Banner Ebook 468X60

Monday, May 12, 2008

Projek Mega!

Aritu saya pergi ke Vita Agro yang terletak di Tanjung Sepat. Tujuan saya ke sana ialah untuk membeli beberapa peralatan cendawan seperti benih dan plastik pp. Walaupun ada pembekal berdekatan, tapi kadang2 tu saya teringin juga mencuba gunakan peralatan dari syarikat yang dah established macam Vita ni..

Sewaktu melalui jalan Sepang-Kuala Langat, saya terperasan satu projek pembinaan yang terletak kira-kira 500 meter dari bahu jalan. Terdapat beberapa bangunan yang dilitupi dengan dinding nipah(?) berbaris dalam bentuk L. Jumlahnya tak pasti tapi melebihi sepuluh unit. Kelihatan sebuah crane sedang digunakan untuk menyiapkan satu lagi unit bangunan 2 tingkat seperti sebuah pejabat. Setiap bangunan bersaiz dalam 50X80 kaki (anggaran saya aje). Dari segi bentuk bangunan tu, hati saya kuat mengatakan ini adalah satu projek pembinaan bangsal cendawan berskala mega! Namun saya tak pasti seratus peratus sebab hanya melihat dari jauh.

Sampai di Vita, saya pun bertanya kepada salah seorang kerani disitu. Memang betul sangkaan saya, itu memang bangsal cendawan. Tapi menurut kerani tu, ia bukannya kepunyaan syarikat Vita. Tapi owner projek tu merupakan salah seorang bos Vita. Kenapa agaknya dia tak gunakan nama Vita? Apa jenis cendawan yang diusahakan? Macam2 soalan yang saya tanya, tapi kerani tu nampak blurr je.. Dia pun tak banyak tahu pasal projek tu.

On the way balik, saya pusing kereta masuk ke kawasan pembinaan tu. Tapi saya tak berani masuk terlalu jauh ke dalam sebab pekerjanya nampak macam tak mesra. Ambil gambar pun dari dalam kereta je, tak berani nak turun dengan kamera, hehe..




Walau siapa pun owner projek ni, dia sudah tentu sangat meyakini masa depan perusahaan cendawan. Kalau tak, masakan dia sanggup leburkan bukan setakat ratusan ribu, tapi jutaan ringgit untuk menjayakan projek sebesar ni. Saya pasti owner ni sudah mempunyai perancangan rapi serta visi yang jelas untuk projek ini.

Projek mega sebegini bukan sekadar membuatkan saya rasa kagum, tapi turut menaikkan motivasi saya. Ia memberikan satu keyakinan bahawa perusahaan cendawan mempunyai masa depan yang cerah. Pasarannya masih luas dan banyak end product yang boleh diterokai oleh para pengusaha termasukla saya sendiri...

Sekian,

Lanchini

No comments: