Banner Ebook 468X60

Monday, April 28, 2008

Di sebalik tabir, team Chini Agro

Kali ni saya ingin berkongsi kisah mengenai pekerja kami yang telah banyak membantu melancarkan proses penanaman cendawan kami. Saya gelarkan mereka Team Chini Agro. Kalau anda nak tahu, team ni terdiri daripada makcik-makcik surirumah yang tinggal berdekatan dan juga anak belia yang sedang tercari-cari peluang pekerjaan.

Waktu mula-mula dulu, ayah dan maklah orang paling penat sekali. Diorangla yang boleh dikatakan tiap2 hari membuat bungkah, memetik cendawan, menjaga bangsal dan macam-macam kerja lagi. Kami adik beradik cuma dapat membantu pada hujung minggu. Ayah memang jenis tak boleh duduk rilek, mesti nak buat kerja hingga kami merasa bimbang dengan kesihatannya. Maklumla, ayah bukannya muda lagi. Tapi dengan kehadiran Team Chini Agro ni, kerja ayah semakin ringan. Dia dah jadi tukang arah je, sesuai dengan jawatannya sebagai PENGARAH urusan Chini Agro.

Tugas pekerja wanita ialah membuat bungkah iaitu 'bagging'. Kami memberi mereka upah sebanyak 7 sen untuk setiap bungkah yang di hasilkan. Target kami ialah 600 bungkah setiap kali proses bagging. Tema Chini Agro biasanya boleh membereskan kerja ni sepagi aje! Diorang ni memang dah mahir, satu bungkah yang padat tu boleh dihasilkan dalam beberapa saat je. Proses bagging kami memang meriah. Inilah beberapa scene yang sempat saya rakam..




Pekerja lelaki lebih kepada kerja-kerja kasar seperti mengangkut habuk kayu dan mengangkat bungkah. Bangsal kami terletak di ladang, jadi kami terpaksa mengangkutnya ke sana setiap kali siap satu batch kukus. Kerja ni memang berat, jadi mujurla ada beberapa anak muda yang sanggup buat kerja-kerja ni. Sekarang kami gunakan lori atau kereta. Dulu-dulu, ayah cuma gunakan kapcainya untuk mengangkut bungkah ke ladang. Sekali angkut pun cuma 30 bungkah, jadi bayangkan berapa trip untuk angkut 600 bungkah! Pekerja lelaki juga banyak menolong sewaktu proses penghantaran bungkah ke customer.



Kehadiran Team Chini Agro memang banyak membantu kami. Secara tak langsung, kami juga menjadi sumber ekonomi buat mereka. Namun begitu kami juga perlu beri perhatian tentang masalah kualiti bungkah. Kadang-kadang saya brief diorang terutamanya jika ada complain atau terjumpa bungkah-bungkah yang out of spec. Kami perlu tegas menjaga kualiti memandangkan jualan bungkah semakin menjadi penting untuk kami.


Sekian dulu,


Lanchini.


Iklan kursus rakan,


AZHARI

No comments: