Thursday, May 20, 2010

4 Bulan Berlalu ..

Waktu saya menaip post kali ni, rupa-rupanya dah lebih 4 bulan saya mengusahakan cendawan secara sepenuh masa. Sungguh cepat masa berlalu, tup-tup dah 4 bulan. Rasa macam 4 hari lepas je baru berhenti kerja..

' Menjadi Usahawan Cendawan Tidak Semudah A.B.C.'

Itulah pengajaran yang paling memberikan kesan terhadap saya. Cendawan adalah satu perusahaan yang zahirnya nampak mudah, tapi sebenarnya jauh lebih susah kerana banyak perkara unpredictable yang boleh berlaku. Saya pun dah lama sedar hakikat ni, tapi still struggle utk atasinya. Dulu, waktu di kemuncak musim cendawan (sekitar 2007/2008 ), bilangan pengusaha yang saya kenal melalui blog adalah sangat ramai. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada sahaja blog baru mengenai cendawan muncul. Time tu memang bersemangat betul baca blog diorang sebab penulisnya pun sedang 'bersemangat' ! Tp kini, blog-blog tu dah lama tak di updatekan atau pun dah tak aktif lagi. Ada ramai pengusaha yang telah berhenti terus daripada mengusahakan cendawan dan ada juga yang telah kecilkan operasi mereka. Dari pelbagai respon yang saya terima, kebanyakan pengusaha tidak hadapi masalah dari segi pasaran. Masalah utama ialah pelbagai penyakit yang datang menyerang dan melibatkan kerugian dalam kuantiti yang besar.

Sepanjang 4 bulan ni, saya turut alami pelbagai masalah yang tak disangka-sangka. Ini antara masalah yang berlaku dan menyebabkan kerugian yang agak besar jugak..
  • Masalah kulat cacat - Masalah ni dikesan pada awal bulan 2. Cendawan yang keluar bentuknya menjadi cacat ( tangkai besar tapi kelopak kecil ) serta berwarna putih seperti gambar di bawah. Selama lebih 3 tahun mengusahkan cendawan, inilah kali pertama saya menghadapi masalah ini. Cendawan cacat ni terjadi pada semua bungkah dan bukannya sikit-sikit. Saya turut berhubung dengan Pn Normah untuk meminta pandangan beliau mengenai masalah ni. Pn Normah mengesyaki 2 perkara iaitu pengudaraan tak cukup ataupun ada yang tak kena dengan bancuhan. Tp rekod saya menunjukkan semua bungkah terlibat menggunakan benih dari satu sumber. Dan ada pembeli benih dari saya turut mengadu masalah sama, jadi saya bertambah yakin bahawa benihla puncanya dan tiada kaitan dengan pengudaraan dsb. Cendawan cacat ni juga liat betul nak keluarkan hasil. Kira-kira 6000 bungkah telah dicemari masalah ini. Masalah ni turut dirujuk kepada pembekal benih. Tp dari feedback yang diterima, pengusaha lain yang guna benih lain tidak hadapi masalah ni : (


  • Masalah kulat kukur - Kisah ini telah saya muatkan dalam post yang lalu.
  • Masalah hasil tak keluar - Bulan 2 dan 3 yang lepas ialah antara bulan paling panas di tempat saya. Sepanjang tempoh tu, suhu dalam bangsal boleh mencecah 36 darjah waktu tengahari. Walaupun lakukan proses penyiraman, suhu hanya turun 1-2 darjah sahaja. Akibatnya, banyak cendawan yang kering dan mati. Dan banyak juga bungkah yang lansung tak keluarkan hasil. Sepanjang tempoh ni, kadar penghasilan jatuh separuh daripada normal. Saya juga dapati bangsal baru ( no.3 dan no.4 ) tidak mengeluarkan hasil sebanyak bangsal lama. Pada pendapat saya, faktor lokasinya yang dikeliling oleh bukit mungin menyebabkan pengudaraan tidak sebaik bangsal lama dan seterusnya menganggu pengeluaran hasil.
  • Serangan tikus - Sewaktu kami memenuhkan bangsal no.3 dan no.4, bangsal 1 dan 2 pula menjalani proses nyahkuman. Setelah bangsal 4 penuh, kami mula memasukkan bungkah-bungkah baru ke bangsal no.1. Akan tetapi, lain pula masalah yang menjelma. Bau bungkah baru telah menarik perhatian tikus dan tupai untuk datang menyerang. Sebelum ni pun memang kitorang ada masalah tikus, tapi tak seteruk sekarang. Kami telah berjaya menangkap belasan tikus guna perangkap, tp still masalah ni berlaku. Apa yang saya bimbangkan, tikus-tikus ni boleh membawa penyakit seperti masalah hijau dan maisilium hilang ( hama? ). Saya juga dapati jika sisa makanan atau air kencingnya tidak dibasuh segera, bungkah-bungkah berhampiran boleh jadi berpenyakit. Inilah yang berlaku baru-baru ni apabila kami terpaksa membuang satu rak cendawan yang menjadi rosak akibat masalah ini. Saya suspek peningkatan serangan tikus ni akibat kesan penebangan pokok sawit yang menyebabkan sumber makanannya telah berkurangan.
Konklusinya, banyak modal saya telah hilang bersama-sama dengan masalah-masalah di atas. Walau rasa seperti dah bersedia, tapi hakikatnya pengalaman dan ilmu kami belum betul-betul bersedia. Itu belum dikira faktor modal yang sememangnya tak beberapa teguh dari awal-awal lagi. Jadi, bila masalah datang bertimpa-timpa, mulala nak garu kepala yang tak gatal ni..

Dalam berduka ni, ada juga juga beberapa kisah manis berkaitan cendawan yang berlaku sepanjang berhenti kerja ni. Antaranya ialah saya kini menjadi peniaga cendawan goreng. Pihak FAMA kuantan telah memberi saya satu lot tapak pasar tani di Peramu. Syok jugak berniaga walau secara kecil-kecilan je. Dapat ramai kenalan peniaga serta merasai cabaran berniaga. Ada kalanya tak menang tangan melayan karenah pelanggan dan ada juga hanya letih berdiri menunggu pelanggan. Memang jauh berbeza daripada keadaan bekerja dalam ofis ber'ekon' dulu.

Dari segi pasaran, Alhamdulillahla Kuantan ni tiada masalah lansung. Saya pernah dimarahi oleh kawan kerana membekalkan cendawan pada harga RM8.50 sekilo! Terlalu murah katanya. Kalau di Seremban, harga tu dah dikira sangat mahal.

Itu sahaja perkongsian kali ni, jumpa lagi di post akan datang.

Lanchini.




Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

2 comments:

fatisha said...

kuatkan semangat.... memang camtu la dugaan bila buat sepenuh masa ni...

Zamlan said...

Thanks Fatisha,

Memang betul semangat kena kuat. Banyak sangat kemungkinan yang tak dapat diduga. Kalau sikit2 tu takpela, kalau kena yang kuantiti banyak tu la yg menyebabkan kadang2 rasa kurang semangat..