Banner Ebook 468X60

Monday, January 19, 2009

Lori angkut bungkah cendawan


Setelah lama bersabar, akhirnya saya dapat juga membeli sebuah lori untuk kegunaan projek cendawan kami. Kedudukan bangsal dan tempat proses yang berjauhan menyebabkan kami terpaksa menghantarnya dengan lori. Sebelum ni saya menyewa pikap member sekampung untuk kerja2 penghantaran tu.




Lori ni asalnya lori untuk angkat buah kelapa sawit ke ladang. Di felda, istilah glamer untuk lori sebegini ialah 'lori hantu'. Nama ni menggambarkan keadaannya yang tak beberapa hensem jika dibandingkan dengan lori-lori yang biasa dijumpai di jalan raya. Namun yang penting ia mempunyai geran untuk memastikan ia bukan lori curi ataupun lori yang lari dari bayaran bank. Lori ni tak laju, tapi cukup lasak untuk bergerak di kawasan felda. Harganya pun takla mahal sangat. Padan la dengan keadaanya yang comot dengan karat dan kotoran hitam.

Saya rasa cukup lega dapat miliki lori ni. Sekurang-kurangnya tak perlu pergi meminjam atau menyewa lori orang lain. Ianya milik kami, jadi kami bebas hantar bungkah ikut keperluan sendiri. Sebelum ni terpaksa tunggu lori orang free ke tidak. Dan yang lebih bestnya, kalu takde kerja hantar bungkah, boleh hantar sawit milik ayah ke kilang pulak, huhu..


Sekian,

Lanchini

4 comments:

Fatisha said...

dah de lori bestnyer.. senang nak bawak barang tu...

Zamlan said...

Ok la dah ada lori ni. Takat nak angkut bungkah tu boleh la. Tapi kalu nak hantar bungkah yang ditempah, terpaksa sewa jugak lori lain. Lori ni dah tak lepas PUSPAKOM..

BLOG GENERASI FELDA said...

Assalamualaikum, blog saudara telah dimasukkan kedalam kumpulan Blog Generasi Felda, dan saya masih mencari seberapa banyak blog generasi felda, untuk dimuatkan didalam senarainya....jika ada maklumat tolong beritahu saya..
terima kasih ...

Zamlan said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih jugak kerana masukkan blog ni ke direktori Blog generasi Felda. InsyaAllah sy akan war-warkan kepada member yang se- angkatan.