Friday, April 2, 2010

Majlis Penerangan Cendawan

Salam buat pembaca,

Baru-baru ni, saya dan saudara Arish ( Kuantan Agro ) telah dijemput untuk mengadakan satu majlis penerangan mengenai cendawan di Taman Sepakat, Kuantan. Jemputan ini datangnya daripada KRT Taman Sepakat. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi mengenai cendawan sebagai salah satu cabang untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

Majlis yang diadakan di Sekolah Agama Rakyat Taman Sepakat ini telah dihadiri sekitar 20 orang penduduk. Pihak pengurusan menjangkakan kehadiran yang lebih, tapi mungkin faktor hujan yang turun pagi tu, hanya separuh sahaja yang dapat hadir.

Saya berkongsi slot penerangan dengan Arish. Untuk slot pertama, Arish telah membuat penerangan pengenalan mengenai cendawan. Dalam ucapan itu juga, Arish menerangkan keadaan semasa pasaran cendawan di Kuantan. Kat sini, pasarannya masih luas dan keadaan supply masih kurang dari kadar permintaan semasa.




Saya pula mengambil slot ke-2 iaitu penerangan bagaimana membuat bungkah dan menjaganya hingga mengeluarkan hasil. Saya turut menerangkan masalah-masalah penyakit yang bakal dihadapi oleh pengusaha jika tidak melakukannya dengan betul.

Kebanyakan penduduk disini belum pernah melihat atau melawat tempat projek cendawan. Jadi, banyak persoalan mereka yang terpaksa kami jawab. Nasib baik saya membawa sekali pelbagai peralatan dan koleksi gambar-gambar untuk ditunjukkan kepada mereka. Dengan semua peralatan pameran ni, agak mudah utk kami terangkan dengan lebih detail. Terdapat juga beberapa orang penduduk yang terus membeli bungkah berbenih yang saya bawa. Mereka ingin cuba menjaga bungkah-bungkah ini hingga mengeluarkan hasil.

Balik dari sessi penerangan ni, saya dan Arish kemudiannya pergi ke sebuah projek cendawan yang baru sahaja memulakan operasi di Kampung Pandan, Kuantan. Pemiliknya adalah mr. Aw, seorang anak mudah yang berjiwa besar. Mr. Aw ni pernah membuka projek cendawan di Johor, jadi walau masih baru di sini, pengalamannya sangat luas. Dan lebih penting, MODALnya pun BESAR!





Itu sahaja perkongsian kali ni, jumpa lagi.


Lanchini.


No comments: