Banner Ebook 468X60

Monday, March 2, 2009

Bakul Besi dan Bimbingan Usahawan Muda

Salam buat pembaca,

Bagi pengusaha cendawan yang gunakan rumah kukus, biasanya mereka akan gunakan bakul besi untuk mengisi bungkah-bungkah cendawan yang akan dikukus. Cara ni lebih mudah dan berkesan berbanding bakul plastik kerana ;
  1. Bakul besi lebih teguh untuk disusun bertingkat
  2. Banyak ruang untuk pengaliran haba kukusan
  3. Strukturnya dapat lindungi bungkah
  4. Bakul besi lebih tahan lama dan lasak
Ada juga pengusaha menggunakan bakul besi sebagai tempat peram bungkah yang telah disuntik benih. Contoh pengusaha tersebut ialah RASE mushroom. Mereka memiliki ratusan (atau ribuan?) bakul besi untuk di isi dengan bungkah cendawan. Bungkah ini akan stay di dalam bakul besi untuk tempoh 3,4 minggu sebelum di tempatkan di rak cendawan. Ini gambar yang saya sempat rakamkan sewaktu ke sana tempoh hari;



Kelebihan utama penggunaan bakul besi sebagai tempat peram ialah ianya mudah untuk diangkut ke sana-sini. Sebaik sahaja bungkah dimasukkan ke dalam bakul besi, ia akan stay disitu dan melalui proses kukus, suntik benih dan peram. Jika ada customer yang ingin membeli bungkah, ianya akan diangkut bersama-sama dengan bakul besi ni ke tempat customer tu. Cara dapat elakkan bungkah tu melalui banyak handling ( masuk keluar bakul ) .

Di Chini Agro, kami jugak ada bakul besi, tapi bilangannya sikit je. Cukup-cukup untuk 1 rumah kukus. Harga sebiji bakul besi biasanya sekitar RM20 - RM 30. Memang ada hasrat untuk tambah bilangan bakul besi, masalahnya harga ni cukup mahal untuk pengusaha saiz 'mini' seperti kitorang.. Bakul yang ada sekarang ni pun dibeli sikit demi sedikit.

Baru-baru saya ada ke pejabat Belia dan Sukan daerah Pekan untuk dapatkan borang bantuan Bimbingan Usahawan Muda. Bantuan dalam bentuk geran ni bernilaiRm3000. Saya berhasrat tambah bilangan bakul besi melalui bantuan geran ni. Tahun lepas pun pernah mintak bantuan ni, tapi selepas hantar borang, diorang cakap budget tahun tu dah habis digunakan. Agak kecewa juga time tu. So, besarla harapan saya agar budget tahun ni masih ada time saya hantar borang nanti, huhu..

Sekian

No comments: