Monday, July 21, 2008

Masalah maisilium pudar


Salam buat pembaca,


Dalam post lepas, saya menyentuh sedikit mengenai masalah benih. Masalah yang saya maksudkan ialah masalah di mana maisiliumnya menjadi pudar dan lama-kelamaan hilang terus. Masalah ni ni dah lama kami sedari, cuma kuantitinya agak kecil berbanding dengan masalah lain seperti kulat hijau dan sebagainya. Tapi sejak beberapa bulan lepas, saya dapati masalah ni makin ketara. Ada pengusaha dari Terengganu yang mengadu mengatakan 1000 bungkahnya rosak akibat masalah ni. Dia turut menggunakan benih yang sama!

Pada awalnya saya mengesyaki masalah habuk kayu. Ini kerana kebanyakan bungkah yang ada masalah ni mempunyai tompok2 seperti wap air pada badannya. Tapi masalahnya tak semua yang bertompok ni mempunyai masalah maisilium cair. Ada yang maisiliumnya tetap putih. Pasal tompok wap ni, ada kawan yang mengatakan ianya berpunca dari kapur yang tidak hancur semasa proses membancuh. Tapi saya rasa ianya berpunca dari habuk kerana fenomena ni hanya muncul dalam batch2 tertentu habuk. Adakah dari habuk yang bercampur? Atau terdapat bahan kimia dalam habuk ? Saya pun belum pasti... Harap2 ada rakan yang boleh berkongsi idea mengenai tompok pd badan bungkah ni. Setakat ni tompok pd badan bungkah tidak memberi masalah besar kerana ianya akan hilang apabila maisilium semakin mara.

Kembali kepada masalah maisilium pudar tu, saya ambil keputusan untuk mengukus kembali bungkah2 tu. Sebelum kukus, benih lama tu dibuang dahulu. Selepas tu suntik benih semula dan lihat hasilnya nanti. Ini adalah sebahagian dari bungkah yang akan menjalani eksperimen ni.



Sebagai langkah segera, saya 'stop' dahulu menggunakan benih dari salah seorang pengeluar ni. Saya akan cuba menggunakan benih dari pembekal lain dan monitor keadaan bungkah. Harap-harap masalah ni tak muncul lagi selepas ni.



BIO-PLANT


Selepas sebulan menunggu, akhirnya bio plant sampai ke rumah minggu lepas. Terima kasih kepada en Bakar ( cendawan melaka ) sebab beri 500ml 1 botol ekstra. Saya selalu baca pasal keberkesanan produk ni dalam meningkatkan hasil dan mengurangkan masalah penyakit cendawan. Bangga jugak sebab ni produk ni hasil kajian orang bumiputra. Sy nak guna bio plant ni kepada bungkah yang akan dibuat pada minggu ni berdasarkan sukatan yang diberi oleh en Bakar. Menurut en Bakar, 1 liter bio plant boleh digunakan untuk 4000 bungkah.


Selain bio-plant, saya turut guna produk yang di beri nama TUAI RIA. Ini pun keluaran bumiputra jugak dan saya memang puas hati dengan hasilnya. Produk ni lebih kepada baja penggalak dimana hasil cendawan yang keluar lebih banyak dan sihat.

Itu aje, jumpa lagi

Lanchini

5 comments:

Gogsard said...

Kami pon kadang kala mengalami masalah sama. Masilium tumbuh suku, terus hilang.

Kalau ada penyelesaian, sila post di blog.

ayne said...

Pada pendpt saya,wap air adalah hasil proses respirasi/pernafasan miselium cdwn dan mikrob(em) dlm bongkah.

lanchini said...

gogsard,

Pasal masalah maisilium pudar ni, cuba hancurkan benih 3 hari sebelum suntik. Jika lepas 3 hari tak memutih semula, jangan pakai benih tu.. Kitorang dah praktikkan cara ni untuk elakkan guna benih yang bermasalah..

Ayne,

Mungkin jugak respirasi. Tapi yang saya tak paham hanya berlaku kat sesetengah batch habuk kayu je..

Gogsard said...

Lanchini,

Saya ada satu bungkus benih yg dah 1 bulan tak digunakan. Saya lihat "kencang" je benih ni memutih. Dulu boleh nampak biji2 gandum, sekarang dah mcm seketul bola putih.

Rasanye elok lagi ke nak guna ?

lanchini said...

gogsard,

Kalau benih tu terlalu tua, ia akan keluarkan air kuning. Elok jangan pakai la.. Nanti kerana 1 beg benih, rosak 50 bungkah, lagi rugi besar..