Monday, May 4, 2009

Serai Wangi


Sabun cecair serai wangi diperbuat daripada ekstrak pohon serai wangi. Ia mengeluarkan haruman yang dikatakan mampu menghalau serangga kecil dan juga binatang seperti tikus. Bau harumannya juga boleh menyegarkan suasana. Cecairnya berwarna kuning pekat dan licin seperti cairan sabun yang lain dan dikatakan boleh diguna sebagai pengilat lantai.

Chini Agro menggunakan sabun serai wangi jenama AFY Hanif seperti gambar di atas. Kami tak gunakan sebagai pengilat lantai bangsal cendawan, tp sebagai penghalau makhluk perosak yang juga merupakan musuh utama kami ; tikus & tupai. Caranya ialah dengan mencairkan sabun serai wangi ni dan kemudiannya sembur di kawasan laluan haiwan ni. Ia tidak memberi kesan serta merta. Tp lama kelamaan saya dapati kehadiran haiwan2 ni makin berkurangan dan sekarang hampir tiada. Hebat jugak penangan serai wangi ni ye..

Dulu saya pernah dengar kisah orang2 lama yang menanam serai wangi di sekeliling rumah. Selain untuk elakkan rumah diserang anai-anai, ia juga bertindak sebagai penghalau nyamuk. Mereka juga gunakan serai wangi ni untuk cuci pinggan mangkuk bersama-sama dengan perahan limau. Hasilnya pinggan mangkuk menjadi bersih berkilat dan aromnya menambah selera waktu makan. Tahniah la kepada tauke AFY Hanif yang berjaya explore produk serai wangi ni. Dengar cerita, saudara Hanif ni dah jadi kaya raya dengan produk cecair serai wangi ni.

Sekian,



Dapatkan Ebook Panduan Cendawan Tiram sekarang!

No comments: