Friday, December 21, 2007

Masalah bahan mentah

Sejak akhir2 ni, saya hadapi masalah yang agak merunsingkan saya sebagai pengusaha kecil cendawan. Saya yakin, masalah ni juga dihadapi oleh sebahagian pengusaha lain. Masalah tu ialah harga bahan mentah yang semakin meningkat!

Cuba bayangkan, saya kini terpaksa membeli plastik PP, habuk kayu, dedak dan lain-lain lagi dengan harga 20% lebih tinggi dari waktu awal dahulu. Ini agak menekan saya yang kini bergantung kepada 2 pembekal utama sahaja. Harga cendawan segar pulak masih ditahap lama. Tak sampai hati pula untuk menaikkan harga demi menjaga kesetiaan pelanggan sedia ada.

Pembekal memberi pelbagai alasan untuk kenaikan tersebut. Contohnya harga habuk kayu naik disebabkan masalah hujan. Barangan plastik naik pulak disebabkan oleh harga minyak yang naik! Macam-macam..

Namun saya menyedari bahawa perkara ni adalah satu cabaran dalam bisnes ni. Saya tidak boleh mengalah sebaliknya perlu mencari sumber alternatif yang lebih murah.

Akhirnya semalam saya berpeluang untuk bertemu dengan saudara Din dari Mentah Resources. Seorang lagi partner beliau adalah saudara Rasul tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya kerana beliau berada di Kuala Lumpur. Mentah Resources adalah sebuah syarikat pembekal bahan mentah untuk pertanian terutamanya melibatkan perusahaan cendawan. Syarikat ini juga mempunyai ladang cendawan yang agak besar yang terletak di Kundur, Rembau.


Pertemuan diadakan di kedai Mentah Resources yang terletak di Sungai Gadut, Seremban. Saya dapati syarikat ni mempunyai bekalan stok bahan yang cukup banyak. Dan apa yang lebih penting, harga yang mereka tawarkan cukup menarik sekali. Kebanyakan harga yang diberikan adalah lebih rendah atau sama dengan harga yang saya dapati sekarang. Selain dari tu, lokasi kedai mereka hanya 20 minit dari tempat saya bekerja. Jadi bukan sekadar harga murah, saya juga boleh jimatkan kos pengangkutan dan masa saya. Bawah ni saya tunjukkan gambar stok dedak padi mereka. ( lupa bawa kamera, jadi saya copy gambar ni dari blog Mentah Resources )

En Din turut mencadangkan agar Chini Agro menjadi stokis mereka di Pantai Timur. Mm, ini adalah satu peluang bagus untuk kami kembangkan bisnes kami. InsyaAllah perbincangan lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat untuk merealisasikan projek ini. Lagipun saya perlu sediakan ruang stor terlebih dahulu. Jadi kepada anda yang tinggal di Pantai Timur khususnya, lepas ni boleh dapatkan bahan mentah dari Chini Agro pada harga yang sangat berpatutan! InsyaAllah, saya akan updatekan lagi perkara ni kemudian...

Lanchini

No comments: