Banner Ebook 468X60

Monday, October 6, 2008

Diari Hari Raya



Salam buat pembaca,
Cuti raya saya bermula pada Ahad 28 Sept yang lalu dan berakhir pada Ahad 5 Sept yang baru lepas. Seingat saya, inilah cuti raya paling panjang yang pernah saya lalui sejak bekerja di tempat sekarang. Biasanya cuti cuma 4,5 hari sahaja. Inilah nasib orang makan gaji, cuti raya pun kena controlled.
Saya pulang ke Chini pada pagi ahad dan sampai sebelum tengah hari. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang masalah. Pun begitu, memang jelas bilangan kereta nampak lebih banyak dari biasa. Saya drive slow and steady je, biar lambat asal selamat..
Acara hari Isnin bermula awal selepas sahur. Hari ni ayah nak sembelih lembu, jadi kami adik beradik awal2 pagi lagi bertolak ke ladang tempat kandang lembu. 2 ekor lembu jadi korban tahun ni untuk dijual dagingnya. Permintaan untuk daging memang tinggi, hampir seekor lembu tu dah ditempah orang. Saya cuma tolong sikit2 je, nak simpan tenaga, hehe. Saya juga sempat menolong pekerja kami memasang tutup rehat bungkah cendawan. Semua bungkah akan 'berehat' sepanjang hari raya nanti.


Petang tu saya bertolak ke rumah mertua di felda Bukit Bading, Kuala Terengganu. Tahun ni giliran beraya di rumah isteri.
Pada hari raya tu, seperti biasa melawat sanak saudara sebelah isteri. Kampung isteri terletak di Serada, berdekatan dengan bandar raya Kuala Terengganu. Selepas solat Aidilifitri, kami terus kesana. Setelah selesai melawat saudara mara, saya ambil kesempatan pada hari tu untuk melawat mercu baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal. Dulu pernah bercadang untuk ke sana sewaktu Perkampungan Hadhari, tapi time tu orang ramai sangat. Kali ni keadaan jauh berbeza, kami boleh drive masuk dan parking betul2 depan masjid kristal tu. Binaan masjid tu memang indah walau saiznya lebih kecil dari yang saya bayangkan.
Raya ke3 saya bertolak semula ke Chini untuk menyambut raya di sana pula. Tapi saya tak dapat beraya sangat sebab tak ramai member yang masih tinggal di kampung. Kalau ada pun, mereka dah berangkat pulang ke tempat tinggal masing-masing. Jadi nak hilangkan bosan, kami sekeluarga ke Tasik Chini. Saya sendiri pun dah lama tak ke sana, mungkin hampir 2 tahun! Tiada perubahan ketara yang dapat di lihat, keadaanya masih seperti dulu, nampak hambar. Jeti reput dah ditukar dengan jeti yang baru, cuma binaanya nampak ala kadar dan seperti tak tahan lama. Harap pihak yang berkenaan ambil inisiatif untuk mengindahkan lagi kawasan tasik kebanggaan penduduk Chini ni.

Keesokkan harinya saya menerima tetamu istimewa iaitu En Badrul, pengusaha cendawan di Balok, Pahang merangkap Presiden Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur. Beliau dan keluarga dalam perjalanan pulang selepas beraya di Johor Bahru. Dan seperti biasa, topik perbincangan kami berkisar pasal CENDAWAN. Kami banyak bertanya kepada en Badrul yang dah 7 tahun mengusahakan cendawan sepenuh masa. En Badrul memang hebat, banyak nasihat serta ilmu berguna mengenai cendawan yang kami dapat. Pengalaman luas en Badrul menjadikan beliau mampu mengecam bungkah yang cukup masak atau tidak hanya dari bau dan warna bungkah tersebut. Lagi satu, en Badrul boleh menilai benih tu dari generasi ke berapa. Hebat kan?
Sebelum pulang, en Badrul sempat memberi tips untuk mendapatkan hasil kukusan maksimum. Paras air perlu berada di tahap minimum dan dapur perlu sentiasa diservis agar pembakaran api sentiasa dalam keadaan terbaik( api biru ). Kedudukan dapur sebolehnya berada di kawasan paling tengah agar air mendidih dalam keadaan sekata. Itulah antara tips yang saya dapat sepanjang berbual panjang dengan en Badrul.


Alhamdulillah hari raya kali ni berjalan dengan baik, tanpa ada masalah. Yang paling saya lega ialah kerana tidak ada keluarga yang sakit sepanjang berhari raya. Dah 2 kali raya saya terpaksa ke hospital membawa anak sulong saya yang mengidap asma tu. Saya sangat bersyukor kerana batuk2 kecilnya sempat sembuh beberapa hari sebelum raya.



Sekian dulu,


Lanchini

No comments: