Banner Ebook 468X60

Thursday, February 28, 2013

Jom belajar Cendawan

Hubungi 019-3951516 untuk mendapatkan Ebook ini.
  • Harga : RM 40 sahaja
  • Bil Muka Surat : 75

Tuesday, June 28, 2011

Lama tak dengar cerita..

Salam sejahtera,

Dah lama betul tak menulis entri blog ni. Dah bersawang nampaknya. Nak kata sibuk tu takla sangat, tapi entah kenapa mood untuk menulis tu agak menurun sejak dua menjak ni. Mungkin sebab industri cendawan pun tak serancak 2,3 tahun lepas menyebabkan saya sendiri jadi kurang berminat untuk menulis perkembangan terkini.

Projek Cendawan Chini Agro masih berjalan seperti biasa. Pengeluaran pun tetap maintain seperti dulu-dulu. Bertambah pun tidak, berkurang pun tidak. Market kami sekadar pasaran Chini dan kawasan berdekatan sahaja, sama seperti dulu jugak. Selain cendawan segar, bungkah pun masih dijual kepada pelanggan-pelanggan sekitar Pahang. Penyakit pun tetap sama seperti dulu, kulat hijau, kulat oren, hitam dan seangkatan dengannya. Cuma apa yang boleh saya katakan keadaan penyakit lebih terkawal dan tidak terjadi dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah, pengalaman banyak membantu.





Yang saya stop terus ialah mengadakan kursus cendawan. Kali terakhir pun dah lebih setahun rasanya iaitu sekitar March tahun 2010. Dalam tempoh ini, berpuluh-puluh pertanyaan saya dapat melalui telefon dan juga email. Ada yang saya jawab, dan ada juga yang saya diamkan sahaja ( maafkan saya ). Ada juga yang saya beri kontek number kawan-kawan yang masih aktif mengadakan kursus cendawan. Cuma kebanyakan mereka ni berada di luar Pahang, jadi agak jauh untuk sesetengah orang.

Pasal ebook panduan cendawan, saya agak kesal kerana terlupa untuk re-new domain dan hostingnya. Akibatnya, website khas yang saya bina untuk jual ebook ni dah terpadam. Ini semua salah diri sendiri kerana terlepas pandang email notice dari syarikat web hosting. Bukan senang nak buat website tu, ambil masa agak lama kerana banyak melibatkan teknikal.

Buat mereka yang ingin beli ebook ni, boleh kontek terus saya (019-3951516). Harganya naik sedikit kepada RM40 dengan sedikit penambahbaikan berbanding ebook dahulu. Buat masa ni saya hanya email ebook ni terus kepada pembeli. Jadi kepada yang ingin membelinya, pastikan anda mempunyai alamat email untuk mudahkan urusan.

Itu sahaja catatan ringkas untuk sekian kali lamanya. Jumpa lagi


Lanchini.

Tuesday, January 11, 2011

Selamat tinggal Bangsal 1

Salam hormat,

Sedar tak sedar kini kita telahpun berada dalam 2011.Maknanya dah hampir 4 tahun kami telah memulakan projek cendawan ni.

Pada 2007, kami telah membuka satu bangsal cendawan sebagai pengganti 'pondok' bangsal yang dibina di tepi rumah. Saiznya dalam 20X50 kaki dan boleh memuatkan kira-kira 15 ribu bungkah. Ianya di bina di kawasan lapang di bawah laluan talian tnb dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Bila waktu petang, bayang-bayang kelapa sawit ni akan meneduhkan bangsal kami dan membantu merendahkan suhu. Udara pun nyaman dan memang sesuai sangat untuk hasil cendawan yang baik. Dalam masa kurang setahun selepas tu, naik pula bangsal ke2 di sebelahnya.


Tapi itu dulu, sekarang suasananya telah berubah apabila kelapa sawit disekelilingnya telah ditebang untuk tujuan penanaman semula. Anak sawit akan di tanam berhampiran pokok lama dan biasanya perlukan beberapa tahun untuk tinggi semula.

Proses penebangan semula ni telah pun berjalan dari pertengahan tahun lepas lagi. Semasa proses penebangan ni, salur paip air yang supply air ke bangsal kami terpaksa di tanggal supaya tidak dirosakkan oleh jentera2 yang bekerja tu. Nak tak nak, kami terpaksa angkut air dan menyimpannya dalam tangki sementara. Masalah ni berterusan hinggalah sekarang walau anak2 pokok baru telah pun di tanam. Sejak bulan 11 lalu, tiada lagi bungkah di isi dalam bangsal ni.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya saya ambil keputusan untuk tutup terus bangsal 1 dan 2 dan hanya menumpukan kepada bangsal 3 dan 4 yang terletak di lokasi lain. InsyaAllah, bangsal 2 tu akan dipindahkan ke tempat baru. Bangsal 1 pula bagaimana?

Bangsal no.1 akan di jual. Saya ingin menjual bangsal ni kepada sesiapa yang berminat untuk membuat bangsal dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Tak kirala sama ada untuk membina bangsal cendawan ke, tauge ke atau kandang haiwan. Atap bangsal ni menggunakan atap jenis gelum, iaitu atap aluminium yang boleh mengurangkan bahang haba dari atap. Waktu bina dulu, saya terpaksa 'import' zink gelum ni daripada Seremban.

Jadi kalu ada sesiapa yang berminat untuk membeli bangsal ni, termasuk aksesori2nya boleh kontek saya atau membuat temu janji melihat dahulu bangsal ini. InsyaAllah, harganya pasti lebih ekonomik berbanding beli bahan yang baru.

Itu sahaja untuk kali ni, jumpa lagi.


Lanchini.

Tuesday, November 23, 2010

Projek Pisang Berangan

Salam buat pembaca,

Pernah makan pisang berangan? Ini salah satu jenis pisang favourite saya selain pisang mas. Isinya lembut dan enak dan sesuai sekali makan macam tu je. Dari segi khasiat pun, pisang mengandungi tenaga (kcal) yang tinggi. Sebab tu selalu nampak dalam tv pemain tenis makan pisang waktu 'brake'.

Baru-baru ni ayah dapat projek baru, tanam 3,000 anak pisang berangan di kawasan tanam semula kelapa sawit. Kebetulan, kawasan projek pisang ni dekat aje dengan bangsal no.1 dan 2 kami. Jadi mudahla nak store barang2 dan tool menanam pasang ni.

Projek ni adalah insentif felda untuk membantu peneroka mendapatkan pendapatan alternatif sementara menunggu anak-anak sawit keluarkan hasil. Biasanya anak sawit mula keluarkan hasil selepas 3 tahun. Dalam tempoh ini, peneroka boleh mengusahakan projek tanaman pisang berangan menggunakan ruang antara baris-baris anak sawit. Seperti biasa, felda sediakan semua peralatan asas termasuk bekalkan anak pisang dan juga baja. Peserta projek ni cuma perlu tanam anak-anak pisang di batas yang siap di bajak dengan jarak kira-kira 6 kaki. Kemudian anak pisang ni perlu dijaga hinggala keluarkan hasil. Pihak felda akan membeli hasil daripada peserta pada satu harga yang telah ditetapkan. Jadi, semakin tinggi hasil, makin banyakla pendapatan peserta tu nanti. Peserta tak perlu lagi fikirkan masalah pasaran.

Waktu cuti AidilAdha haritu, dapatla kami adik beradik membantu ayah menanam anak-anak pisang. Jumlah 3,000 pokok bukanla jumlah yang kecil. Dalam sehari, dengan 3,4 orang manpower, cuma 2,3 ratus anak pokok sahaja mampu di tanam. Itupun bergantung juga kepada keadaan cuaca...

Selama ni setahu saya kalau nak tanam pisang, kena guna anak pokok sebagai benihnya. Anak pokok ni dicantas bahagian atas supaya tinggal perdu dan batangnya sahaja. Anak pokok cuma boleh diperolehi daripada sekitar kawasan pokok pisang. Maknanya, kalau takde pokok pisang, maka tiadala benih pisang.

Tapi projek pisang berangan ni gunakan teknik klon untuk hasilkan anak benih. Jangan tanya saya macam mana teknik klon ni, tapi inilah rupanya anak pokok pisang klon dalam polibeg ;




Pokok pisang juga mempunyai penyakitnya yang tersendiri. Menurut ayah, penyakit paling biasa ialah bintik daun dan serangan ulat daun. Sebab tu amat penting untuk sentiasa mencantas daun-daun yang tua untuk kawal penyakit ni. Selain tu, setiap tandan buah yang keluar hendaklah dibungkus segera untuk elak serangan serangga. Mm, saya agak tertanya-tanya adakah pisang mempunyai penyakit setanding dengan penanaman cendawan.

Sekian,

Lanchini.







Saturday, October 9, 2010

Test Bungkah

Salam buat pembaca,

Sejak bulan 6 yang lepas, saya telah mula bekerja kembali di sebuah syarikat berkaitan kejuruteraan di Kuantan. Serentak dengan itu, aktiviti berkaitan cendawan saya telah diperlahankan supaya dapat beri komitmen terhadap kerja baru ni. Tapi bukan bermakna saya tidak lagi mengusahakannya, cuma tak serancak awal tahun 2010 haritu. Setelah beberapa bulan mencuba, saya ambil keputusan utk menjadikan perusahaan ini hanya sebagai side income. Waktu berhenti kerja lama, saya memang nak jadikannya sebagai sumber pendapatan utama, tapi atas masalah2 yang berlaku sebelum ni, saya simpulkan yang persediaan kami masih belum cukup. Biarla projek tak sebesar mana, asalkan ia membawa keuntungan sesuai dengan usaha dilakukan.

Terbaru, saya telah membeli bungkah dari seorang pengusaha di Johor. Saya membeli sebanyak 200 bungkah sebagai percubaan. Dah lama betul rasanya tak beli bungkah, last sekali haritu pun dalam tahun 2008 rasanya..



Mengapa saya beli bungkah ni? Semua ni berpunca dari testimoni seorang rakan yang telah membeli 14000 bungkah dari pengusaha ni. Saya tak beberapa hairan mengenai kadar penyakit rendah pada peringkat pertumbuhan maisilium. Saya lebih berminat dengan kadar penyakit selepas tuaian pertama. Satu lagi saya ingin tahu jumlah hasil yang mampu dikeluarkan selepas beberapa kali pusingan tuai hasil.

Menurut kawan saya ni, setelah 5 kali tuai, dia telah berjaya memperolehi lebih daripada 2600kg cendawan. Dia yakin untuk dapat lebih dari 3000 kilo sebelum melupuskan bungkah-bungkah tu. Dan dari segi kadar penyakit, jumlahnya sangat-sangat minima, kurang dari 1% walau dah 5 kali tuai hasil. Memang di puas sangat-sangat puas hati , tak perlu bersusah payah membuang bungkah rosak, tunggu hasil keluar dan petik sahaja.

Untuk pastikan kualiti bungkah constant atau tidak, kawan saya telah membeli 14000 bungkah lagi. Beberapa bulan lagi, dapatla tau keputusannya camana ye..

Sekian,

Lanchini