Thursday, August 21, 2008

20082008 YANG MALANG...

Pagi - Minggu lalu, salah seorang peserta kursus saya yg lalu telah meminta bantuan untuk mendapatkan bekalan habuk kayu getah. Saya pun membuat arrangement dengan supplier habuk kayu untuk menghantarnya ke Pekan, Pahang. Dari minggu lepas saya menghubungi supplier dan kami bersetuju agar penghantaran dibuat petang ini. Peserta kursus saya juga mengambil cuti dari kerjanya supaya dia dapat menunggu lori habuk ini di Muadzam.
Dalam pukul 8 pagi, saya pun menelefon supplier habuk kayu sebagai confirmation terakhir. Namun malangnya panggilan saya tidak dijawab. Saya merasa tidak sedap hati apatah lagi penghantaran habuk kali ini amat dinantikan oleh peserta kursus saya tu. Akhirnya saya berjaya melefon saudara rapat supplier habuk kayu ni. Saya sungguh kecewa apabila diberitahu bahawa supplier habuk kayu itu dalam perjalanan ke Johor Bahru! Ada penghantaran yang lebih 'penting' buat mereka.
Dengan berat hati, saya terpaksa menelefon peserta kursus saya untuk menerangkan segala-galanya. Dia pun turut kecewa kerana sanggup mengambil cuti pada hari tersebut. Saya sungguh tak faham mengapa supplier tu tidak memberitahu lebih awal. Dan yang lebih menyedihkan, tiada sepatah perkataan 'maaf' dari supplier yang sebangsa dengan saya tu..

Tgh hari - Hari ni isteri mempunyai janji temu dengan doktor di klinik kesihatan berdekatan. Isteri saya mengandung kira-kira 2 bulan. Dah seminggu isteri mengalami pendarahan yang tidak pernah dialami semasa mengandungkan anak pertama dan kedua dulu.
Doktor di situ memberitahu bahawa kandungan isteri mungkin sudah tiada lalu menasihati agar kami pergi merujuk ke klinik pakar di Hospital besar Seremban. Dengan perasaan berdebar-debar, kami pergi ke klinik pakar tersebut. Sepanjang perjalanan, kami saling memberi semangat antara satu sama lain dan amat mengharapkan agar kandungan itu masih 'ada'.
Namun, mungkin bukan rezeki kami lagi, doktor pakar mengesahkan bahawa isteri keguguran. Tiada lagi tanda janin akan berkembang. Ini satu berita yang amat menyedihkan, tapi kami redha atas ketentuanNya..

Petang - Petang ni ada delivery bungkah ke Maran, Pahang sebanyak 4000 bungkah. Untuk penghantaran ini, saya telah menempah lori dari sebuah syarikat pengangkutan di Chini. Saya aturkan agar lori sampai ke bangsal dalam pukul 2 petang.. Ikut perancangan, lori ini akan sampai ke Maran sekitar pukul 5 petang. Dan customer saya akan menunggu di sana.
Pukul 4 ptg, ayah call saya. Dia cakap lori tu tak datang! Saya pun segera menelefon pemandu lori tu. Namun panggilan tidak dijawab walau mencuba beberapa kali. Kami dengan kelam kabutnya terpaksa menukar plan dengan mencari lori yang lain. Nasib baik kebetulan ada lori yang sanggup ke sana.
Akibat dari perubahan lori ni, bungkah sampai ke Maran pukul 9 malam dan yang lebih kesiannya, pekerja kami pulang pukul 12 tengah malam. Penghataran terpaksa juga dilakukan pada hari ni kerana customer saya terpaksa ke Perak pada keesokannya.
Saya sungguh marah dengan syarikat pengangkutan ni. Pemandunya menelefon saya semula pada pukul 630 petang dan memberi alasan yang sungguh memalukan, TERTIDUR. Dan sebagai perencah cerita, hensetnya pula tertinggal di dalam lori. Bagaimanala bisnes nak maju jika sikap acuh tak acuh terhadap tanggung jawab ini masih berakar dalam jiwa ORANG KITA..
Sekian,
Lanchini

No comments: