Banner Ebook 468X60

Sunday, April 13, 2008

Hujung minggu yang sibuk


Dah hampir 3 minggu saya tak pulang ke kampung. Dan selama tu jugak saya tak dapat menjengok projek cendawan. Namun ayah selalu call dan updatekan perkembangan semasa projek kami. Begitu jugak saya, boleh dikatakan 2 hari sekali mesti call kampung. Balik kampung kali ni memang banyak kerja yang sedia menanti.

Sabtu pagi - Penghantaran bungkah ke Pekan Cendawan.
Hasil daripada lawatan kami ke Pekan Cendawan pada bulan Februari yang lepas, mereka telah bersetuju untuk membeli 7500 bungkah dari Chini Agro. Bagi saya, ini adalah satu penghormatan untuk kami. Hampir sebulan kami bertungkus lumus untuk menyiapkan bungkah sebanyak itu.
Pagi-pagi lagi lori dah sampai. Sehari sebelum tu lagi kami dah ready masukkan bungkah ke dalam plastik. Selepas selesai kerja menyimpul beg plastik tu, 'askar upahan' kami terus mulakan kerja-kerja memunggah beg-beg plastik tu... Hampir sejam barulah selesai kerja memunggah.


Namun saya tak boleh berehat lama. Lepas tu saya, ayah, emak dan adik bergegas pula ke Pekan untuk memantau kerja-kerja pengasingan bungkah di sana. Secara keseluruhannya kerja-kerja pengasingan oleh peserta projek Pekan Cendawan berjalan dengan lancar. Terdapat juga sebahagian bungkah yang tidak diterima akibat masalah kualiti. Saya akui, terdapat banyak juga kesilapan di pihak kami kerana banyak bungkah yang sepatutnya diasingkan telah terlepas ke pelanggan. Inilah akibat dari pemantauan yg lemah sewaktu proses mengisi ke dalam plastik beg. Kami perlu lebih berhati-hati selepas ini.



Sabtu petang - Kunjungan En Hanafi dan En Faizan dr Kemaman
Saya sampai di rumah kira-kira jam 3 petang. Tak lama selepas tu kami menerima kedatangan En Hanafi dan member kamcingnya, en Faizan. Kedua-duanya adalah bekas peserta kursus kami yang ke-4 yang lalu. En Hanafi telah berjaya menyiapkan sebuah bangsal bersaiz 8 X 30 kaki. Sebagai permulaan, en Hanafi ingin membeli bungkah dari kami dahulu sementara membuat persiapan untuk memproses sendiri bungkah.
Selepas berbual-bual sambil minum petang, kami bertolak ke bangsal. En Hanafi memilih sendiri bungkah yang ingin di beli. Akhirnya selepas sejam di bangsal, 1200 bungkah berjaya dimuatkan ke dalam van. Saya sedikit bimbang apabila melihat pintu belakang van tidak boleh ditutup dengan sempurna. Dan waktu van tu bergerak menaiki bukit utk keluar dari kawasan ladang, tiba-tiba pintu belakang terbukak dan apa lagi, tergolekla 5,6 bungkus plastik berisi bungkah! Kelam kabut kami kami kutip balik. Nasib baik semua bungkah dalam keadaan baik.
Walau apa pun, saya sekeluarga mendoakan agar projek en Hanafi dan Faizan akan sukses sokmo!


Ahad pagi - Melawat kak Ani di Hospital Kuantan.
Kak Ani dan suaminya, Abg Yaacob merupakan peserta kursus praktikal kami yang di adakan pada penghujung tahun lepas. Hubungan kitorang semakin erat hinggakan mak dan ayah menganggap mereka berdua umpama anak sendiri. Pagi ahad tu mak menerima berita bahawa kak Ani dimasukkan ke hospital lantas mengajak saya untuk ke sana. Kebetulan, saya pula memang ingin ke Kuantan atas urusan lain.
Kedatangan kami di sambut oleh abg Yaacob. Mula-mula kami bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan kak Ani. Tapi lama kelamaan topik perbincangan mula bertukar menjadi bab cendawan! Abg Yaacob mengeluarkan laptopnya lantas menunjukkan perkembangan projek cendawan. Alhamdulillah, projek abg Yaacob dah mula mengeluarkan hasil. Saya tumpang berbangga atas usaha gigih abg Yaacob sekeluarga untuk menjayakan projek cendawan beliau. Tapi jangan sampai jatuh sakit lagi ye, hehe..

Ahad petang - lawatan dari En Ramlee(kulat enterprise) sekeluarga.
Waktu dalam perjalanan pulang ke Chini, saya terima sms dari en Ramlee yang mengatakan beliau akan singgah ke tempat saya. Saya pernah melawat bangsal en Ramlee di Mambau. Saya rasa berbesar hati untuk menerima lawatan beliau pula.
En Ramlee sampai 5 minit awal dari saya. Rupanya en Ramlee baru lepas 'tour' menghantar barang2 cendawan yang yang ditempah oleh pelanggan dari Segamat dan Kuantan. Beliau sempat singgah di kampung isterinya yang terletak di Chini 2. Saya ambil kesempatan ini untuk membeli sedikit neck dan tutup peram dari beliau dengan harga 'special'.
Lepas berborak, kami ke bangsal. Kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu mengenai cendawan. Sempat jugak en Ramlee mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.



Sepanjang menceburi bidang cendawan ni, saya telah mengenali dengan ramai kenalan. Saya rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan rakan-rakan yang ikhlas berkawan dan sering bantu membantu. Apa yang lebih menarik, ramai juga kenalan yang dikenali hanya melalui email dan ruangan chat box. Belum pernah bersua muka, tapi sentiasa menyokong antara satu sama lain. Semoga hubungan sebegini akan bertambah erat demi memajukan industri cendawan. Hidup Cendawan!

Lanchini.
p/s : Saya akan masukkan gambar kemudian.

No comments: