Saya tidak bercadang memindahkan 'pusat operasi' yang terletak di rumah. Proses begging, mengukus dan suntik benih akan tetap dijalankan di rumah ayah. Saya berpendapat kat rumah lagi mudah untuk ayah untuk membuat kerja kerana semua bahan ada di sana.. Anak2 jiran juga kekadang tolong membuat proses begging. Cuma yang lecehnya, selepas siap suma tu ayah terpaksa angkut beg media ke bangsal dengan motor kapcainya...
Inilah bangsal ke-2 kami..
Minggu pertama,
Minggu ke-3
Minggu ke-5 ( 95% siap )
Keluasan tapak bangsal ni lebih kurang 18 X 50 kaki, dengan ketinggian tiang 8 kaki. Masalah lain yang terpaksa diselesaikan ialah sumber air. Tapak projek ni terletak di kawasan berbukit dan jauh daripada kawasan perumahan. Buat sementara, mungkin terpaksa gunakan air hujan yang ditadah dalam tong untuk siram untuk bersihkan lantai.. Saya juga sedang nego dengan makcik yang rumahnya terletak paling hampir dengan tapak projek kami untuk dapatkan bekalan air dari rumahnya.. Alhamdulillah, beliau setuju.
5 comments:
wah bestnye..smartla bangsal tu..
berap-a kosnye tuh??
kenapa tak buat 20x50 je??
ni nak iklan sket..
kalau nak penutup yg besar sket tu..
4pieces a set..sila hubungi saya..019 798 6688.
kelebihan penutup:
-tak perlu guna kapas atau sponge..
-mudah dan cepat
-kurang risiko jangkitan(sebab penutupnye kecil)
-tetapi corong nye(leher) besar, mudah nak korek n bersihkan.
Saya plan untuk buat rak yang setiap satu panjangnya 15 kaki dan diletak melintang. So tak perlulah buat sampai 20 kaki, 18 kaki pun dan cukup.. Kos bangsal tu termasuk upah dalam RM 9 k, tu belum termasuk rak. Rak saya buat sikit2 ikut keadaan dan kemampuan.
Saya rasa berminat gak dengan produk sedara tu, tapi boleh tunjuk gambar tak? Rasa2nya belum pernah ngk lagi.. Kalu ada gambar, kirim email pun ok, ke zamlan@nhkmfg.com.my
Assalamualaikum..
Boleh tanyer sikit...ape kelebihan gune atap zink aluminium(zink gelum)? ape bezanya klu gune atap asbestos?
Thanks...
zink gelum tu materialnye ada campuran aluminium. ia dapat menebat bahang haba dengan baik. lg tebal kandungan aluminium nye, lagisejuk la dalam bangsal tu. sebelum ni orng biasa guna untuk reban ayam..
-asbestos pon sejuk gak.. tapi asbestos ni berabuk. dan boleh mencemarkan cendawan itu sendiri..
salam saya berminat nk tahu berkenaan kos buat bangsal, yang berkenaan yang mempunyai service tersebut bolehlarh hantar quotation ke w4i_747@yahoo.com
Post a Comment