Banner Ebook 468X60

Wednesday, April 21, 2010

Papan Tanda dan Felda

Salam buat pembaca,

Selepas lebih 3 tahun beroperasi, akhirnya terpacak juga papan tanda Projek Cendawan Chini Agro. Papan tanda ni berdiri megah di hadapan bangsal no.3 dan no.4 kami.


Sejak dari dulu, saya memang tidak berminat untuk memasang papan tanda. Saya mempunyai beberapa alasan tersendiri. Yang pertama, bagi saya projek cendawan ni tidak sesuai untuk di'hebohkan' sangat. Bila ada papan tanda, ia seolah-olah mengajak orang untuk datang melawat. Bangsal cendawan bukanla sepeti pasar tani - semakin ramai orang semakin bagus. Seeloknya-eloknya, bangsal cendawan tidak dicemarkan oleh kehadiran orang yang ramai kerana boleh menyebabkan masalah kepada bungkah. Lihatla syarikat-syarikat cendawan yang besar, biasanya mereka tidak membenarkan orang melawat sesuka hati bangsal mereka. Pasti ada sekatan atau tak dibenarkan langsung.Alasan kedua pula ialah hasil kami yang tidakla sebanyak mana. Rasa macam tak sesuai pula untuk di war-warkan melalui papan tanda. Lainla kalau output ratusan kilo sehari.

Tapi, saya pasang juga papan tanda. Sebenarnya ada kisah disebalik pemasangan ini. Pengurus felda saya telah datang kerumah dan meminta ayah untuk membuat memasang papan tanda ini dengan kadar segera. Katanya, pada 15 April nanti ada pelawat dari Pejabat Felda Wilayah akan datang membuat lawatan ke bangsal cendawan. Ayah menyuruh saya menyiapkannya dengan kadar segera. Tapi pada awalnya saya kurang setuju, kalau mereka nak datang melawat, datang aje la. Kenapa perlu beli papan tanda semata-mata untuk pelawat tu?

Beberapa hari kemudian, pengurus datang lagi dan mengingatkan ayah pasal papan tanda tu. Oleh kerana pengurus dah mendesak beberapa kali, akhirnya saya pun segera menempah papan tanda tu. Nasib baik ada member yang boleh buatkan papan tu sebelum tarikh 15 hb tu.

Akhirnya papan tanda tu berjaya jugak di pacak sehari sebelum tarikh lawatan pegawai felda wilayah. Saya dan pekerja 2 orang tu juga bergotong royong bersihkan kawasan sekeliling bangsal. Maklumla, ada orang penting nak melawat, jadi elokla bersihkan mana yang patut supaya bangsal kelihatan kemas.

Bila tiba hari lawatan, saya pagi-pagi lagi dah sampai kat bangsal. Mula-mula check dahulu kawasan bangsal dan mula buat kerja-kerja cendawan sambil menunggu kehadiran pelawat. Kalau ikut informasi yang diterima, lawatan tu sepatutnya belah pagi. Tapi bila dah jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, masih tiada bayang pelawat tu pun. Ada seorang rakan sekampung beritahu bahawa rombongan pelawat tu dah datang ke Chini Timur, tapi masih lagi belum siap melawat felda sebelah iaitu Felda Chini Timur 1.

Agaknya sebelah petang baru sampai kot. Jadi saya pun teruskan kerja hinggala sedar tak sedar jam menunjukkan 5 petang. Memang SAH, pegawai felda wilayah tu tak datang melawat tempat kami. Aduhai, kecewa betul saya. Bukan kerana kecewa pegawai tu tak datang, tapi kecewa kerana rasa seperti di tipu. Sepatutnya pengurus atau wakil beritahula kalau tak jadi datang pun, at least ada juga information. Bukan mahal sangat pun nak buat satu call. Kerana hormati pegawai yg sepatutnya hadir ni, saya terpaksa ketepikan kerja-kerja lain dahulu.


Paling kecewa - SIUF

Ini bukan kali pertama saya kecewa dengan sikap tak profesional kakitangan FELDA. Saya bukan maksudkan semua kakitangan, cuma segelintir mereka yang kebetulan saya berurusan dengan mereka.

Di Felda ni, ada satu skim yang dikenali sebagai Skim Insentif Usahawan Felda, atau SIUF. Melalui SIUF, peneroka atau anak peneroka boleh mendapatkan bantuan modal untuk tujuan mengembangkan lagi perusahaan mereka. Bantuan modal ni biasanya diberi dalam bentuk geran, bukannya wang ringgit. Matlamat SIUF ialah ;
  1. Menggalakkan warga peneroka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan keluarga.
  2. Melahirkan pengusaha baru dan membantu pengusaha sedia ada menjadi usahawan yang berdaya maju.
  3. Merangsang pertumbuhan ekonomi di rancangan.

Pada tahun 2008 yang lalu, ada pegawai berpangkat tinggi ( timbalan pengarah rasanya ) dari pejabat felda wilayah melawat projek kami. Dan dia mengesyorkan utk saya membuat permohonan SIUF tersebut. Berdasarkan keadaan projek kami ketika itu, dia cukup yakin permohonan kami akan lulus dengan segera.

Since pegawai tersebut telah membuat jaminan lisan tu, saya pun apply la sekali lagi. Ini bukan permohonan pertama saya sebab permohonan pertama telah 'ghaib' tanpa khabar berita. Bagi saya rugi juga tak gunakan peluang ni sebab SIUF adalah pinjaman tanpa faedah. Saya telah membuat permohonan sebanyak RM10k bagi tujuan pembinaan rumah suntik benih. Kalau ikutkan kata pegawai wilayah tu, jika permohonan bernilai RM10k dan ke bawah, mereka ada kuasa untuk luluskan tanpa perlu merujuk ke Ibu Pejabat Felda di KL.

Saya masih ingat, permohonan tu dibuat pada bulan Ogos 2008. Selepas 8 bulan berlalu, akhirnya pada bulan April 2009, saya dapat tahu permohonan SIUF telah diluluskan. Walau dah hampir lupa tentang permohonan tu, saya tetap rasa bersyukur. Dan saya diminta untuk menghantar kembali pelan rumah suntik berserta satu borang untuk dilengkapkan oleh kontraktor. Dalam tempoh lebih kurang 2 minggu, saya berjaya siapkan dokumen yang diperlukan tu dan menghantar kembali ke pejabat felda.

Masa berlalu dan pada Oktober 2009, saya dapat tahu bahawa projek membuat rumah suntik tu boleh dimulakan. Tetapi, pihak felda hanya akan membekalkan bahan-bahan sahaja dan saya perlu membayar sendiri duit upah kontraktor. Selepas siap nanti, saya boleh membuat claim RM10k yang ditolak kos bahan yang di supply oleh pihak felda tu. Okla, saya setuju dengan syarat tu asalkan dapat bina rumah suntik tu.

Selepas 2 bulan, pada Disember 2009, akhirnya rumah suntik pun siap. Tanpa berlengah, saya mula menguruskan proses claim supaya kami dapat semula duit upah tu. Wakil dari pejabat felda saya datang mengambil gambar rumah suntik sebagai bukti untuk tuntutan claim tu.

Dan kini, waktu saya menulis post ni, bulan April 2010 pun dah hampir ke penghujungnya. Tuntutan claim saya masih lagi belum selesai. Lebih kurang 3 minggu lepas, saya mendapat tahu bahawa duit tersebut telah pun sampai kepada pihak koperasi Felda Chini Timur 3, tapi belum dapat dikeluarkan lagi. Khabarnya penyata entah apa2 la yang belum disiapkan lagi. Selagi penyata tu tak siap, duit tu tak boleh diberi kepada saya lagi..

Lihatla, dari Ogos 2008 hinggala April 2010, urusan pinjaman SIUF tu belum lagi setel pun. Dah hampir 2 tahun masa berlalu tu.. Persoalannya, apa puncanya menyebabkan permohonan ni memakan masa terlalu lama? Takkan tiada pegawai yang memantau permohonan2 ni? Ramai anak-anak peneroka yang mengharapkan SIUF untuk membantu mereka, tapi malang, di tangan segelintir pegawai yang tak profesional dan pemalas, SIUF tak boleh berfungsi utk capai matlamat asalnya.

Sekian,

Lanchini.

No comments: