Monday, December 29, 2008

Lembu dan Tisu.

Salam Maal Hijrah,


Minggu lepas saya pulang ke Chini. Kali ni saya balik seorang sahaja tanpa ditemani keluarga kerana ada urusan yang perlu di selesaikan. Saya bertolak dari Seremban pukul 8 malam dan sampai ke Chini pukul 11 malam. Tapi perjalanan kali ni agak malang, saya terlanggar seekor lembu yang tiba2 je tercegat di tengah jalan. Lampu dari kereta bertentangan menyebabkan pandangan silau seketika. Bila mata dah OK, terus nampak lembu tu berdiri di lorong saya. Saya sempat mengelak sikit, tapi terlanggar jugak bahagian depan lembu... Akibatnya, beginilah keadaan kereta kesayangan isteri..


Cuma saya bersyukur tak tercedera dalam kejadian tu. Nasib baik juga tak bawak anak isteri. Saya tak taula keadaan lembu tu camana sebab bila tengok belakang dah tak nampak apa2 sebab kat situ gelap gelita. Tapi yang pasti, dek lembu tu juga hangus hampir seribu untuk merepair keta, huhuhu..

Oh ye, saya jugak sempat melihat perkembangan bungkah yang guna tisu sebagai ganti tutup rehat. Hasilnya ok, keluar dalam gugusan tangkai yang banyak. Berat 1 gugusan cendawan melebihi 100g. Cuma itulah, pengeluarannya tidak sekata. Dan saya juga menjumpai satu lagi masalah iaitu kertas tisu yg melekat pada gugusan cendawan tu. Sedikit gambar yang boleh dikongsi,



Sekian dulu.


Lanchini

2 comments:

MySPOREs said...

Salam Perkenalan Dari MySpores Multitech Resources (Melaka, Bemban). Dugaan itu satu ujian untuk kita lebih berhati-hati. Syukur saudara masih selamat tanpa sebarang cedera. Apapun, pengalaman akan jadikan kita berhati-hati. :)

lanchini said...

Terima kasih My Spores. Ini adalah kemalangan pertama saya, memang mendebarkan. Sampai sekarang ni masih tak berani pecut, dah serik nak drive malam balik kampung. Harap2 tak eksiden lagi pasni..