 4,5 angka melalui internet. Klik sini utk download.

Sunday, January 31, 2010

Bangsal ke-3 dan 4

Sejak awal bulan Januari, bangsal ke-3 Chini Agro telah mula beroperasi. Bangsal ke-3 ni dijadikan tempat peram bungkah-bungkah yang baru disuntik benih.



Tiada rak dalam bangsal ke-3 ni. Semua bungkah yang baru di letak secara menegak sahaja atas lantai. Tempoh peram dalam bangsal ni cuma sekitar dua minggu sebelum ianya dipindahkan ke bangsal ke-4 yang terletak bersebelahan je. Dalam bangsal 4, barula bungkah2 ni akan disusun dalam rak.

Tempoh 2 minggu disusun tegak cukup untuk kita kenal pasti bungkah-bungkah yang menunjukkan simptom rosak. Biasanya bungkah rosak ni akan dirawat semula dengan membuang benih dan dikukus sekali lagi. Sememangnya kita tak digalakkan untuk meletak bungkah direct atas lantai simen terlalu lama. Ini kerana faktor perbezaan suhu antara lantai simen dan persekitaran bungkah boleh merencatkan perjalanan masilium yang menjalar ke bawah tu. Cara yang lebih baik ialah dengan menyusunnya didalam bakul besi. Masalahnya, kami tak mempunyai bilangan bakul yg cukup utk tujuan tu. Bilangan bakul sekarang cuma cukup utk 3 pusingan kukus sahaja. Jadi, buat masa ni kami akan gunakan cara ni sahaja dulu.

InsyaAllah, awal bulan 3 nanti bungkah-bungkah ni akan keluarkan hasil. Sejak tinggal di Kuantan, sy dapati permintaan cendawan agak tinggi. Sy dan beberapa orang kawan pengusaha cendawan kat sini selalu jugak terputus bekalan. Buat masa ni, belum ada pengusaha cendawan berskala besar di sini yg boleh bertindak sebagai pengimbal. Untuk pengusaha kecil seperti kami, masalah utama ialah pengeluaran yg tak stabil. Kadang-kadang banyak sangat hasil dan kadang-kadang takde langsung ( faktor cuaca, penyakit, dll )...

Itulah sedikit catatan kali ni, jumpa lagi.

Sekian.

Lanchini.

Monday, January 11, 2010

Dari Rally ke Cendawan

Salam buat pembaca,

Kali ni saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang pengusaha cendawan di Kuantan bernama en Haris. Kalau anda perasan, dalam post yang lalu, saya pernah menyebut namanya sebagai orang yang banyak menolong kami memasarkan cendawan ke Kuantan.

Semenjak dua menjak ni kami banyak berhubung dan kadang-kadang berjumpa di Pasar Tani Mega di Kuantan. En Haris turut mengajak saya melawat tapak projek nya yang hanya terletak beberapa kilometer dari bandar Kuantan. Oh ye, nama syarikat cendawan en Haris ialah Kuantan Agro Enterprise. En Haris ni dah mula memasarkan cendawan sejak 4 tahun yang lalu lagi tapi baru sekarang ingin mula mengembangkan lagi bisnes beliau. Pasaran hanya di tumpukan di sekitar Kuantan sahaja. Beliau hanya menjaga bungkah2 yang dibeli dengan kuantiti besar ( 10 - 15 ribu sekali beli ) hingga keluarkan hasil.

Apa yang unik mengenai en Haris ialah dia ni juga seorang peserta lumba kereta lasak, atau rally bertaraf profesional. En Haris bertindak sebagai seorang navigator dan selalu bersaing dengan sportsman lasak terkenal, 'The Flying Singh' atau Karamjit Singh. En Haris kini mewakili pasukan Felda untuk kejohanan lumba kereta lasak dan baru-baru ni baru memenangi perlumbaan di Johor. Selain tu, en Haris ni rupanya penulis di majalah-majalah kereta dan sering dijemput utk pandu uji kereta-kereta yang baru hendak dikeluarkan. Ini gambar keratan akhbar sewaktu en Haris ( berdiri sebelah kanan tu ) memenangi kejohanan rally tempatan tahun lalu.



Habis cerita rally, balik kisah cendawan. Saya berpeluang untuk melawat tapak projek Kuantan Agro milik en Haris yang terletak di tepi jalan Kuantan- Gambang. Kini, en Haris memiliki beberapa unit bangsal cendawan yang dibina betul-betul di hadapan rumahnya. Kapasiti bungkah yang boleh diisi ialah sekitar 50 ribu bungkah. Tapi buat masa sekarang terdapat hanya lebih kurang 12 ribu bungkah yang aktif mengeluarkan hasil.

Dari segi pasaran, en Haris menumpukan jualan cendawan segar ke restoran-restoran berdekatan, peniaga pasar tani ataupun peniaga-peniaga cendawan goreng. Ada sesetengah cendawannya di pek menggunakan plastik lutsinar dan polisterin. Tapi majoritinya dijual secara segar di dalam bakul sahaja. Kuantan Agro kini mampu memasarkan 20 - 30 kg cendawan sehari.

Itulah serba sedikit kisah mengenai en Haris dan syarikat Kuantan Agro miliknya. Saya yakin dengan pengalaman luas en Haris, kedudukan bangsal yang strategik dan strategi pemasaran yang dimilikinya, Kuantan Agro akan muncul antara pengeluar cendawan utama di bandar ini.

Sekian,

Lanchini

+++++++++++++++++++++++

Projek Cendawan atau Kerja Kerajaan ?

+++++++++++++++++++++++