Tuesday, October 28, 2008

Bungkah dan kursus cendawan

Hantar bungkah ke Lanchang

Sabtu lepas, saya dan team Chini Agro ke Kg. Sempadan, Lanchang atas urusan penghantaran bungkah cendawan. Terima kasih buat en Azmi sekeluarga atas keyakinan yg diberikan. En Azmi merupakan bekas peserta kursus kami yang di adakan pada bulan Ogos yang lalu. Sebelum ni beliau ada membeli 30 bungkah sebagai percubaan, Alhamdulillah mereka kini boleh menikmati hasilnya..

Bangsal en Azmi dah 80% siap. Cuma net hitam belum dibalut lagi. Lantai pun ada sedikit bahagian yang belum habis disimen. Saiznya dalam 12 X 20 kaki. Beliau dan adiknya merancang untuk siapkan kesemuanya dalam tempoh cuti deepavali ni. Jadi buat sementara, mereka tempatkan bungkah yang di beli didalam rumah dulu.Saya turut memberi beberapa pendapat untuk menambah baik bangsal milik en Azmi. Antaranya ialah untuk menyusun kembali kedudukan beberapa rak yang terlalu rapat. Bila bungkah dah masuk, rak yang terlalu rapat antara satu sama lain boleh menggangu kerja2 kita. Pengudaraan pun akan turut bermasalah. Saya turut mengingatkan en Azmi untuk membasmi kuman sebelum masukkan bungkah ke bangsal tu nanti.

Kursus Cendawan ke-9


Kursus pertama selepas berehat panjang pada bulan Ramadhan telah berjaya disempurnakan pada Ahad yang lalu. Seramai 6 peserta dari Terengganu dan Pahang telah hadir. Kami ingin merakamkan ribuan terima buat En Yusof, Puan Nurul, En Ridzuan, En Nazir, En Fairoz dan Cik Shamsuliza kerana sudi memilih Chini Agro untuk menimba ilmu cendawan. Saya turut berbangga dengan kehadiran bekas peserta iaitu en Shah dari Kuantan yang ingin menimba ilmu sekali lagi demi memantapkan projek cendawan yang telah pun dimulakan.

Format kursus kali ni agak berbeza berbanding dengan kursus2 yang lalu. Sessi teori telah dipendekkan kepada 1 jam sahaja dan selebihnya adalah praktikal. Saya turut memperkenalkan kembali proses kukus menggunakan tong dram. Berdasarkan feedback dari peserta yang lepas, ramai antara mereka yang ingin tahu secara detail penggunaan tong dram sebagai tempat kukus.

Dalam sibuk sedang berkursus, kami dikejutkan dengan kehadiran keluarga Mr Eng dari Bera. Mereka datang semata-mata untuk melihat bagaimana kursus dijalankan di samping meninjau projek cendawan kami.

Buat para peserta, Chini Agro mengucapkan selamat maju untuk projek masing-masing. InsyaAllah kami akan bantu dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal jika diperlukan. Apa yang lebih penting, moga hubungan terjalin akan berkekalan dan saling memberi manfaat, InsyaAllah..



Itu aje, sekian.



Lanchini.

No comments: