Sunday, February 22, 2009

Al-kisah cendawan (2)

Lawatan dari Warisan Global ( WG)

Warisan Global ialah sebuah syarikat perunding IT yang terlibat dalam projek pembangunan WIMAX ( rangkaian jalur lebar tanpa wayar ) di wilayah-wilayah felda. Baru-baru ni mereka telah datang ke Felda Chini Timur untuk membuat kajian di samping mencari bahan mengenai usahawan tempatan untuk dimuatkan ke dalam portal website mereka. Chini Agro telah terpilih sebagai salah satu sumber bahan mereka.

2 orang wakil mereka telah datang melawat projek cendawan Chini Agro. Mereka mengambil gambar makcik-makcik yang sedang membuat bagging. Sempat jugak makcik-makcik kat situ bagi posing istimewa, hehe..


Sambil diorang interview saya, saya jugak interview wakil WG ni. Dasyat jugak projek Felda ni kerana pembinaan WiMAX dalam gugusan felda mendahului bandar-bandar utama yang lain. Selepas ni anak-anak peneroka boleh akses internet di mana jua di tanah rancangan. Selain itu, mereka juga akan bina satu pusat komuniti untuk mengajar peneroka mengenai IT. Pusat ini akan dikendalikan oleh warga tempatan yang berkelayakan dalam IT. Harapan saya moga projek ini dapat direalisasikan dengan segera kerana banyak faedahnya jika diaplikasikan dengan cara yang betul. Syabas FELDA!

Penghantaran bungkah ke Lanchang

Sabtu lepas kami ada trip penghantaran bungkah ke Lanchang yang ditempah oleh keluarga en Azmi, peserta kursus kami yang ke-8 yang lalu. Ini adalah penghantaran ke-3 selepas 2 penghantaran yang dilakukan pd bulan 10 dan januari yang lalu.

Saya tidak dapat ikut trip yang lepas kerana terdapat urusan lain. Kali ni saya dapat ikut serta trip penghantaran 2000 bungkah yang ditempah.



Projek cendawan en Azmi di uruskan oleh kakak beliau yang menetap di kampung. Selepas ikuti kursus cendawan Chini Agro, en Azmi me'nurun'kannya pula kepada kakaknya. Bersemangat betul kakaknya bertanyakan macam-macam soalan mengenai cendawan yang dijaganya. Seperti kebanyakan pengusaha baru yang lain, masalah penyakit menjadi topik utama terutama kulat hijau. Saya mengajar kakak en Azmi teknik tisu sebagai pengganti tutup rehat. InsyaAllah cara ni dapat membantu mengurangkan masalah penyakit di samping meningkatkan hasil.

Pasaran tidak menjadi masalah. Keluarga en Azmi kini makin dikenali sebagai pembekal cendawan segar di kawasan Lanchang ni. Tiap2 hari ramai pelanggan datang untuk membeli cendawan mereka. Cendawan segar mereka turut mendapat tempahan dari guru-guru sekolah berdekatan. Sebelum ni memang sudah ada pembekal cendawan yg datang dari Triang. Namun, faktor kesegaran menyebabkan ramai penggemar cendawan tiram datang membelinya di bangsal en Azmi.

Chini Agro mendoakan moga projek en Azmi terus maju jaya dan di berkatiNya. Sama-samalah kita berusaha memajukan projek ini...

Sekian,

Lanchini.

No comments: