Banner Ebook 468X60

Friday, June 11, 2010

Beli Bungkah berbenih

Cara yang paling cepat, mudah dan murah untuk memulakan perusahaan cendawan ialah dengan membeli bungkah berbenih. Dengan cara ni, pengusaha terutamanya yang baru tidak perlu menyediakan fasiliti seperti tempat penyimpanan bahan mentah, tempat operasi buat bungkah, alat kukus dan macam2 lagi peralatan lain. Apa yang perlu dibuat hanyalah sediakan bangsal cendawan beserta rak di dalamnya. Ramai pengusaha cendawan memilih cara ini sebelum kembangkan perusahaan sikit demi sedikit.

Tapi adakah cara ini senang untuk membuat keuntungan? Bagi saya, ianya sangat-sangat bergantung kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pembeli (pengusaha) dan juga pembekal bungkah cendawan berbenih tu.

Kelemahan utama cara ini ialah pembeli tidak mengawal proses membuat bungkah. Oleh itu, jika terdapat sebarang kesilapan atau kelemahan di pihak pembekal, pembeli akan mendapat tempiasnya. Risiko ini perlu ditanggung oleh pihak pembeli. Terdapat juga pembekal yang menawarkan JAMINAN, tapi untuk claim jaminan ini, ianya bukan mudah. Pihak pembekal tidak akan menerima sebarang claim tanpa melakukan siasatan. Lebih lebih lagi jika kuantiti bungkah yang di claim tu banyak hingga cecah ribuan bungkah. Pihak pembekal juga ingin mengelakkan kerugian di pihak mereka.

Bagi pihak pengusaha atau pembeli juga, mereka harus ada ilmu yang secukupnya terutama mengenai penjagaan bungkah. Mereka harus tahu ciri-ciri bangsal cendawan yang bagus dan paling penting tahu mengawal penyakit yang sering menjadi masalah kepada pengusaha. Dalam perusahaan cendawan, faktor penjagaan juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah penyakit. Selain dari tu, pengusaha harus bijak menilai pembekal bungkah supaya bungkah yang dibeli tu benar-benar bermutu dari segi kualiti produk dan juga servis dari pihak pembekal. Jangan juga mudah terpedaya dengan faktor harga semata-mata.

Saya berpengalaman berada di kedua-dua belah pihak. Saya pernah menjadi pembeli bungkah yang bermasalah dan saya juga pernah menerima claim mengenai bungkah kami yang bermasalah. Kedua-duanya tetap memeningkan kepala menyebabkan saya serik untuk menjual dan membeli bungkah dalam kuantiti yang besar.

Kawan saya, Arish (kuantan Agro) telah mengusahakan cendawan dengan membeli bungkah selama lebih 4 tahun. Baru-baru ni dia meluahkan perasaan terhadap masalah dengan pembekal bungkahnya di dalam blog Kuantan Agro. Anda boleh membaca kisahnya yang rugi lebih daripada RM20000 apabila bungkah yang dibeli dari pengusaha terkenal mengeluarkan masalah yang bermacam-macam..


Sekian,

Lanchini




Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

No comments: