Banner Ebook 468X60

Tuesday, December 9, 2008

OREN MENYERANG!

Salam Aidiladha buat semua pembaca blog ni.. Moga hari raya korban kali ni memberi pengertian yang besar utk anda semua..
Bercakap pasal korban ni, banyak bungkah kami yang 'terkorban' akibat serangan kulat oren. Sejak 3 minggu lepas, tetiba kulat oren menyerang. Kira2 sepuluh peratus bungkah kami diserang dengan kulat oren. Setakat ni masalah ni cuma terjadi kepada bungkah2 yang baru dibuat aje.
Kami jarang sangat diserang kulat oren. Dari segi pengalaman dan pengetahuan, memang kami bukanla 'pakar' untuk handle masalah ni. Nasib baik ada kawan2 yang sudi memberi pandangan dan cadangan untuk atasi masalah ni.
Kulat oren ni mula dikesan pada peringkat awal lagi. Jika dibiarkan bungkah selepas kukus terdedah, selepas 3,4 hari kita akan dapat melihat keputihan merebak dari mulut seolah-olah maisilium. Selepas tu keluarla spora oren pada bahagian tutup peram atau dimana-mana yang ada lubang.


Punca kulat oren di katakan dari persekitaran yang tercemar. Kejadian yang berlaku sebelum ni memang jelas puncanya dari habuk kayu. Habuk kayu yang di terima telah dicemari dengan kulat oren. Tapi punca kejadian ni agak berbeza sebab habuk kayu nampak ok je. Kami tak dapat mengesan puncanya. Adakah musim hujan sekarang yang membawa spora kulat oren ni? Wallahuallam...
Bungkah yang dikesan dari awal akan dikukus semula. Bungkah yang telah diperam dan dijangkiti pula akan di asingkan. Kami gunakan diesel untuk bunuh bunga kulat oren tu. Kami juga sembur campuran klorok dan air di seluruh kawasan proses dan juga bangsal peram. Sebenarnya saya agak musykil penggunaan air dalam mengatasi kulat oren ni. Bukan apa, bila bunga kulat oren tu terkena air klorok, saya dapati ia akan pecah dan tersebar. Ia tidak larut dalam air. Silap2 merebak pulak spora tu ke bungkah sebelahnya. Jadi saya hanya guna diesel pd bungkah yang ada bunga oren dan larutan klorok pula disembur di dalam bangsal dengan harapan spora oren tidak melekat pada bungkah yang dibasahi larutan klorok. Ada juga yang memberi pendapat supaya gunakan kain basah utk lap buang bunga oren. Saya cuba dan dapati bunga oren tumbuh kembali!


Pasal bungkah yang dirawat pulak, ada sahabat mengatakan ia akan keluarkan hasil. Saya sendiri tidak pernah melakukan eksperimen untuk tentukan kebenarannya. Buat masa ni bungkah berpenyakit diasingkan dulu. Jika dinilai dari keadaan maisiliumnya, ada yang punyai harapan kerana ia tetap menular walau tak berapa cantik. Tapi tak kurang juga bungkah yang dibuang sebab maisiliumnya hilang dan diganti dengan maisilium warna warni.
Moga masalah ni tak berpanjangan. Minggu lepas ada jumpa member dari kuantan dan dia menceritakan kisahnya yang pernah buang 5000 bungkah akibat masalah kulat oren yang tak terkawal. Gerun juga mendengarnya...


Sekian

Lanchini

No comments: