Monday, May 19, 2008

Perjumpaan Pengusaha Cendawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sabtu 17hb yang lalu saya telah menghadiri satu perjumpaan antara pengusaha2 cendawan seluruh Pantai Timur. Saya ingin mengucapkan syabas kepada en Badrul, otai dalam perusahaan cendawan di Pahang kerana telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan perjumpaan ini. Beliau juga telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada perjumpaan pertama pengusaha cendawan pantai timur ni..

Tujuan utama diadakan perjumpaan ni ialah untuk membentuk satu persatuan pengusaha khas untuk mereka yang mempunyai projek cendawan di kawasan Pantai Timur. Bakal pengusaha pun turut dialu-alukan. Seramai lebih kurang 25 peserta telah menghadirkan diri. Kebanyakan mereka datang dari negeri Pahang dan Terengganu.

Setelah bermesyuarat, kami bersepakat untuk menamakan persatuan ni sebagai Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur, atau ringkasnya PPCPT. Kami turut menubuhkan jawatan kuasa yang dipimpin oleh seorang presiden. Sebagai orang yang paling berpengalaman, saya rasa memang layak untuk kami melantik en Badrul sendiri sebagai presiden kepada persatuan ini. Semoga pengalaman luas beliau dapat membantu ahli-ahli persatuan yang masih mentah termasukla saya sendiri.


Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan pengusaha cendawan yang bernaung di bawahnya. Kebanyakan kami adalah pengusaha berskala kecil dan sederhana. Kalau tak bersatu, senang aje dilanyak oleh pengusaha2 berskala mega. Persatuan ini juga diharap dapat membantu ahlinya dari segi mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan atau untuk pinjaman bank. Bagi saya, apa yang paling penting persatuan ini dapat dijadikan platform untuk semua ahlinya saling membantu antara satu sama lain. Contohnya ialah bertukar-tukar pandangan mengenai masalah penyakit ke, source bekalan habuk ke dan macam-macam lagi.

Saya memang mempunyai harapan tinggi agar PPCPT dapat berfungsi dengan baik. Untuk itu, saya sebagai salah seorang ajknya(ops) amat berharap agar lebih ramai pengusaha untuk join sekali. Lebih ramai ahlinya, lebih kuat dan lebih mantap persatuan ni. Jadi kepada yang berminat utk join, bolehla menghubungi saya atau en Badrul(0199794548) sendiri. Semoga usaha ni diberkatiNya.

Sekian

Lanchini

No comments: