Banner Ebook 468X60

Thursday, February 12, 2009

Penyakit Kulat Hitam Bergerutu



Ini bukanlah penyakit yang baru kami temui dan sangat jarang berlaku. Kalau berlaku pun dalam kuantiti yang sangat kecil, sekitar 2-3 bungkah untuk setiap batch kukus. Oleh kerana kuantitinya kecil, biasanya saya hanya buang begitu sahaja.

Penyakit ini biasanya akan boleh dikesan 2,3 minggu selepas suntik. Ia bermula dengan timbulnya warna hitam pada maisilium yang sedang menjalar. Semakin tua bungkah tu semakin gelap warna kehitaman tu dan lama kelamaan menbentuk lapisan kerak yang bergerutu pada badan bungkah. Saya pernah belah bahagian yang menjadi hitam tu dan beginilah rupanya pandangan dalam bungkah tu;

Bahagian dalam bungkah pun menjadi hitam dan langsung tiada tanda-tanda maisilium cendawan tiram. Baunya agak hapak.

Ada beberapa ciri-ciri menarik mengenai penyakit ni ;
1 ) Ia tidak menyerang kawasan ada benih
2 ) Bungkah masih boleh keluarkan hasil dalam kuantiti kecil.
3 ) Tidak berjangkit

Pada pendapat saya, penyakit ni berpunca dari pencemaran benih. Ianya mungkin dari spesis kulat yang tidak kuat untuk melawan benih cendawan tiram. Oleh itu, ia hanya berkembang selepas suntik benih dengan menjadikan habuk kayu sebagai mediumnya.

Baru-baru ni saya bertanyakan masalah ni kepada seorang pekerja Indon di ladang cendawan seorang rakan. Dia memberi pendapat berbeza dan dia sangat yakin dengan pendapatnya. Katanya, penyakit ni disebabkan oleh kapur yang berlebihan. Saya agak hairan dengan pendapat ni. Tapi dia memang pasti kerana pernah berlaku beberapa kali di situ... Mmm, betul ke ni? Mungkin cara terbaik ialah melakukan eksperimen dengan nisbah kapur yang lebih.

Kalau ada sesiapa yang tahu pasal penyakit ni, boleh la berkongsi pendapat dengan kami. Pandangan anda amatlah kami dialu-alukan..

Sekian,

Lanchini

No comments: