Banner Ebook 468X60

Monday, May 5, 2008

Kenduri doa selamat

Minggu lepas kami sekeluarga telah mengadakan sedikit kenduri doa selamat untuk adik perempuan saya yang bakal bersalin pada bulan 7 nanti. Kenduri ini juga untuk mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga agar dimurahkan rezeki dan dijauhi dari mala petaka.

Seperti biasa, dari awal pagi lagi jiran-jiran datang membantu. Ada yang mengupas bawang dan ada yang menyiang daging. Lembu telah disembelih pada petang jumaat, jadi tak la banyak sangat kerja yang tinggal. Inilah kebaikan kerja secara gotong-royong, yang berat pun terasa ringan. Kemesraan yang terjalin juga merapatkan lagi hubungan kejiranan kami.




Majlis kenduri ini juga diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Adun Chini iaitu En Abu Bakar serta pegawai-pegawai pengiring. Walau pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain, beliau masih sempat singgah ke rumah kami. Yang membanggakan kami, beliau datang pun kerana ingin merasai sup cendawan yang menjadi salah satu menu utama hari tu. Walau baru sahaja menjamu selera di sebuah majlis perkahwinan, beliau dan isteri masih sempat menghabiskan satu mangkuk sup cendawan!


terima kasih buat semua yang hadir.

Sedikit laporan kursus cendawan ke-6
Alhamdulillah kursus cendawan ke-6 telah selamat dianjurkan dengan di hadiri oleh 6 orang peserta. Kesemuanya dari Pantai Timur dan yang paling jauh datang dari Pasir Mas, Kelantan. Kesemua peserta telah memilih pakej B iaitu kursus selama 2 hari. Semoga ilmu yang dicurahkan akan memberi manfaat kepada peserta dalam membina projek cendawan mereka nanti. Kami di pihak Chini Agro akan terus memberi sokongan khidmat nasihat kepada anda.



Sekian,


Lanchini.


1 comment:

syaz othman said...

congratulation...
gud effort...
all d best...