Sunday, December 30, 2007

KURSUS CENDAWAN CHINI AGRO


* Untuk mereka yang perlukan penginapan, sedikit caj tambahan akan dikenakan. Anda boleh menginap di rumah tumpangan berdekatan. Jumlah caj bergantung kepada jenis bilik dan bilangan penghuni yang menginap. Caj maksimum adalah RM60 semalaman sahaja.
* Bilangan tempat terhad utk 12 peserta sahaja.
* Kursus berikutnya akan diadakan pada 16 & 17 Februari. Pendaftaran dibuka sekarang.

Kisah EM

Jumaat lepas saya berjumpa dengan saudara Zul, iaitu pemilik kepada Cendawan Puchong. Saya sebenarnya berminat sangat untuk mencuba EM yang diiklankan dalam blog beliau..

Saya pasti sudah ramai yang tahu kegunaan EM ni. Selain daripada menyuburkan cendawan, ia juga boleh berfungsi bahan untuk mengurangkan masalah penyakit cendawan. Saya pernah mencuba sejenis 'baja' sebelum ni, tapi keputusannya amat mendukacitakan. Selepas tu saya agak berhati-hati terutamnya jika ada yang menawarkan EM kepada saya. Bagi saya, adalah lebih baik mencuba EM yang telah terbukti berkesan kepada cendawan dan di syorkan oleh pengusahanya sendiri.. Inilah rupanya pati EM tu,




Ianya perlu dicair dan diperam terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Inilah rupanya selepas proses pencairan.. Rumit gak proses ni sebab kita kena timbang betul-betul bahan yang digunakan. Air pulak tak boleh guna air paip sebab mengandungi klorin. Saya gunakan air mineral.





EM ni memerlukan masa pemeraman hingga seminggu sebelum boleh digunakan. Untuk permulaan, saya ingin gunakan kaedah semburan kepada bungkah cendawan. Saya pun tak sabar untuk lihat hasilnya nanti!



Peserta praktikal

Minggu lepas juga saya menerima 'tetamu' iaitu en Yacob dan keluarganya. Beliau tinggal di Kemaman tetapi bekerja di Kuala Lumpur. En Yacob amat berminat untuk mempelajari perusahaan cendawan dan memilih Chini Agro sebagai tempat praktikal beliau selama 3 hari.

Berbeza dengan kursus biasa, kursus praktikal tidak mengandungi sesi khas untuk teori. Peserta sendiri harus bersedia dengan soalan2 sendiri. Peserta akan menjadi 'pekerja' dan harus cekap mengambil point-point berkaitan. Sudah tentu kami juga akan memberi tip-tip di sepanjang proses praktikal.

Kami memberi tunjuk ajar dari peringkat awal hingga akhir. En Yacob nampaknya sangat serius dan sentiasa proaktif untuk mencuba sendiri setiap proses yang terlibat. Begitu juga isteri dan anak beliau.



Kami di Chini Agro telah membuat yang terbaik demi memberi tunjuk ajar kepada En Yacob dan keluarganya. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat digunakan dengan sebaiknya. Kami berdoa agar En Yacob dapat merealisasikan projek cendawan beliau secepat mungkin. Kami akan terus membantu sedaya upaya...

Lanchini

p/s : Kami akan melancarkan produk 'mini starter' tidak lama lagi. Nanti kan kemunculannya..

No comments: